Thursday, June 23, 2011

Malaysia 2 Lubnan 1

Assalamualaikum

Hari ni semangat patriotik agak berkobar-kobar nak tengok bola untuk kelayakan pra sukan Olimpik antara pasukan Malaysia lawan Lubnan. Minggu lepas aku sempat la tengok pasukan kita main dengan agak baik di separuh masa ke 2 ketika seri 0-0 di pusingan pertama kat Lubnan tuh. Memang sepatutnya pasukan Malaysia dah boleh menang dah rasanya. Tetapi kekurangan pengalaman agaknya yang menyebabkan kita hanya sekadar seri. Itupun kira bagus la jugak tuh.

Malam ni, aku terkejut la jugak bila bukak Astro Arena, nampak la padang Stadium Nasional Bukit Jalil tuh macam sangat cantik. Ke mata aku yang silap? Nampak hijaunya tuh lain macam sket. Tapi, bagus la kalau betul kualiti padang stadium tuh dah improved.

Tengok kat stadium tuh penyokong Malaysia tak la ramai pun yang datang. Mungkin sebab hari bekerja kot. Aku pun terserempak jugak dengan penyokong Malaysia masa turun dari LRT kat Stesyen Setiawangsa petang tadi. Kalau game ni diadakan pada hari Sabtu atau Ahad ke, aku rasa jumlah penyokong sure jauh lebih ramai dari malam ni.

Apapun, tahniah kepada pemain Malaysia dan jurulatihnya sebab berjaya mencipta sejarah setelah layak ke peringkat kumpulan untuk kelayakan ke sukan Olimpik tahun depan. Baru layak ke peringkat kumpulan, bukan layak masuk sukan Olimpik lagi, jauh lagi perjalanan tuh sebenarnya.

Agak mendebarkan jugak la bila pasukan kita terpaksa bermain dengan 10 orang setelah seorang pemain midfield kita dilayankan kad kuning yang kedua masa awal separuh masa kedua tadi. Nasib baik la masa tu kita dah leading 2-0. Aku rasa 2-2 gol tuh memang cantik. Gol pertama cantik dari segi jaringannya. Gol kedua aku suka set-up nya. 

Bila dah main 10 orang, memang Malaysia main bertahan je la. Sekali-sekala naik atas untuk buat counter attack, tapi tak ke mana. Mungkin part ni la yang pemain kita kena perbaiki dari sekarang kalau nak melangkah lebih jauh dan seterusnya layak ke sukan Olimpik 2012. Kena tingkatkan pengalaman, berlatih dengan lebih gigih, lepak kat gym lama-lama sket kasi muscle sorang-sorang tuh kental dan besor. Baru boleh langgar opponent dengan lebih yakin! Ha ha.

Mungkin keputusan perlawanan tadi akan lebih ceria kalau 2-2 pasukan bermain 11 lawan 11. Mungkin Malaysia dapat menjaringkan lebih banyak gol sekiranya takde pemain dibuang padang. Kad kuning yang kedua tuh memang nasib tak baik la. Aku rasa Gary Stephen Robbart tuh tak sengaja nak tackle pemain Lubnan tuh. Kaki player Lubnan tuh yang terkena lutut Gary yang tengah kejar dia dari belakang. Terus player tu hilang kawalan dan tergolek dog adanya. Cuma silap Gary tuh ialah masa awal separuh masa pertama tuh la. Tak pasal-pasal dapat kad kuning dengan tackle yang tak sepatutnya tuh. Pengajaran tuh Gary. Jangan la terpengaruh dengan Paul Scholes tuh...

Apa pun, tahniah kepada pasukan Malaysia! Dan kepada penyokong yang bawak laser pointer tuh, korang memang memalukan Malaysia. Tak professional dan tak beretika langsung. Semoga pihak berwajib dapat buat kawalan dan pemeriksaan yang lebih ketat lepas ni.

(FIFA World Ranking as at May 2011; Malaysia 143 - Lubnan 178)

2 comments:

aby said...

syabas malaysia ..
malaysia boleh ...
100 langkah bermula dgn 1 langkah ..
harap langkah boleh menyampaikan ke olympic ..

Mijoe said...

tu la pasal bang. sib baik player mampu bertahan masa second half tuh. semoga diorang boleh menaikkan nama Malaysia dengan lebih tinggi lagi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...