Sunday, June 26, 2011

'Cat'tivity: Ni Kucing Siapa Ni?

Assalamualaikum

Sebelum balik KL, layan budak-budak ni dulu. Katy Perry dah jalan-jalan ke rumah jiran lain. Tinggal la 2 beradik ni main kejar-kejar kat depan rumah.
Tam tengah skodeng Teh 
Suka betul diekor beriadah petang-petang ni. Tengok orang semua keluar dari rumah jalan-jalan, diekor pun join la sekali kot.

Misi aku nak snap gambar Katy Perry dan jugak dukung minah seberat 5.6kg tuh pun belum berjaya. Menurut mummy Katy Perry neh, beratnya telah turun setelah doktor kat vet cakap Katy dah obese! Cian dia. Patut la perut nampak gelebeh...
ooo, buang air merata-rata yer?
Aku bersiap nak balik, hidupkan enjin Kelly.Masa ni Teh Alissa tengah lepak atas bumbung Kelly. Gambar bawah ni la... curious gila dia usha!
sapa pulak ni?
Teh tengah usha minah kelabu kat bawah ni. Masuk hari ni, aku rasa dah dekat 3 minggu dah kot minah ni wujud kat Suria Residence ni.
brader! ada Blackwood sket tak? Kalau takde, RC or IAMs pun ok gak...
Comel, cantik dan bersih. Manja, tapi takut-takut gak dengan orang kalau dia tak biasa dengan orang tu. Agak kurus sebab tak cukup makan kot. Dalam telinga pun bersih je, menunjukkan minah ni ada tuan yang menjaganya sebelum ni.
kasik aa bro! apa snap2 gambar wa pulak neh?
Ada siapa-siapa kenal dan tahu kucing betina kepunyaan siapa ni? Ikutkan hati macam nak je bela dia ni. Poo pun merata-rata. Mungkin dia tak tahu mana lagi nak buang sebab takde cat litter macam kat rumah lama dia kot?
kedekut taik idung masin la mamat neh.. bukan mintak salmon pun...
Kalau takde orang punya, in case sesiapa berminat nak pelihara anak dara (tak dapat dipastikan ke'dara'annya) ni, sila la tanya saya, mana nak cari dia ni.
ek elle..bekas kosong jerk lu kasi gua? gua pegi rumah depan la...
Setakat ni, memang kitorang kat area rumah ni bagi dia makan. Mak Katy Perry pun kasi makan jugak. Aku cuma risau masalah pelaburan minah ni je. Dalam pasu bunga la, atas tempat lap kaki la. Kena pulak dia buang kat area rumah orang yang tak sayang dan tak minat meow macam kita ni, lagi la susah. Kot-kot diorang hilang sabar, pergi buat pape yang diluar jangkaan kang, sian kat meow tuh. Nauzubillah!
ok bang!! Ampun bang! Jangan hantar saya kat SPCA bang, tolong saya bang, tuan saya dah buang saya ni.. tolong la saya bang eh?
Semoga Allah melindungi keselamatan dan kesihatan minah ni. Dan semoga ada antara pembaca atau followers saya yang berminat nak bela dia ni. Ataupun, kalau tuannya yang kehilangan meow ni, terbaca posting ni, boleh la hubungi saya kat blog ni ok!

2 comments:

meowwmania said...

comel lah minah tu :D

org baru buang kot...sian dia

Mijoe said...

@MM

takmo pinang ke anak dara neh. Dekat Pajam je ni. Leh jadi gepren Momon..he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...