Kelly 3572

Wednesday, June 29, 2011

Wordless Wednesday

Results of Cutting Down Too Many Trees
(Photos from forwarded email, credit to the original owner)

Tuesday, June 28, 2011

I Like

Dalam The Sun hari ni...
Assalamualaikum

Bila dah monopoli market, camni la. Suka hati dia je nak letak berapa charge bulanan. Alasan, biasa la, macam-macam diberi. Baca kat paper ataupun kat notice yang diorang hantar tuh.

Orang yang berkuasa bagi kelulusan pada diorang ni, takmo ke bagi company lain buat business cable TV neh? Bagi la 2-3 company lagi operate this business. Tengok pakej yang diorang akan offer macamana. Masa tu baru la company yang wujud sekarang ni mula nak kurangkan harga atau pun tambah channel dengan harga yang sangat tinggi tuh. 

Ke ada sebab lain satu company je diberi lesen untuk beroperasi? Ha ha... macam tahu je kan. Wallahualam.

Oo, aku sangat sokong apa yang NGO tengah promote ni!

(Happy 41st Birthday to my brother!)

Sunday, June 26, 2011

'Cat'tivity: Ni Kucing Siapa Ni?

Assalamualaikum

Sebelum balik KL, layan budak-budak ni dulu. Katy Perry dah jalan-jalan ke rumah jiran lain. Tinggal la 2 beradik ni main kejar-kejar kat depan rumah.
Tam tengah skodeng Teh 
Suka betul diekor beriadah petang-petang ni. Tengok orang semua keluar dari rumah jalan-jalan, diekor pun join la sekali kot.

Misi aku nak snap gambar Katy Perry dan jugak dukung minah seberat 5.6kg tuh pun belum berjaya. Menurut mummy Katy Perry neh, beratnya telah turun setelah doktor kat vet cakap Katy dah obese! Cian dia. Patut la perut nampak gelebeh...
ooo, buang air merata-rata yer?
Aku bersiap nak balik, hidupkan enjin Kelly.Masa ni Teh Alissa tengah lepak atas bumbung Kelly. Gambar bawah ni la... curious gila dia usha!
sapa pulak ni?
Teh tengah usha minah kelabu kat bawah ni. Masuk hari ni, aku rasa dah dekat 3 minggu dah kot minah ni wujud kat Suria Residence ni.
brader! ada Blackwood sket tak? Kalau takde, RC or IAMs pun ok gak...
Comel, cantik dan bersih. Manja, tapi takut-takut gak dengan orang kalau dia tak biasa dengan orang tu. Agak kurus sebab tak cukup makan kot. Dalam telinga pun bersih je, menunjukkan minah ni ada tuan yang menjaganya sebelum ni.
kasik aa bro! apa snap2 gambar wa pulak neh?
Ada siapa-siapa kenal dan tahu kucing betina kepunyaan siapa ni? Ikutkan hati macam nak je bela dia ni. Poo pun merata-rata. Mungkin dia tak tahu mana lagi nak buang sebab takde cat litter macam kat rumah lama dia kot?
kedekut taik idung masin la mamat neh.. bukan mintak salmon pun...
Kalau takde orang punya, in case sesiapa berminat nak pelihara anak dara (tak dapat dipastikan ke'dara'annya) ni, sila la tanya saya, mana nak cari dia ni.
ek elle..bekas kosong jerk lu kasi gua? gua pegi rumah depan la...
Setakat ni, memang kitorang kat area rumah ni bagi dia makan. Mak Katy Perry pun kasi makan jugak. Aku cuma risau masalah pelaburan minah ni je. Dalam pasu bunga la, atas tempat lap kaki la. Kena pulak dia buang kat area rumah orang yang tak sayang dan tak minat meow macam kita ni, lagi la susah. Kot-kot diorang hilang sabar, pergi buat pape yang diluar jangkaan kang, sian kat meow tuh. Nauzubillah!
ok bang!! Ampun bang! Jangan hantar saya kat SPCA bang, tolong saya bang, tuan saya dah buang saya ni.. tolong la saya bang eh?
Semoga Allah melindungi keselamatan dan kesihatan minah ni. Dan semoga ada antara pembaca atau followers saya yang berminat nak bela dia ni. Ataupun, kalau tuannya yang kehilangan meow ni, terbaca posting ni, boleh la hubungi saya kat blog ni ok!

Saturday, June 25, 2011

Sabtu Yang Padat Dan Penat

Assalamualaikum

Setelah beberapa bulan bersauna, hari ni, wife dah nekad. Jom kita beli aircond! Aku, jom aje le...

Dush ke Bandar Baru Nilai lepas Zuhur. Survey 2 kedai je. Tanya kat Seng Heng, diorang cuma boleh install on Monday, sedangkan kitorang nak suruh pasang sekarang jugak! Terus deal dengan kedai letrik biasa kat sebelah KFC tu. Apa nama ntah kedai tuh, lupa dah.

Wifey amik yang 1.5hp memandangkan kawasan yang nak disejukkan tuh agak luas. Panasonic with inverter. 5 years warranty. 
tebuk jangan tak tebuk
Tokey tuh cakap, dalam pukul 1630hrs camtu la diorang akan datang pasang. Aku dan wifey gi Giant dan Tesco, pastu terus balik rumah. Diorang tak sampai lagi. Masa tuh dah dekat kul 1700hrs. Tengah aku solat Asar, diorang sampai.

Maka bising la area rumah kitorang ni untuk masa 1 jam lepas tu. 
1.5hp with inverter
Dekat pukul 1900hrs baru settled installation. Kelam kabut pulak aku mengemas dan sapu lantai bilik yang berdebu tuh. Aircond tuh kena pasang untuk sekurang-kurangnya setengah jam, nak pasang lama pun takpa. 

Sedara-mara pun dah mula sampai. Fama, Abang Amir and family kecuali Makcik sampai masa azan Maghrib. Lepas mandi dan bersiap, terus berjemaah Maghrib beramai-ramai.
dah settle, no more sauna
Lepas Maghrib, start baca Surah Yasin, dan tahlil ringkas diketuai oleh Raimi, my brother in-law. Then proceed with Isyak prayer. Lepas Isyak, Yip called tanya direction. Unfortunately dia datang sorang je sebab sedara mara Zura baru sampai dari Terengganu masa tu. Tak larat kot diorang nak join sebab baru je sampai KL. Tak pe la, next time, sila la datang ok!
makan apa tuh?
Lepas tu makan-makan dan borak-borak. Aku banyak minum air barley je sambil sibuk layan orang. Pastu wifey biatu aku, aku punya menu utama dah ready! Sup Gearbox Ucu!!!

Terus aku pun dengan malu-malu dinosaur approaching periuk besar berisi kekaki lembu tuh. Wifey dah sediakan untuk aku. Tapi aku pas kat Yip dulu. Dia pun macam malu-malu lintah je nak start makan. Belasah je Yip! Hirup kuah dulu, pastu guna tangan je. Straw tak disediakan. Maaf ye... he he. Harap-harap adik bongsu aku tuh boleh drive balik Puncak Alam tanpa sebarang kepeningan!

Lepas tu baru aku amik bahagian aku. Dah tak pandang orang dah, gambar kat bawah ni ha, aku punya bahagian la ni. Terima kasih Ucu!!! Mantop! Mantop!
ooo, sup kotak gear rupanya... senawang mali oo..baek punye...
Dah habis isi luar kitorang kerjakan, terpaksa la korek bahagian tengah tulang tuh dengan pisau sebab takde straw! Ngeh ngeh... korek-korek, pastu ketuk tulang tuh kasi isi-isinya keluar. Marvelous!!!

Lepas settled mengerjakan sup gearbox, Fama, Abang Amir and family dan Yip bergerak balik. Aku kenyang dengan gearbox je, tak makan nasik pun. 

Kevin, his wife dan ayah Kevin sampai pulak lepas tu. Diorang pun baru balik dinner dengan guest diorang. Aku layan Kevin dan wifenya tuh borak sambil layan teh tarik Ucu. Lama jugak la. Ayah Kevin pulak borak dengan Pakcik dan Pakcik Abu Samah. Dekat pukul 2330hrs baru la diorang balik. Seronok borak punya pasal. Lagipun, apa nak risau, rumah sebelah je kan!
selepas di langgar garuda.. he he
Nasib baik jugak la ada anak-anak Abang Juan, tolong-tolong kitorang kemas sket-sket. 

Pastu lepak dengan Abang Juan dan Ridzuan. Ternampak pulak handphone Abang Juan, HTC Desire HD. Pergh!!! Ni la masanya aku nak try pegang dan explore HTC phone yang aku duk gilakan sangat tuh. Mula-mula tuh Abang Juan nak tunjuk gambar kucing jantan dia, Garfield. Tu yang aku pergi tengok tuh. Bila dah nampak phone tuh pulak. Tersangkut la aku kat situ. Tengok application Android 2.2 tuh dengan phone tuh, memang geram la.Tu belum lagi guna HTC Sense tuh. Dan tu baru Desire HD, belum tengok Sensation 4G lagi. Sabar! Sabar!

Dekat pukul 0100hrs baru semua orang balik. Ada la yang overnight kat sini jugak. Aku dan wifey dah penat gila. Pukul 0200hrs baru naik atas dan merasa bilik yang dah tak panas tuh. Alhamdulillah!

Friday, June 24, 2011

Medical Check-Up For Miss Kelly

Assalamualaikum

Sekarang tengah plan nak hantar Kelly pergi klinik untuk check-up sket. Dah start batuk-batuk, tersedak, terutama waktu pagi...
  • mounting (RM1,200 @ Teamwork)
  • cat
  • polish/wax
  • fuel indicator (RM210 @ Teamwork)
  • getah tingkap sebelah driver
  • menatang warna silver kat atas kaki Kelly tuh (2 needed)
Mentang-mentang dah ada boyfriend European, terus nak melawa je yer. Nama Melayu mat saleh tuh Piji je. 


Thursday, June 23, 2011

Malaysia 2 Lubnan 1

Assalamualaikum

Hari ni semangat patriotik agak berkobar-kobar nak tengok bola untuk kelayakan pra sukan Olimpik antara pasukan Malaysia lawan Lubnan. Minggu lepas aku sempat la tengok pasukan kita main dengan agak baik di separuh masa ke 2 ketika seri 0-0 di pusingan pertama kat Lubnan tuh. Memang sepatutnya pasukan Malaysia dah boleh menang dah rasanya. Tetapi kekurangan pengalaman agaknya yang menyebabkan kita hanya sekadar seri. Itupun kira bagus la jugak tuh.

Malam ni, aku terkejut la jugak bila bukak Astro Arena, nampak la padang Stadium Nasional Bukit Jalil tuh macam sangat cantik. Ke mata aku yang silap? Nampak hijaunya tuh lain macam sket. Tapi, bagus la kalau betul kualiti padang stadium tuh dah improved.

Tengok kat stadium tuh penyokong Malaysia tak la ramai pun yang datang. Mungkin sebab hari bekerja kot. Aku pun terserempak jugak dengan penyokong Malaysia masa turun dari LRT kat Stesyen Setiawangsa petang tadi. Kalau game ni diadakan pada hari Sabtu atau Ahad ke, aku rasa jumlah penyokong sure jauh lebih ramai dari malam ni.

Apapun, tahniah kepada pemain Malaysia dan jurulatihnya sebab berjaya mencipta sejarah setelah layak ke peringkat kumpulan untuk kelayakan ke sukan Olimpik tahun depan. Baru layak ke peringkat kumpulan, bukan layak masuk sukan Olimpik lagi, jauh lagi perjalanan tuh sebenarnya.

Agak mendebarkan jugak la bila pasukan kita terpaksa bermain dengan 10 orang setelah seorang pemain midfield kita dilayankan kad kuning yang kedua masa awal separuh masa kedua tadi. Nasib baik la masa tu kita dah leading 2-0. Aku rasa 2-2 gol tuh memang cantik. Gol pertama cantik dari segi jaringannya. Gol kedua aku suka set-up nya. 

Bila dah main 10 orang, memang Malaysia main bertahan je la. Sekali-sekala naik atas untuk buat counter attack, tapi tak ke mana. Mungkin part ni la yang pemain kita kena perbaiki dari sekarang kalau nak melangkah lebih jauh dan seterusnya layak ke sukan Olimpik 2012. Kena tingkatkan pengalaman, berlatih dengan lebih gigih, lepak kat gym lama-lama sket kasi muscle sorang-sorang tuh kental dan besor. Baru boleh langgar opponent dengan lebih yakin! Ha ha.

Mungkin keputusan perlawanan tadi akan lebih ceria kalau 2-2 pasukan bermain 11 lawan 11. Mungkin Malaysia dapat menjaringkan lebih banyak gol sekiranya takde pemain dibuang padang. Kad kuning yang kedua tuh memang nasib tak baik la. Aku rasa Gary Stephen Robbart tuh tak sengaja nak tackle pemain Lubnan tuh. Kaki player Lubnan tuh yang terkena lutut Gary yang tengah kejar dia dari belakang. Terus player tu hilang kawalan dan tergolek dog adanya. Cuma silap Gary tuh ialah masa awal separuh masa pertama tuh la. Tak pasal-pasal dapat kad kuning dengan tackle yang tak sepatutnya tuh. Pengajaran tuh Gary. Jangan la terpengaruh dengan Paul Scholes tuh...

Apa pun, tahniah kepada pasukan Malaysia! Dan kepada penyokong yang bawak laser pointer tuh, korang memang memalukan Malaysia. Tak professional dan tak beretika langsung. Semoga pihak berwajib dapat buat kawalan dan pemeriksaan yang lebih ketat lepas ni.

(FIFA World Ranking as at May 2011; Malaysia 143 - Lubnan 178)

Wednesday, June 15, 2011

Semenanjung Malaysia Pun Bergegar?

Asssalamualaikum

Semalam kecoh sekitar Lembah Kelang dan sebahagian besar pantai barat semenanjung bila gempa bumi yang melanda kepulauan Sumatera turut dirasai di beberapa tempat, terutama mereka yang bekerja di bangunan-bangunan tinggi. Nak tahu pasal earthquake dan sedara mara dia, click sini!

Ikut laporan akhbar, 2 gempa bumi tuh berukuran 5.5 dan 5.6 pada skala Richter dan berlaku pada jam 0820 hrs dan 1100hrs. Ramai la yang kelam-kabut mengosongkan bangunan pejabat masing-masing. Alhamdulillah, tiada kerosakan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan.

Mungkin orang nampak perkara ni sebagai fenomena bencana alam. Tapi, sebagai orang Islam, ni merupakan satu lagi tanda keagungan Allah, dan pada masa yang sama, PERINGATAN besar, mungkin jugak salah satu daripada amaran akhir kepada mereka yang lalai dan memperlekehkan tuntutan agama dalam kehidupan mereka.

Nak melalut sikit ni...

Banyak bencana alam yang berlaku sekarang ni rasanya akibat dari kerja tangan-tangan manusia jugak. Maksud saya kat sini ialah, manusia terlampau rakus dalam mengejar kekayaan dunia sehinggakan kebajikan ke atas tanah dan muka bumi ni diabaikan. Kalau dulu ada bukit bukau yang hijau, sekarang dah jadi bukit bukau yang botak, ataupun, hilang terus bukit tuh. Tebang pokok sana sini sebab nak buat pembangunan, tapi takde pulak nak buat penanaman semula secara intensif. Kalau tengok kat KL ni pun cukup la, berapa banyak condo yang diorang nak buat? berapa banyak shopping mall lagi diorang nak buat?

Itu belum lagi amik kira pasal penggunaan bahan-bahan kimia dalam kehidupan harian manusia yang secara tak langsung memberi kesan negatif terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia itu sendiri. KL dan kawasan sekitarnya ni pulak, kaya dengan tong sampah, maksud saya di sini ialah, sampah boleh dibuang di mana-mana sahaja yang kita suka. Bukannya DBKL ada kat  mana-mana untuk saman pembuang sampah tu pun! Sambil naik motor dan dari dalam kereta yang tengah bergerak pun boleh je kita campak sampah ke  atas jalan.  Kesian jugak dengan pekerja pembersihan, takkan nak harapkan diorang je. Sampai ke dalam sungai pun penuh dengan sampah, dan ada masa-masanya, bukan takat sampah je kat dalam sungai, bangkai haiwan, mayat manusia pun ada selain dari rangka-rangka motosikal curi.

Nak kaitkan lagi dengan masalah sosial manusia zaman sekarang ni pulak. Dah la rakyat Malaysia yang bermasalah sosial pun ramai, import pulak lagi rakyat-rakyat luar yang konon datang nak belajar, kalau betul datang nak belajar takpe la jugak kan? Pastu kalau datang secara legal tu takpe la, ni datang secara illegal. Dah datang ke tempat orang, buat sampah, buat kes jenayah. Tak boleh nak harapkan PDRM monitor semua benda-benda macam ni sepanjang masa.

Minggu lepas saya ada terbaca dalam NST pasal pergaduhan 2 kumpulan pekerja asing kat buah kilang di Nilai. Tak kisah la bergaduh pasal apa pun, yang saya nak highlight kat sini ialah, jumlah pekerja kilang tersebut ialah seramai 3,000 orang. Kumpulan yang bergaduh tuh terdiri dari 1,400 pekerja warga Bangladesh dengan 1,740 orang pekerja warga Vietnam! Kalau dicampur 2 kumpulan pekerja tuh, tak ke dah melebihi dari 3,000 orang kan? Mana warga negara Malaysia ye? Dalam penjara ke? Pusat pemulihan ke? Menganggur? Merempit? Meragut? Menagih dadah? Itu baru satu kilang, kat Malaysia ni ada berapa ribu kilang? Cuba la bayangkan betapa ramainya warga asing kat Malaysia ni.

Ya, kilang amik pekerja warga asing sebab boleh bayar diorang upah yang murah kalau nak dibandingkan dengan mengupah pekerja warga tempatan! Salah warga tempatan sebab terlalu memilih pekerjaan. Akhirnya, duit ringgit yang sepatutnya untuk orang Malaysia dah berjuta-juta mengalir keluar, dan warga asing yang dapat manafaatnya. Harap-harap kerajaan dapat berbuat sesuatu la sebelum segalanya jadi bertambah buruk dari yang sedia ada sekarang ni.

Apa lagi? Rasuah? Jangan cakap la, merata-rata. Buang bayi? Hmm, bukan buang dah sekarang ni, campak ataupun hempas bayi! Solat? Hmm, sendiri mau ingat la. 5 waktu setiap hari, bukan 5 hari sekali! Kalau orang meniaga makan ataupun tukang-tukang masak kat cafetaria dan kantin tak solat, lepas tu kita pulak pergi makan hasil masakan diorang tu, hmm, macamana ek? Berkat ke tak? Tu belum kira halal haram bahan yang dimasak ataupun amik  kira kalau tukang masak lelaki pakai rantai, anting-anting, gelang atau barangan emas lagi. MasyaAllah, banyak betul dugaan akhir zaman ni!

Masjid? Masjid banyak kat Malaysia ni, cuma kosong jer...ha ha ha! Masjid ni sebagai simbol je untuk Malaysia ni sebagai negara yang agama rasminya Islam. Agama je la Islam, cara hidup? Islam ke? Yahudi dan Zionis tak jeling pun kat Malaysia kalau kita kutuk diorang, protes macam-macam bila diorang bantai Palestin sebab diorang tahu orang Malaysia ni, nama je Islam, tapi, time Azan berkumandang, ramai ke orang Islam kat Malaysia ni berlari pergi masjid sebab nak solat dengan takbir yang pertama bersama Imam. Kat pasar malam ramai la orang Islam masa azan Maghrib! Macamana la Zionis nak takut dengan Malaysia dan orang Islam khasnya kan? Diorang tak heran, sebab agenda dia nak merosakkan orang Islam serosak-rosaknya pun dah semakin berjaya. Diorang bangga sekarang sebab ramai orang Islam lebih suka kepada perkara-perkara yang melalaikan daripada membuat amal ibadah. Diorang suka sebab ramai orang Islam sekarang lebih kerap mengadap laman-laman sosial internet berjam-jam sehari daripada membuka dan membaca kitab suci Al-Quran walaupun sepatah ayat. Diorang suka sebab orang Islam lebih ramai kat panggung wayang, konsert, stadium bila azan bergema. Kalau pergi masjid pun, seminggu sekali untuk solat jumaat, setahun 2 kali untuk solat sunat hariraya, itupun kalau pergi! Kalau tak pergi langsung camna? Tunggu je la bala Allah yang lebih dahsyat lagi! Nauzubillah.

Bala Allah bila dah turun, tak mengenal siapa dah. Baik camna sekalipun kita, tetap kena tempiasnya.

  • kurangkan warga asing  (kerajaan)
  • laksanakan undang-undang dengan lebih tegas dan adil, kalau betul Islam, laksanakan Hudud!
  • jadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hujung minggu (kerajaan)
  • galakkan orang Islam ke masjid untuk setiap kali solat fardu (kerajaan, majikan dan ketua keluarga)
  • banteras judi, pelacuran, dadah dan rempit habis-habisan (kerajaan, pihak berkuasa)

Pesanan ni saya tujukan untuk diri saya sendiri dan jugak sesiapa yang terbaca bebelan ni. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, segala cacat cela dan kekurangan itu tentulah dari saya. Semoga ada yang mendapat faedah dan pengikhtibaran dari bebelan saya ini, InsyaAllah. Amin.

Sunday, June 12, 2011

Selamat Pengantin Baru Mohd Fairuz Abu Samah & Hanisah Amran

Assalamualaikum

Selamat pengantin baru kepada Papa Yuz dan Auntie Caca (kata Aiman!).

Majlis resepsi sebelah pengantin lelaki diadakan di dewan Pulapol, Jalan Semarak.

Wifey, Mak dan Nana pergi ke kenduri tuh lebih awal sebab ada tugas-tugas khas yang perlu dibuat. Looking after Upin, Ipin dan Apin.( quoting Cik Mun la ni )
aku pun tak sempat nak bergambar dengan pengantin!!!
Aku ke Gombak untuk amik Fama dan bawak diorang ke kenduri tu. Dekat pukul 2pm jugak la aku dan Fama sampai ke situ. Orang pun dah tak ramai sangat. Lokasi ni sangat startegik la sebab tempat ni ramai orang tahu dan tempat parking kenderaan yang banyak. 

Sampai je, terus makan. Punya la kelam-kabut sampai lupa nak amik gambar Upin, Ipin dan Apin. 

Dekat pukul 3pm, aku hantar Fama balik. Lepas tuh aku balik rumah sebab nak kemas-kemas sket, orang Bangi dan Seremban nak singgah solat dan lepak-lepak. Bukan senang nak dapat tetamu neh. 

Diorang semua sampai dekat pukul 4pm. Lepak sampai lepas Maghrib. Mak, Nana dan wifey pun keluar lepas Maghrib untuk ke Maxis KLCC to settle pending matters.

Kepada Papa Yuz dan Auntie Caca, semoga berbahagia ke anak cucu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan diberkati Allah ikatan perkahwinan ini. Amin!

Saturday, June 11, 2011

Sessi Kerastangan Di Pagi Sabtu

Assalamualaikum

Saki baki dari sessi pagi semalam masih ada lagi kat dalam lemari es. Bangun pagi tadi, terus laksanakan hajat untuk prepare breakfast kepada si dia. Simple breakfast jer, aku bukannya pandai masak pun. Masak maggi boleh la...
mari sepahkan dapur bersama saya
Selang beberapa minit, ni la hasilnya. Tapi, yang paling memuaskan hati, dapat 'surprise'kan wifey dengan hasil kerastangan yang bersungguh-sungguh memporak-perandakan dapur di pagi Sabtu ini. 
breakfast untuk yang tercayang
InsyaAllah, dimurahkan rezeki, aku nak buat lagi projek hari Jumaat macam semalam. Semoga mereka gembira dan dapat bekerja dengan lebih tekun setelah kenyang dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada mereka. 
last minute preparation for Papa Yuz's wedding
Mak dan Nana tidur kat rumah kitorang malam ni, sebab esok nak kenduri kahwin Papa Yuz kat Pulapol. Lepas Maghrib, kitorang ke rumah Atuk Aiman kat Ayer Panas untuk tolong-tolong sket. Dekat pukul 11 lebih, kitorang ikut Raimi ke lokasi event esok. Cantik la stage dan pelamin ni.

Tak sabarnya nak gi kenduri ni esok! Excited sebab dah lama tak pergi kenduri kahwin...

Thursday, June 9, 2011

Sad & Speechless

Assalamualaikum

Pagi tadi masa sampai kat lif lobby, Rahim bitau aku yang Kak Su (Suriza Mat Amin) dah kembali ke rahmatullah tengah malam tadi di Hospital Kuala Lumpur (+/- 0010hrs). Al-Fatihah.

Terkilan gila aku sebab aku dah planned semalam nak pergi ziarah lunch time hari ni. 

Tamatlah penderitaan arwah. Semoga arwah tenang di sana, diampunkan Allah segala dosa-dosa, diterima segala amalan, dan syurga firdaus sebagai destinasi terakhir arwah, InsyaAllah, Amin.

Kepada kawan-kawan yang mendoakan arwah walaupun tak mengenali beliau, terima kasih saya ucapkan, Allah saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Amin.

FYI, arwah menderita penyakit barah paru-paru. Jenazah beliau dibawa pulang ke Rawang. Ramai office-mate aku yang ke Rawang pagi ni. Jarak yang agak jauh dan tanggungjawab terhadap kerja tak mengizinkan aku untuk menziarah jenazah arwah. Sedihnya.

Semoga kita yang masih hidup ni menggunakan kesempatan yang Allah berikan ni untuk lebih banyak beramal kepadanya dan mengurangkan segala pekerjaan yang sia-sia serta tak mendatangkan faedah. 

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali...

Wednesday, June 8, 2011

Bila Due Ni?

Assalamualaikum

Tadi lunch kat area Pudu. Kawan aku makan lauk siput sedut ni la. 
siput sedut
Pastu ada awek yang tengah sarat mengandung duk usha aku semacam je. Aku tanya dia, bila due dan nak deliver kat mana?

Dia selamba kering je jawab,"Tengah tunggu masa je ni, i amik package bersalin kat Prince Court Medical Center!"

Aku tak terkata apa-apa la sambil menghulurkan daging goreng kunyit kat awek tu tanpa bertanya nama beliau dan keje serta stay kat mana. Sure tinggi maintenance awek ni, siap bersalin kat Prince Court!
ade ke nak offer aku makan siput sedut?
Tapi awek ni memang cun. Aku tengok raut muka dia pun penuh sifat keibuan dan aku tak rasa dia akan mencampakkan baby dia dari tingkat 5 kat mana-mana flat. Ni la binatang, walaupun tak berakal, tapi masih mempunyai sifat penyayang.
takde benda lain ke nak feed aku bro?
"Woi awek cun, you jangan buang or makan bayi you tu tau! Jaga baby tuh elok-elok dan iklankan diri dan baby you for adoption kat facebook lepas bersalin nanti ok!"

...Ingatkan nak buat posting wordless Wednesday jugak, tapi tetiba terasa macam nak bercerita lebih pulak...

Ular Lepak Dalam Enjin Kereta?

Assalamualaikum

Kawan aku semalam amik emergency leave sebab kereta dia ada problem dan perlu diselesaikan masalah tu dengan kadar segera. Timing belt putus. Nasib baik putusnya timing belt itu kat rumah. Bukan kat tengah-tengah jalan kan. Kalau tak lain pulak ceritanya.

So, dia mintak tolong jiran dia tukar la apa-apa yang patut. 

Bila kawan dia bukak je bonnet (hood) kereta kawan aku tuh, terus brader tu terkejut sebab dia nampak kulit ular salin kulit kat dalam enjin kereta kawan aku tuh. Pergh!!! Tapi tuan punya kulit tuh takde la kat dalam tuh. Nasib baik!

Moral of the story, berhati-hati la bila nak bukak bonnet kereta tuh, dan selalu la check enjin kereta tuh, kot-kot banyak makhluk lain menumpang kereta kita tuh. Kena pulak yang ada baby dan anak-anak yang masih kecil dan tak mengetahui tentang binatang-binatang yang boleh membawa mudarat ni.

Tuesday, June 7, 2011

Semoga Segalanya Berjalan Lancar

Assalamualaikum

Sekarang ni, sorang staff tempat keje aku tengah berjuang antara hidup dan mati dekat wad ICU HKL. Bergantung kepada life support machine, kalau menurut kawan-kawan yang dah pergi ziarah masa lunch tadi. Masih lagi boleh mengenal kawan-kawan yang datang menziarah. Dan sempat dia memohon kemaafan dari mereka yang hadir. Semoga Allah memberikan apa-apa sahaja yang terbaik untuk Kak Suriza. Saya pun mendoakan segala yang terbaik untuk Kak Su. 

Kita yang sihat ni, tahu ke bila kita akan dijemput? Dah cukup ke amalan selama ini? Buatnya kejap-kejap lagi Allah dah panggil kita balik, apa bekal kita? Ada ke bekalnya? 

Segala yang baik itu datangnya dari Allah, segala kekurangan itu datangnya dari saya sendiri. Sama-sama la kita mendoakan kebaikan untuk kawan saya ni. InsyaAllah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...