Wednesday, May 4, 2011

Tetap Saudara Dalam Islam

KOTA BHARU: “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar dibunuh tentera Amerika Syarikat (AS) seperti diumumkan Presiden AS, Barack Obama, semalam (kelmarin), maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuknya kerana dia saudara saya di dalam Islam.

“Inilah yang dituntut Islam ketika menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon saudara muslim lain,” kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, beliau menyerahkan kepada Allah sebarang dakwaan pembabitan Osama dengan keganasan kerana masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori AS. “Jika benar Osama terbabit dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan itu. “Pembabitan Osama dengan keganasan masih berita samar yang tidak dapat disahkan, namun pembabitan AS sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

“Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan negara itu bertujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. “Apa pula tindakan AS terhadap Israel yang terang-terangan melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan AS yang kuat menyokong Israel,” katanya menerusi satu kenyataan yang di e-mel kepada Harian Metro, semalam.

Nik Abdul Aziz, berkata, jika Osama dianggap pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai pengganas dan penyokongnya, AS juga tidak boleh lari daripada digelar pengganas.

“Ini yang saya tegaskan kepada Duta Amerika Syarikat (Paul W Jones) yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 lalu, bahawa selipar pun tidak boleh dirampas daripada tuannya yang berhak, apatah lagi negara berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak dirampas Israel.

“Ada yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan mereka penyokong Amerika. “Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?” katanya.

Mijoe - pandangan MB Kelantan ni rasanya lebih bijak daripada kenyataan yang dah keluar paper semalam dari beberapa 'pemimpin tersohor' negara kita. Kalau tengok muka depan newspaper negara-negara barat semalam, mesti kita akan rasa sangat marah! Selagi ada Zionis dan sekutunya ni, memang dunia akan porak peranda.Semoga iman kita semua akan sentiasa kuat dan teguh serta tak mudah terpedaya dengan tipu daya, syaitan dan golongan kafir laknatullah ni!

4 comments:

Dwen Ihsan said...

terkorbannya Osama, dunia akan aman selepas ini..tu lah komen pemimpin tersohor yg kurang bijak...

Osama bin Laden is dead, well done America! Saddam been dead too but Iraq is still in a mess. Get your act together for Afghan, Iraq please! - ini satu lagi sokong US (ini twitter sm nasarudin NAZA group)..abis kena bantai kt twitter

Mijoe said...

lepas ni, uncle sam nak bantai sape pulak ye? Libya - dah, Pakistan pulak kot, sebab pakistan intel tak tahu Osama was there selama ni..

ni semua angkara pemimpin pembangkang itu la kot...ha ha ha

aby said...

salam mijoe,
setuju dgn pendapat TGNA tu,

klu osama dh terbunuh yg terbaik adalah doakan yg terbaiknya.

apapun klu mengikut perkembangan,
cerita Qsama terbunuh mcm satu cerita bohong jer ...

Mijoe said...

salam bang

kalau betul pun dia dah dibunuh, kita boleh nampak terang2an walau secanggih mana pun pihak barat dan zionis, diorang terpaksa ambik masa hampir 10 tahun dan terpaksa berbelanja berbillion USD semata2 nak tangkap Osama sorang je.

ntah2 9/11 tu pun bukan angkara Osama. WMD tuh pun macam alasan utk diorang bunuh orng Islam dan ambil kesempatan utk cilok hasil bumi negara2 yg diorang masuk tu, plus nak uji senjata2 diorang.

sabar je la, in the end, diorang la jadi kayu api kat neraka nanti kan. Kat dunia ni boleh la dia perlekehkan umat Islam. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...