Sunday, May 29, 2011

Pussy dibelasah

JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai.

Kejadian berlaku semalam apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.


Pemilik kucing, Mohmad Shah Tamyis, 52, berkata dia tidak sangka kucing kesayangannya turut menjadi mangsa dan buruan pihak tidak bertanggungjawab selepas terpengaruh dengan kisah yang disebarkan sejak kebelakangan ini.


“Sebelum ini, saya difahamkan ada kucing ditangkap dan diserah kepada polis kerana dipercayai jelmaan penyamun yang mengamalkan ilmu hitam.


“Mengikut cerita itu, penyamun terbabit dipercayai bertindak demikian kerana terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya sebelum malam Jumaat.



“Namun akibat sikap penduduk yang terlalu taksub dengan kemunculan jelmaan terbabit, kucing kesayangan saya, Pussy yang berusia enam bulan menjadi mangsa,” katanya.


Menurut Mohmad Shah, dia hanya menyedari kejadian itu apabila mendengar kekecohan berlaku di luar rumahnya.


“Penduduk percaya ia kucing jadian kerana matanya merah ketika terkena pancaran lampu suluh. Berikutan itu, ia dipukul kira-kira 18 remaja lelaki tanpa belas kasihan.


“Akibat kejadian itu, dia mengalami luka di beberapa bahagian tubuh dan trauma setiap kali bertemu orang.


“Saya terkilan melihat keadaan kucing kami, orang ramai sepatutnya bersikap waras dan tidak taksub dengan perkara karut yang belum tentu kesahihannya,” katanya.



Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Binatang Peliharaan Bahtera Noah, Mariam Yusof berkata, tindakan memerangkap kucing yang dianggap jelmaan adalah tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan.



Katanya, penduduk tidak harus bertindak sedemikian dan dinasihatkan menghentikan perbuatan itu.



“Sebelum ini saya terdengar kucing ditahan di lokap dan badannya dikatakan panjang, saya tidak menafikan kemungkinan ia kucing hutan dan bukan jadian,” katanya.


Credit from the source, Harian Metro Online.

Apa la nak jadi dengan manusia ni? Tunggu je la bala dari Allah kepada orang yang terlibat menyiksa Pussy tuh. Mana pergi akal fikiran diorang ni agaknya?

Semoga Pussy dan kucing-kucing yang tak bersalah tuh selamat dari menjadi mangsa manusia tanpa akal tuh semua. Amin! Dan semoga penyamun tuh kantoi la nanti, bukan penyamun tuh je, tapi semua penyamun seluruh Malaysia dan dunia ni kantoi! 

Kalau dapat laksanakan hukum hudud kat negara ni kan best, sure kita boleh tengok ramai orang tanpa pergelangan tangan kat mana-mana kan? :)

7 comments:

meowwmania said...

itulah mengarut je..melampau betul!

geram dan sedih :(

smoga Allah melindungi mereka, amin..

aby said...

salam mijoe ..

sama posting dgn rosmawati yusuf ..

mcm aby tulis,
geram bercampur lucu bila baca berita tuh ...

Mijoe said...

@aby & MM

tu la pasal. Apa salahnya kalau amik kucing tuh dan kurung je dari pergi belasah. Tak ye pun kalau tak puas hati sangat dengan kucing tuh, suruh la tuan kucing tuh kurung kucing dia.

Bunga said...

kesian betul kucing tak bersalah tu..
macam dah baca cerita luar negara je..

tice su said...

pelik betul kefahaman diorg! ish3!

Mijoe said...

@Bunga

kalau kes ni jadi kat UK, sure org yg terlibat tuh kena dakwa dan denda on the spot kan.

Malaysia baru nak kaji semula akta perlindungan haiwan..which is good la kan. Denda pun nak dinaikkan. Semoga takde lagi haiwan2 yang diabaikan dan didera lepas ni...

Mijoe said...

@Tice Su

semoga Tice Su dapat didik student2 Tice supaya menjadi insan yang menyayangi haiwan.

ayat skema la pulak... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...