Tuesday, May 17, 2011

Promenade Apartment - Pulau Sapi - KKIA, Sabah - KLIA, Sepang

Assalamualaikum

Ikutkan penat driving sepanjang hari semalam, memang macam tak larat dan malas nak pergi Pulau Sapi ni. Tapi bila bangun pagi ni terasa segar sket dan bersemangat pulak. Lepas packing barang, cepat-cepat kitorang bergerak ke jeti Jesselton untuk naik bot ke Pulau Sapi.

Oleh kerana hari ni public holiday, maka dengan 'confident'nya kitorang parking depan deretan kedai berdekatan dengan jeti tu. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun ke kaunter jualan tiket feri dan bot Jesselton tu. 

Masuk je tempat jualan tiket tuh, terus wifey, Cik Nana dan Cik Mun pergi ke kaunter nombor 1 (dekat dengan main entrance) dan lepas sesi soal jawab, terus diorang beli tiket untuk ke Pulau Sapi berharga RM17. Harga tiket ni adalah untuk perjalan pergi balik ke Pulau Sapi, belum termasuk terminal fee sebanyak RM7.20. Harga tiket ni jugak tak termasuk aktiviti snorkeling, BBQ lunch dan jugak kos meminjam peralatan snorkeling dan jugak life-jacket.

Orang yang bawak bot tu akan offer passenger dia pakej snorkeling yang lebih murah daripada yang ditawarkan di kaunter tiket. So, survey dulu harga tiket-tiket yang ditawarkan sebelum membelinya ok? Kadang-kadang dia offer jugak pakej seafood BBQ kat Pulau Sapi tuh, murah jugak dari yang ditawarkan kat kaunter jualan tiket tuh. Tapi, sebagai seorang Muslim, kita kena la survey jugak, kebersihan dan kehalalan makanan tu.
bot turunkan penumpang kat Pulau Mamutik
Bot yang kitorang naik tuh bergerak meninggalkan jeti lebih kurang pukul 0955hrs camtu la. Passenger dalam bot tu dalam 12 orang la kot. Bot tuh bergerak ke Pulau Mamutik dulu dan menurunkan beberapa passenger sebelum ke Pulau Gaya. Lepas Pulau Gaya baru la bot tuh ke Pulau Sapi.

Pemandu bot tuh cakap, dia akan tunggu kitorang kat jeti Pulau Sapi ni pada pukul 1200hrs. Bila sampai je kat jeti Pulau Sapi, kitorang cepat-cepat turun dan posing sket-sket. Nak masuk ke Pulau Sapi kena bayar RM3.00 seorang. 
ramai jugak la manusia mandi-manda kat Pulau Sapi ni
Pulau Sapi ni memang cantik pantainya. Dari atas jeti tuh pun dah nampak air yang sangat crystal clear. Anak-anak ikan berenang-renang memang buat aku rasa nak terjun time tu jugak. Tapi swimming and snorkeling at the jetty is prohibited!
air laut yang jernih dan terlebih masin
Pulau Sapi ni tak la besar mana. Aku tanya staff yang jaga kaunter tuh, dia cakap kita boleh jalan kaki ikut track yang disediakan untuk pusing satu pulau ni dalam masa tak sampai sejam pun. Tapi memang takda pape yang menarik la selain dari hutan hijau yang segar je.
Pulau Sapi; beach lagi satu tuh kat atas YouTube icon tu kot
Selain pantai kat jeti ni, ada lagi satu pantai kat Pulau Sapi ni. Tapi, menurut sorang brader yang kerja kat pulau ni, kalau nak mandi-manda kat pantai lagi satu tu, kena let the life guard know, sebab kat pantai tuh memang takde life guard. Maybe pantai tuh lebih privacy la kot.
2 jam je memang tak cukup kat sini...
Bila dah jumpa port yang teduh, kitorang letak barang dan terpaksa sewa tikar untuk alas montot dan barang-barang. Kos menyewa tikar tuh ialah RM2.50 untuk sepanjang tempoh nak lepak kat pantai tuh. Jadi, kalau nak jimat, bawak la tikar or peralatan untuk mengalas montot dan barang-barang kepunyaan sendiri. Kalau ada life jacket yang isi dengan angin dan peralatan snorkeling yang lain pun, elok la bawak kalau nak jimatkan kos. Kalau tak, boleh sewa segala peralatan tuh. Don't worry, memang diorang supply snorkeling equipment kat pulau tuh. Scuba equipment aku tak pasti, maybe la ada kot since ada scuba diving location nearby, tak silap aku kat Pulau Sulug. 

Kat pantai Pulau Sapi ni banyak meja-meja makan dan khemah disediakan khas untuk pengunjung yang mengambil pakej BBQ lunch. Berdekatan dengan port yang kitorang lepak, bukan takat BBQ pit je yang ada, siap ada satu kawasan yang dipagar sebab ada banyak bebiawak komodo yang dibiarkan berkeliaran (dengan pengawasan). Memang besar dan sihat gila la mamat-mamat komodo neh. Ensem dan tegap-tegap belaka badannya. Aku ada rakam video mamat komodo ni, tapi terlampau besar 'size'nya untuk ditepek disini. Sorry la.

Kitorang berempat bergilir-gilir mandi manda sambil sorang akan jaga beg dan barang-barang kitorang. Memang best sangat dapat main air sambil-sambil tengok ikan-ikan yang berenang dengan 'friendly'nya kat tepi badan kita. Bukan senang nak dapat experience macam ni. 


Tapi aku rasa 2 jam memang tak cukup la kalau nak mandi manda kat pulau secantik Sapi ni. Rushing la. Pukul 12 dah nak kena ada kat jeti dah. Ish... terkilan dan sangat tak puas mandi manda. Memang nak kena datang lagi ni. Next visit memang aku nak pergi semua pulau yang berdekatan area ni. Sapi, Manukan, Mamutik dan Sulug. Next visit memang nak kena snorkeling. Seriously


Satu isu yang agak mengecewakan aku ialah, tahap kebersihan Pulau Sapi ni macam tak betul-betul membanggakan aku. Aku siap boleh jumpa plastik lutsinar kat dasar pantai tuh. Aku kutip plastik tuh dan bawak naik ke pantai. Tolong la jaga kebersihan. Bukan saja kat Pulau Sapi ni, tapi kat mana-mana tempat pun kat atas muka bumi ni!


Pukul 1140hrs, aku bersiap-siap kemas barang, tukar baju dan seluar yang kering dan terus ke jeti untuk menaiki bot balik ke jeti KK. Pulau Sapi, we'll be back!


Sampai kat jeti, amik kereta dan balik hotel. Patutnya kena check-out dari Promenade pukul 1200hrs. Lepas call hotel dan bitau kitorang maybe lambat sket, diorang kasi sampai pukul 1300hrs je sebab ada guest nak check-in at 1400hrs. Kelam kabut la balik bilik. Mandi-manda, last minute packing dan terus check-out!


Flight balik ke KUL dengan FireFlyz pukul 1555hrs. So, kena la ada kat BKI to check-in by 1355hrs. Ok la, jarak dari hotel ke BKI tak sampai pun 15 minit perjalanan dengan kereta. Masalah yang timbul seterusnya ialah, nak pulangkan kereta yang disewa ni. Masa ambil kereta ni, janji dengan brader tuh nak kena pulangkan kereta ni kat airport BKI. Dia cakap ok. Dia tak mention exactly kat mana tempat nak pulangkan kereta tuh. Kitorang dah sampai kat balai pelepasan dah masa tu, wifey call brader tu tanya nak pulangkan kat mana? Sekali brader tu cakap nak kena pulangkan kat terminal tambang murah Air Asia. Wifey cakap la yang kitorang sekarang kat balai pelepasan FireFlyz BKI. Dah satu hal pulak brader tu suruh kitorang amik dia kat Air Asia terminal yang kitorang pun tak tahu kat belah mana, tapi according to that guy, it's 10 minutes drive from our current location. Ish.. orang dah nak kena check-in ni. 


Wifey dah hangin dah masa tuh. Lepas tuh, mamat tu contact the car owner to settle pasal ni. And then dia called wifey balik. Dia suruh kitorang tinggalkan kereta tuh kat depan balai berlepas FireFlyz tuh unlock dan letakkan kunci kereta tuh kat bawak alas kaki driver's seat. Boleh ke camtu? Very high risk ooo. Buatnya dia pakat dengan geng-geng dia, suruh amik kereta tuh, pastu accused kitorang yang cuai tinggalkan kereta tuh tak berkunci, sapa yang susah? Dah la resit masa bayar jumlah sewa kereta tuh pun dia tak bagi. 


Kitorang punya mood masa tu memang dah tak berapa baik dah. Pergi lepak McD BKI, order lunch. Duduk kat situ. Wifey kept on trying to contact that guy again to tell him that we already left the car at the said place. Tapi brader tu tak respond pun. Aku dah risau dah. Aku pergi check balik kereta tu kat tempat aku parking tuh. Guess what? It's gone!!!


Aku patah balik ke McD. Kalau aku bitau wifey ni, sure lagi panik dia nanti. Tapi, no choice, memang kena bitau jugak. Bila aku bitau wifey, terus dia panic. Dia cuba call mamat tadi tapi mamat tuh tak jawab pun. Dia text pun mamat tu tak reply. Lepas tu battery handphone wifey pulak habis. Siap nak pergi beli charger pulak sebab kat dalam phone dia tuh ada number kawan kepada mamat yang nak amik kereta tuh. Bila aku kasi guna handphone aku dan tukar SIM card wifey, baru la wifey dapat contact kawan brader tuh. Mintak tolong dia pulak call. Sama jugak, takde respond. 


Dekat pukul 1500hrs camtu, kitorang check-in dan pergi ke gate untuk menunggu kapal terbang tuh. Wifey still cuba contact brader tu. Aku pergi surau kejap. Lepas solat mintak doa supaya dipermudahkan segala urusan dan masalah yang sedang dihadapi sekarang ni. Keadaan surau kat KKIA ni memang la nampak tak berseri dan kurang terurus. 


Lepas solat, aku ke gate FireFlyz tu tempat wifey, Cik Nana dan Cik Mun menunggu. Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan. Cik Nana cakap, the owner dah called wifey dan bitau ada kawan dia dah ambil kereta dari depan balai berlepas tu. Siap cakap thank you, mintak maaf dan mengharapkan kitorang akan sewa kereta dari diorang lagi on our next visit. Kalau macam ni caranya, memang susah la kalau sewa kereta dari diorang ni.


Fuhh, lagi satu pengalaman yang kureng dan takmo alami dah lepas ni. Cari kereta dari orang lain pulak ok!
airport KKIA tepi pantai 

first time jugak naik FireFlyz
Lebih kurang pukul 1540hrs camtu, gate ke FireFlyz pun dibuka. Dapat la merasa naik Boeing 737-800 FireFlyz yang baru tuh. 
So, bye-bye Sabah and KK for now. InsyaAllah, murah rezeki dan panjang umur nanti kita jumpa lagi. Tetiba pulak terasa nak panjat Gunung Kinabalu lepas ni. Tengok semua orang takde masalah pun sampai Lows Peak tuh, takkan aku tak boleh kan? Kena la dapatkan stamina dan make sure badan aku fit to take that challenge
keliling pulau ni nampak macam pantai yang cantik...
Flight ke KLIA ni memang direct, takde singgah memana macam masa nak datang hari tu. So far so good. Pramugara dan pramugari pun ok je. Aku dan wifey dapat duduk berdua kat 3 seat tuh sebab mamat kat seat sebelah wifey tuh mintak tukar seat ke row belakang. Cik Nana dan Cik Mun pun duduk berdua jugak kat belakang seat kitorang. Maknanya flight ke KLIA ni tak penuh la tu kan.
gambar wing yang wajib diambik

nasi beriyani ayam, order online masa nak booking ticket dulu
Aku makan nasi beriyani ayam yang dah dipesan lebih awal masa booking tiket dulu. Not bad la, tapi pape pun, MAS still the best in Malaysia in terms of food and beverage served on-flight.
lapar lagi ke sampai bukak menu ni?

tengah transfer gambar sampai mengantuk mata aku...
Kitorang selamat mendarat di KLIA dalam cuaca mendung lebih kurang jam 1825hrs dengan 'smooth'nya. Congratulations to Captain Ismail dan 'co-pilot'nya captain apa ntah for the best landing yang pernah aku experience so far. Looking forward to fly with FireFlyz again on our next vacation! 

Secara keseluruhannya, Sabah memang destinasi yang unik untuk bercuti. Terutama sekali, Kinabalu Park dan pulau-pulau yang sangat cantik di sekitarnya. Dari segi kekurangannya, mungkin masalah untuk mendapatkan makanan yang kena dengan selera masing-masing tu la kot. Kalau nak senang, dinasihatkan, bawak la mee segera, roti, tuna dan sardin dari rumah untuk sepanjang tempoh percutian tu. Macam nak pergi bercuti kat oversea pulak kan? Lain la kalau nak makan seafood! Tu memang best dan murah. Tapi, nak beli tuh, kena jugak pilih peniaga Muslim yang baik dan bukan nama je Muslim tapi tak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Kalau nak bercuti dan merancang untuk tinggal di hotel, hmm, kebanyakan toilet hotel yang kitorang stay tuh memang tak berapa user friendly to Muslim guest. Terutama sekali untuk urusan pelaburan. Jadi, sebelum booking hotel, tanya la dulu hotel tuh, 'toilet'nya ada paip dengan hos yang boleh sampai ke toilet bowl ke tak, ok? Kalau tak bawak la gayung dari rumah...ha ha ha! Serius ok!!!

Dan lagi satu, jangan terkejut kalau kat Sabah nanti, terutama sekali di bahagian pedalaman tuh, kita akan nampak banyak anjing berkeliaran. Di tepi jalan, di tepi gerai-gerai yang jual buah etc. Kalau biasanya kita selalu nampak bangkai kucing yang mati dilanggar kat semenanjung ni, ha, kat bahagian pedalaman Sabah nanti, banyak je bangkai anjing yang mati kena langgar tersadai kat tepi-tepi jalan. 

Masjid dan surau? Memang agak susah nak jumpa. Kalau ada pun, kita boleh nampak sendiri keadaannya yang macam suram dan tak berseri. Sebab, mungkin kekurangan jemaah dan orang Islam. Tapi, kalau nak cari gereja, memang sangat mudah. Terutama sekali di kawasan pedalaman la. Masa kitorang on the way ke Kudat, Ranau dan Kundasang tuh, memang tak terkira banyaknya papan-papan tanda yang menunjukkan kewujudan gereja-gereja ni. So, sendiri mau ingat la yer.

10 comments:

Farahliza Isa said...

wauuu! coti2 malaysia(errkk, dh coti ker??)
gi travel ni yg paling best bab makan2 la kan ngn sightseeing, klau shopping kureng sket...org len wa tatak taw..hehe

Mijoe said...

Farah..

wa pun talak suka sopping sangat..wa suka sightseeing jugak. Kaki gunung kinabalu, dan jugak mandi manda kat pulau yang cantik cam Sapi tuh...

tak sabar nak pegi lagi la... :p

Farahliza Isa said...

airasia tgh sale giler2 nih...best gak kan pegi KK...gambar ikan bakar tu sgt meruntun kalbu lar....hehehe
amik pakej ke or main redah jer?...ke ader kawan kt KK?

Mijoe said...

kitorang main redah je cikgu. :)

memang takde kawan pun kat sana.

kalau cikgu nak ke sana, sila la bertanya or rujuk la blog ni for tips.. saya akan cuba bagi sebanyak info yang boleh... :p

cover sket air liur tgk ikan dan sotong tuh..:p

Bunga said...

Subhanallah.. cantiknya pemandangan tepi laut tu..
saya teringin sangat nak ke sana.. tp x der rejeki lgi..
tp yg pasal kereta tu memang saspen betul.. ingtkan kereta hilang... kussss semangt kalau hilang betul..

meowwmania said...

ish ish...kalau sy pon hangin gud bye jelah

cantiknya pulau tu..teringin nak pegi

Mijoe said...

@Munge

tu la pasal... Memang cantik. Tu pasal tak puas pegi tuh. 2 jam je, mana cukup. Tu baru pulau Sapi, belum lagi pulau eksotik lain kat Sabah tuh macam Pulau Mabul, Sipadan semua tuh..

takpe Munge, balik Msia nanti, murah rejeki, ajak la En Coklat dan 2 hero tuh ke sana ok! Amin

pasal kereta tuh..hadoi..pening pening.. :p

Mijoe said...

@MM

yes..pulau2 tuh worth visited places. Sapi, Manukan, Mamutik, Sulug etc...

kumpul duit MM, macam Farah cakap, air asia tgh BIG SALE skrg!!!

Farah Yaakub said...

wah congrats2 dah smpi sabah..suke je dgr experience awk kat negeri saya..pasal pulau sapi tu,saya admit pulau tu antara yg tercantik compare to mamutik,manukan and gaya..coral kat situ rasanya lg nampak cantik and mmg best klu nak snorkeling and and bg makan ikan kan..komodo2 tu pun antara attraction yg buat org suka g situ..(suka suki je komodo2 tu jenjln kat area bbq tu kan..)herm pasal masjid tu,yes mmg diakui kat sini klu kite tak tau nak cari mmg kite rasa jarang nmpk masjid..tp utk area kudat (my birthplace),ranau etc tu mmg mostly non muslims (kadazan dusun or rungus etc)..tp ada je tmpt2 melayu and mesti ada masjid kat ctu..tp klu first tyme dtg mana la tawu kan..hehe..and thing yg plg lemah sgt kat sabahni dari dulu hingga skrg pasal signboard..klu ada gps (tak pernah plak pki gps kat sabah) erm tak sure la boley lepas ke tak..tp tulaa,signboard kat sini kureng ckit,tak mcm kat semenanjung yg mmg clear and jelas signboardnya kan..apa2 pun,trima kasih sbb sudi melawat sabah and hrp2 dtg balik la ke sini nant~ =)

Mijoe said...

Salam Farah Yaakub

terima kasih sebab sudi baca cerita dan pengalaman saya tuh. Dan terima kasih jugak sebab sudi komen. :)

honestly, mmg tak puas gi pulau Sapi tuh, kalau boleh bermalam, nak je bermalam kat pulau tuh... ha ha. Lagi satu tak puas stay kat Kundasang. Berkobar2 pulak nak daki Kinabalu wpun saya tak pernah panjat gunung! Desa Cattle Dairy Farm pun kitorang tak dapat masuk! Sungai Moroli pun kitorang tak sempat pergi!!! :(

saya pun tak snorkelling aritu..tu yg frust tuh. Berenang pun tak tahu..tapi kalau dah sarung life jacket, shud be ok la kan... :) Sure awak dah slalu pergi pulau2 comel tu kan? Selain dari Sapi, saya teringin jugak nak gi Pulau Mabul. Tapi jauh sangat la pulak..

Sempat jugak saya ke Tip of Borneo aritu. Wpun Kudat agak jauh, tapi sekurang2nya, saya dapat pengalaman utk dikongsi dgn mereka yg belum pernah ke sana. Apa2 pun Farah, awak bertuah jugak sebab tinggal di negeri yang unik dan cantik!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...