Kelly 3572

Saturday, May 7, 2011

Motorola Xoom Tablet With WiFi

Assalamualaikum

Mula-mula sekali nak bitau, gadget ni bukan gua beli. Dipinjamkan oleh adik ipar gua yer. Ha ha, tak mampu nak pakai tablet la, plus aku dah ada netbook, tak perlu la nak guna tablet ni.
FYI, ni la first time aku dapat pegang dan menggunakan tablet computer dengan agak lama. So, sorry la kalau dalam entry ni aku nampak jakun sket. Sebelum ni aku pernah la sentuh Apple iPad original tu. Sentuh je, tak guna pun. Pastu aku pernah jugak pegang dan usik-usik sket Samsung Galaxy Tablet tuh. 

Kalau nak beli tablet ni sahaja, tanpa data plan dari telco (sekarang ni Maxis yang tengah partner dengan Xoom ni; The Sun semalam), harganya ialah RM2,099.00.
Beratnya tak sampai 1kg, kalau tak silap aku, 730gm. Memori 32GB. Display screen 10.1 inches, sama je dengan netbook Sasmung (purposely eja camni!) aku tuh.
Dual core processor yang menampakkan kelajuan dan keefisyenannya...ha ha. Memang laju la! 

Ada 2 kamera, 2 megapixel kat depan, dan 5 megapixel with LED flash and digital zoom. Boleh rakam video HD. Not bad la quality gambar yang dirakam guna Xoom ni. Lupa nak attach gambar Tam & Teh yang dirakam dengan Xoom.



Aku tak boleh nak bagi comparison between tablet's manufacturer kat sini sebab aku bukannya daily tablet user. Dan aku pun baru explore Xoom ni je. Apple iPad dan iPad2 pun aku tak pernah explore, so camne nak compare product kan? Cukup la aku story apa yang aku experience dengan bendalah ni je.

Cuma bagi aku la, aku rasa lebih selesa guna netbook sebab lebih senang nak buat blog posting dari netbook kalau nak dibandingkan dengan menggunakan tablet sebab physical keyboard lebih syok dari virtual keyboard. He he... tapi kalau siapa yang dah biasa dan pro tuh mungkin la takde masalah kan? 
For more info on this Android 3.0 device, please click here. Gua bukan ada share dengan Motorola pun. 

Pedulikan 2 gambar kat bawah ni, diekor bukan model Motorola Xoom.
2 beradik posing atas Nurul Kelliah sebelum aku dan wifey keluar jenjalan di pekan Nilai

ni adik meow yang jaga surau kat Shell jalan Nilai-Pajam

2 comments:

Dwen Ihsan said...

bila beli xoom ni? ok tak android gingerbread?

Mijoe said...

bukan gua punye la. kawan adik ipar aku punya. Aku tumpang glemer dan nak kasi sket review je, tapi belum sempat.

Xoom operating with Android 3.0 (Honeycomb), Gingerbread 2.3 available on HTC Desire S.

sekiang, harap maklong.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...