Monday, May 16, 2011

Kundasang - Kinabalu Park - Desa Dairy Farm - Tip Of Borneo, Kudat - Kota Kinabalu

Assalamualaikum

Pergh! Memang best tidur malam tadi. Walaupun hotel ni takde aircond dan kipas siling, tapi sebab cuaca dan suasana dingin kat Kundasang ni pun dah lebih dari cukup untuk menggigilkan badan waktu malam. Tidur pun kena pakai setokin tau. Lantai kayunya sangat la sejuk.

Lepas solat subuh, aku bukak sliding door tuh dan dapat la merasa udara pagi yang sejuk dan segar! Siapa yang belum pernah datang bercuti ke Kundasang ni, kalau ada rezeki, datang la. Serius best!
suasana pagi yang sangat segar dan indah mata memandang
Kitorang bersiap dan kemaskan barang agak awal sebab lepas ni kitorang nak ke Kinabalu Park, nak tengok Gunung Kinabalu secara dekat. Tak leh pergi lewat sangat nanti tak nampak puncak gunung tuh dah dilindungi awan. Abang aku cakap, by 0930hrs tuh mungkin la paling-paling lewat boleh skodeng puncak Kinabalu tuh. Lepas tuh, memang bergantung pada keadaan cuaca. Tapi biasanya, lepas 0930hrs, diorang cakap memang awan dah tutup la puncak gunung tuh.
celik mata je posing...posing je celik mata... 
Lepas check-out dari Strawberry Garden Hotel, aku dan kronis mengambil kesempatan untuk posing gedik kat dalam kebun strawberry hidroponik dan jugak kebun bunga ros. Nak masuk, FOC untuk hotel guest, dan RM1 untuk orang luar. Tak leh petik bunga dan buah strawberry yang dah masak ranum tuh. Kalau nak jugak, boleh beli kat reception counter hotel tuh. Jem strawberry ada, ice-cream strawberry pun ada, buah strawberry pun mesti la ada. Tapi kitorang tak beli pun sebab harga tak cukup murah dibeli he he he.
strawberry garden, tapi ada pokok-pokok bunga ros yang cantik ni


dalam kasut ni pun boleh tanam strawberry?

tengok je tau, tak leh petik...
Dah penat posing, kitorang meninggalkan hotel yang agak best tuh dengan perasaan excited nak tengok gunung Kinabalu.
ni kat tepi jalan on the way to Kinabalu Park

ada air terjun la...

macam cover album band apa ntah... 

ada gaya nak mendaki tak?

sebelum meninggalkan Timpohon Gate

kereta boleh sampai kat Timpohon Gate je, 1866 meter dari paras laut

souvenir shop kat entrance Kinabalu Park


Desa Dairy Farm, Mesilau, Kundasang

tak dapat masuk jumpa Encik dan Cik Cow Black & White, dapat posing kat tepi pagar cukup la

aku di hujung Borneo, bukan aku yang memancing tuh ye...

wifey sampai takat ni je, aku tak berani nak bawak wifey turun

alang-alang dah sampai Sabah kan, teruskan je la sampai Kudat

balik dari Kudat, kelaparan dan nafsu makan seafood yang tinggi

tengok la saiz tangan wifey dan ikan yang berharga RM35 ni...

udang harimau, RM30 seekor! sama besar dengan ikan kat sebelah tu..

Promenade Apartment yang lebih cantik dari masa hari pertama kat KK 

semua best kecuali toilet

dinner time!!! on me!

Cik Nana dan Cik Mun's portion

7 comments:

Bunga said...

ui.. jelesnya..
lagi2 tang makanan tu.. rasa kalau boleh nak balik mesia skrg jugak semata2 nak makan seafood tuh..

Mijoe said...

Munge

sabar ye. Kat sana mahal ke seafood?

balik Msia, terus gi KK ok? :)

Eaven Sun Lee Peng said...

Hello! Nak tanya kalau bertolak dari Strawberry Garden Hotel ke Desa Dairy Farm, ambil masa banyak tak? 1 jam boleh sampai?

Mijoe said...

so sorry Eaven sebab i tak perasan your comment. hopefully it's not too late for me to answer your question.

ok, dari strawberry garden hotel ke Desa Dairy Farm tu sebenarnya perjalanannya tak la lama sangat. 1 jam tu memang dah boleh sampai. Cuma dari main road nak masuk ke farm tu je yang agak mencabar, jalan berbukit-bukau dan juga ada jalan tidak berturap, especially bila dah nak sampai ke Desa Dairy Farm tuh.

Bila nak pergi ke sana?

bella said...

hi, assalamualaikum.. nak tanya jauh tak strawberry garden hotel dari bandar kundasang? satu lagi berapa lama drive dari hotel ni ke kinabalu park dairy farm tu ye? thank u :)

bella said...

opps x perasan dah jawab utk soalan kedua tu.. sejam jugak ek? hurmm jauh jugak tu.. so, dekat tak ngan bandar kundasang?

Mijoe said...

Salam Bella...

kalau dari Strawberry Garden Hotel ke Pekan Kundasang tuh memang tak jauh pun. Dalam 10 minit je drive dah boleh sampai...

bile nak pergi sane?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...