Saturday, May 28, 2011

Kenduri Cukur Jambul

Assalamualaikum

Hari ada beberapa event yang kena attend. Itupun kalau larat la. Wifey pun macam tak larat je nak ikut plus masalah lojistik yang tak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. So, 'settle'kan yang dekat-dekat dulu la. 

Nasib baik ada Khairul yang available for the morning event tuh. So, aku picked him up at Lorong Arif Prihatin right after renewing my driving license kat Pejabat Pos Gombak. Nasib baik JPJ punye service available pagi tadi. My current license expired today. Mati-mati aku ingat dah expired last week. Cheh!

Aku janji dengan Khairul pukul 1100hrs nak kutip dia, tetapi, dengan janji Melayu aku ni akibat kelewatan aku bersiap plus urusan di pejabat pos, aku sampai rumah Khairul dekat pukul 1120hrs jugak la. Lepas tu kitorang terus gerak ke rumah Cik NurAlisya kat bawah ni! Comel dan tembamkan budak berusia 52 hari ni!
jangan bising yer, saya tengah tidur neh!!!

tomey tak buaian pink caye?
Dah sampai rumah bapak NurAlisya neh, kitorang lepak-lepak basahkan tekak dulu sementara tunggu kroni lain sampai. Baru best makan sama-sama. 

Bila perut dah betul-betul mintak diisi (kebetulan perut den dah dikosongkan dahulu sebelum ke sini!), baru la kitorang que dengan penuh nafsu kelaparan dan kekambingan. So, dengan nasi yang banyak aku ambik, dengan 3 ketul kambing, 2 ketul ayam goreng, 2 ekor ikan masin size kecik je, kuah gulai ikan masin; kuah je tau, dan sayur kobis goreng campur dengan hati ayam, pastu ada pulak 2 potong tembikai. Ni la hasilnya...
Alhamdulillah, sedap dan kenyang betul!
Lepas penuh isi perut dengan heavy lunch ni, kitorang lepak lagi borak-borak, sambil minum air apa ntah aku sendiri tak dapat nak detect air apa. Pastu, posing-posing lagi sket. 

Ramai la jugak kroni-kroni yang join this event. Sayang betul wifey tak dapat ikut. Kalau wifey ikut, wife Khairul dan anaknya pun nak join sekali. Takpe, ada rezeki, next time yer! Amin! I tapaukan you tapai pulut okeh?
hi, nama caye Adam!!! yang pakai cepek itam encem tuh ayah caye...

dan yang baju belang kat depan ayah caye tu la abang caye, Abang Amir!
Event hari ni banyak dihadiri oleh cute babies. Selain dari Alisya sebagai host, baby Adam dan jugak baby Alia pun ada. Semuanya tomey-tomey belaka. Tapi, aku tak sempat nak snap gambar baby Alia itu. 

Dekat pukul 1330hrs camtu, kitorang semua chow. Aku pulak ada kenduri kahwin kat Puncak Alam. Itupun kalau larat la. Macam tak sempat je. Pastu nak balik Pajam pulak, pastu planned nak tengok Champions League final pulak konon-kononnya nak tengok dengan Arman, Sani dan birasnya. Larat ke tak ni?

Sampai rumah, lepak kejap, kemas-kemas barang, pastu pukul 1530hrs gerak ke Fama. Tapi Fama dah bertolak ke KB pukul 1200hrs tadi. Sempat la lepak dan layan Hana Hani sampai la aku tertidur kepenatan, kekenyangan la sebenarnya.

Pukul 1900hrs gerak ke Pajam dan sampai sejam kemudian. Nasib baik jalan clear!

Untuk malam ni, may the best team wins! And i really hope it will be my team, Manchester United! Walaupun FC Barcelona undoubtedly the best team in the world at the moment. United lebih sesuai approach game ni sebagai team 'di bawah anjing'. Kurang sikit pressure kan. 

Mana aku nak tengok game ni ek? Pajam? NZ Curry House Wangsa Maju? Setapak?

Takpe la, janji tengok dan hopefully MUFC will win it this time!

3 comments:

Bunga said...

comei betul baby tuhh...
hai lah... dah lama x makan nasi kenduri... nampak sedap jerrrrrrr.... pos UK sikit..memang rugi puan isteri x dapat ikut... hehe

Mijoe said...

baby mana yang tomey Munge? dalam buaian tu ke yang kena dukung tuh? :p

semua baby comel..:)

Mijoe said...

dan nasi tu memang sedap, dan puan isteri memang kerugian sebab tak ikut.

nak post ke Nott, sampai sane dah berkulat kan..he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...