Saturday, May 14, 2011

From Kota Kinabalu To Labuan

Assalamualaikum

Aku terjaga pukul 0540hrs. Dah nak cerah dah pun. Matahari naik at 0600hrs. Kalau kat KL ni, memang tengah berbungkus baik punya lagi kan. 

Nak pergi Labuan dengan feri, kena la bangun dan bersiap awal sikit, sebab feri ke Labuan akan bertolak pada pukul 0800hrs. Nak beli tiket lagi, kena awal jugak tuh, kalau lambat kehabisan pulak.

Dari Promenade Hotel & Apartment tuh, kitorang naik cab ke jeti. Tambangnya RM12, dekat je, tak sampai 5 minit pun, tapi takpe la, memandangkan 4 orang dan banyak beg untuk diangkut, kira ok la kan.

Sampai kat jeti, terus pergi beli tiket feri kat kaunter tiket. Perjalanan dengan feri ke Pulau Labuan dari KK mengambil masa 3 jam lebih, kena la dapatkan seat yang selesa untuk tempoh 3 jam tuh. Tiket yang ditawarkan adalah antara RM30 hingga RM40. Wifey suggest kitorang amik tiket RM40 untuk 1st class.

1st class ticket holder akan duduk kat tingkat atas feri ni, dengan seat yang lebih selesa. Terasa agak mahal, tapi takpe la kot. Bukannya tiap-tiap hari nak naik feri ni kan? Lepas beli tiket, kitorang pun bergerak la menuju ke feri di hujung jeti yang akan bertolak pukul 0800hrs nanti.

View kat jeti KK ni memang cantik, backgroundnya Pulau Gaya. Aku dan wifey tak sempat posing sangat, Cik Nana dan Cik Mun je yang berjaya posing sebelum naik feri tuh. Aku dan wifey posing esok je la kot.
Onboard ferry from KK to Labuan
Feri tu bertolak tepat pukul 0800hrs. Dijangka sampai ke jeti Pulau Labuan pukul 1100hrs nanti. 

Sepanjang masa dalam feri tuh memang la takde aktiviti yang boleh dibuat. Nasib baik boleh surfing sikit-sikit. Adala coverage Maxis sikit. Tapi kurang selesa la sebab feri tu kan terhuyung-hayang, plus aircond yang agak sejuk tuh. 
part of Labuan's town

our room at Hotel Pulau Labuan 2

RM138 per night with breakfast, selected Astro channel

hasil tangkapan kat One Stop Duty Free, Labuan
supposed to be our 20th title!

4 comments:

meowwmania said...

bercuti-cuti malaysia ke...?

be safe ;)

Mijoe said...

aa la MM.

yang peliknya, dari KK sampai ke Labuan, sekor meow pun saya tak nampak.

Bagus gak, maybe meow kat Borneo ni lebih terjaga kot :)

thank you MM!

aby said...

salam mijoe,
insyallah bulan july aby plak ke KK,
tiket dan penginapan dah settel ..
tunggu berangkat jer ..

pegi musium kucing, banyak kucing batu kt sana,
he..he..

Mijoe said...

salam aby

duk hotel mana bang nanti?

hari ni berjaya jugak nampak kucing kat Sabah ni. Kat Kundasang, Poring Hot Spring dan kat KFC Ranau... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...