Friday, May 13, 2011

From KLIA To Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum
MH2608
Akhirnya, hari yang dinantikan pun tiba. Ni la first time aku nak jejakkan kaki ke Borneo. Excited ni! Tapi sekarang, aku upload gambar je dulu. Bila free nanti baru boleh story panjang sket.

Cuti dan makan angin kali ni disertai oleh aku dan wifey, adik ipar aku; Cik Nana dan kawan baiknya, Cik Mun! Tiket flight dah ditempah lebih kurang sebulan lebih yang lalu. Perginya dengan MAS dan baliknya dengan FireFlyz. First time nak naik FireFlyz ni. Kos untuk return flight ni ialah RM304 seorang, termasuk tax dan makan-makan dalam flight.

Aku, wifey dan Cik Nana bertolak dari Pajam ke KLIA pukul 0700hrs pagi, dan Cik Mun pulak dari Shah Alam. Sampai KLIA pukul 0730hrs camtu la. Amik boarding pass dan tunggu la Boeing 737 MH2608 kat gate A11 untuk berlepas pada pukul 0900hrs. 
kesesakan lalulintas di runway! Sila beratur yer...
Masuk dalam boeing tuh, pukul 0900hrs pun tak jalan lagi, warm-up, panas-panas enjin, tengok demo kecemasan oleh cabin crew etc, sampai la take-off pukul 0940hrs melalui runway 32. Memang sesak jugak la traffic kat KLIA neh. Patut la lambat nak boleh take-off. Tapi still takleh lawan kesesakan kat Heathrow Airport London tuh. 
gambar sayap memang tak boleh miss..tengah cruising ni..
ni la masa yang paling aku tunggu-tunggu..soru!!!!

nasi lemak with sambal udang, fruit cake, chocolate and orange juice for breakfast
Aku memang cukup suka bab makan-makan dalam MAS ni. Selalu memuaskan hati aku la. Kali ni aku pulun breakfast gila-gila punya. Tak tinggal pape langsung. Semua dalam gambar kat atas ni memang licin aku kerjakan. Lapar la... Diorang bagi 2 pilihan, nasi lemak atau mee goreng. Nasib baik aku dan wifey pilih nasi lemak sebab mee gorengnya kurang best la. Cik Nana dan Cik Mun pilih mee goreng dengan ayam tuh.
stop kat Labuan Airport untuk turunkan dan amik penumpang
Flight kitorang ni tak la terus ke KK. Dia singgah kat Labuan untuk turunkan passenger ke Labuan dan amik passenger dari Labuan untuk ke KK. Flight crew pun tukar jugak. Kitorang landing kat Labuan pukul 1144hrs sebelum take-off semula pada jam 1240hrs.
safely landed at KKIA
Kitorang akhirnya selamat mendarat di KKIA tepat jam 1258hrs. 18 minit je dari Labuan ke KK ni by flight. Yang bestnya, lepas take-off tuh aku rasa boeing ni terbang rendah je kot, tak payah climb sampai 25,000 kaki pun kot. Sebelum descend ke KKIA tuh, sempat la aku nampak pulau-pulau kecik yang sangat cetek pantainya dengan air laut yang crystal clear. Buat aku terasa sungguh excited nak pergi pulau Manukan dan Sapi tuh.

Masa nak check-out dari imigresen tuh, aku rasa agak pelik sebab warganegara pun kena lalu jugak ikut kaunter imigresen dan siap kena tunjuk IC dan kena fill-up form kecik, macam pelancong dari oversea pulak dah. Hmm, apa-apa je lah. Form tuh ada 3 salinan. Satu salinan imigresen tuh simpan, lagi 2 salinan tuh jangan buang yer. Simpan, nanti masa nak fly balik ke semenanjung nanti diorang mintak balik lagi 2 salinan tuh. Ingat tau!!!


Lepas amik bag-bag yang masih ringan tuh, kitorang pun keluar dari balai ketibaan tuh. Terus pergi ke kaunter Tourism Malaysia; Sabah untuk tanya tempat nak amik teksi ke pusat bandar. Petugas kat kaunter tuh cakap, kita kena amik kupon untuk naik cab ke pusat bandar dari kaunter kupon yang ada kat luar balai ketibaan tuh. Untuk ke pusat bandar, kupon untuk satu teksi berharga RM30.  Lepas bayar kupon, terus kitorang bawak beg ke teksi yang dah sedia menunggu kat luar balai tuh.


Bitau teksi tuh kitorang nak ke Promenade Apartment kat Jalan Api-Api. Tak sampai 15 minit, kitorang pun sampai la kat destinasi. Driver yang peramah tu bagi jugak la macam-macam tips, tapi aku dah lupa sebab excited tengok bandar KK.
this is where we stayed 

bilik aku dan wifey after upgraded
Masa nak check-in kat Promenade ni, aku ada borak dengan satu family yang baru nak check-in jugak. Aku tanya dia dari mana, diorang cakap dari KL jugak, satu flight jugak dengan kitorang. Rupa-rupanya satu family 3 beranak ni duduk kat belakang seat kitorang masa dalam flight tadi. Tak perasan. 

Yang bestnya, diorang ni tinggal kat Bandar Enstek, Sepang, kira dekat jugak la dengan Nilai kan. Diorang planned nak duduk kat KK dan lepas tu jalan-jalan ke Sarawak. Bestnya. Bila la pulak kitorang nak ke Sarawak tu ek?
outside view from our room
Apartment ni diorang kongsi dengan unit kediaman family, student dan bermacam-macam jenis manusia lagi la. Bukan satu blok tu kepunyaan Promenade Hotel & Apartment. Tapi yang bestnya, blok yang kitorang stay ni, dekat dengan McDonald's 24 hours! So, senang la kalau kelaparan, turun je kat bawah, dah terpacak McD tuh.

Bilik aku dengan wifey ni agak besar la jugak. Ada 2 katil queen size. TV semua ada, tapi takde la Astro, dan takde WiFi pun. Toiletnya pun tak friendly untuk Muslim guest. Jadi, pandai-pandai la menggunakan kreativiti masing-masing bila tiba masanya tu nanti. Aku gunakan tong sampah yang dalam bilik tuh untuk dijadikan baldi, dan gunakan McD punya plastic cup yang isi strawberry shake tuh sebagai gayungnya. Selesai satu masalah!
not bad eh?
kat sini la kitorang melantak dan menapau seafood dengan jayanya...
Aku dan wifey menghilangkan penat dulu sebelum start aktiviti meronda KK ni. Dah pasang aircond, tutup langsir kasi gelap macam malam, apa lagi, pengsan la kejap. Tapi kena la adjust waktu solat ye. Sebab kat Borneo ni, waktu solatnya berbeza dengan semenanjung. Pukul 1800hrs dah gelap dah. So, tak leh la nak bantai tidur sesuka hati.
we found this at pasar malam nearby Le Meridien Hotel
amacam? berjaya tak aku buat korang terliur?
Lepas solat, kitorang keluar jalan-jalan ke area pasar malam kat Jalan Tun Fuad Stephen. Macam-macam ada la kat situ. Kalau nak beli udang kering ke, ikan masin ke, pergi la cari kat pasar tepi jalan tuh. Memang bukak sampai malam. Dan harganya memang murah dari semenanjung! So, bawak duit je!
cik ketam
aksesori yang dibekalkan dengan hasil tangkapan, air asam pun ada gak...

shopping souvenirs kat pasar malam sebelah Le Meridien

sutun dan ikan jenahak, RM20

udang dan ikan merah, 2-2 ni RM20

8 comments:

Cik Mek said...

Salam..Mek pun nak ke KK tak lama lagi. Ari Khamis ni!! HIP HIP HOOREY!! Stay pun sama kat Promenade Apartment. Tapikan, toilet yang tidak mesra muslim guest tu cam mana?? Ce citer..???

Mijoe said...

Salam Cik Mek

terima kasih sebab sudi singgah dan bertanya! :) Sangat la suka saya nak menolong pape yang patut! :)

saya gunakan tong sampah dalam bilik tuh untuk tadah air, kire jadi macam baldi la, pastu gunakan cup plastik lutsinar McD (yang isi strawberry/vanilla shake tu) sebagai gayung ataupun penceduk air! :)

takkan kita nak kena beli gayung dan baldi pulak kan? he he he

ada pape lagi, Cik Mek boleh tanya ok! saya sedia membantu! :)

Cik Mek said...
This comment has been removed by the author.
Cik Mek said...

Aiyok..very the!!! Pastu, nak tanya lagi ni. Kat Promenade tu, boleh masak2 ke? Ada dapur??

Mijoe said...

salam Cik Mek,

sebelum terlupa, kalau ke Ranau, selain dari Poring Hot Spring, SAbah Tea Plantation, jgn lupa pergi main dengan ikan kelah jinak kat Sungai Moroli ok? Best giler! saya tak sempat pergi situ!!!

Promenade tuh,masa check in nanti, tanya dulu orang kat kaunter tuh. Sebab ada bilik yang ada dapur, ada bilik yang takde. Masa first day sampai tuh, bilik saya dan wife macam Cik Mek nampak dalam post ni la, takde dapur, tapi masa hari ke 3 tuh, saya suka sangat bilik tuh, ada kitchen, boleh masak2. Nanti Cik Mek call balik la Promenade to do necessary adjustment to your booking tuh. Mintak bilik yang ada dapur ok? :)

Cik Mek said...

Wonggeh!! Plan konon nak p pasar pehtu main masak2..ahak hak. K, tq Mijoe for the info and advice!

Mijoe said...

dan lagi satu, kalau gi kundasang, stay la kat Strawberry Garden Hotel atau pun kinabalu pine resort. Kinabalu Pine tuh lagi best, view saaaaangat cantik, my brother recommend stay kat Blok D kalau nak bermalam di hotel tuh.

Selain dari tuh, ada satu hotel kat kundasang yang 'keras'. tapi bukan 2 hotel yang saya mention tuh la. ok Cik Mek!

Mijoe said...

no problem Cik Mek! anytime je bab-bab bantu membantu ni ok! Pape pun nanti, tanye je ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...