Sunday, May 29, 2011

Pussy dibelasah

JOHOR BAHRU: Gara-gara taksub dengan cerita misteri berkaitan kucing didakwa jelmaan penjenayah atau ahli sihir, segelintir penduduk di sekitar Taman Ungku Tun Aminah, di sini, sanggup mendera binatang itu hingga menimbulkan kebimbangan ramai.

Kejadian berlaku semalam apabila seekor kucing peliharaan seorang mekanik didera sekumpulan remaja di kawasan perumahan itu selepas kononnya menerima arahan pihak tertentu bagi memerangkap kucing jelmaan berkenaan.


Pemilik kucing, Mohmad Shah Tamyis, 52, berkata dia tidak sangka kucing kesayangannya turut menjadi mangsa dan buruan pihak tidak bertanggungjawab selepas terpengaruh dengan kisah yang disebarkan sejak kebelakangan ini.


“Sebelum ini, saya difahamkan ada kucing ditangkap dan diserah kepada polis kerana dipercayai jelmaan penyamun yang mengamalkan ilmu hitam.


“Mengikut cerita itu, penyamun terbabit dipercayai bertindak demikian kerana terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya sebelum malam Jumaat.



“Namun akibat sikap penduduk yang terlalu taksub dengan kemunculan jelmaan terbabit, kucing kesayangan saya, Pussy yang berusia enam bulan menjadi mangsa,” katanya.


Menurut Mohmad Shah, dia hanya menyedari kejadian itu apabila mendengar kekecohan berlaku di luar rumahnya.


“Penduduk percaya ia kucing jadian kerana matanya merah ketika terkena pancaran lampu suluh. Berikutan itu, ia dipukul kira-kira 18 remaja lelaki tanpa belas kasihan.


“Akibat kejadian itu, dia mengalami luka di beberapa bahagian tubuh dan trauma setiap kali bertemu orang.


“Saya terkilan melihat keadaan kucing kami, orang ramai sepatutnya bersikap waras dan tidak taksub dengan perkara karut yang belum tentu kesahihannya,” katanya.



Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Binatang Peliharaan Bahtera Noah, Mariam Yusof berkata, tindakan memerangkap kucing yang dianggap jelmaan adalah tidak munasabah dan tidak berperikemanusiaan.



Katanya, penduduk tidak harus bertindak sedemikian dan dinasihatkan menghentikan perbuatan itu.



“Sebelum ini saya terdengar kucing ditahan di lokap dan badannya dikatakan panjang, saya tidak menafikan kemungkinan ia kucing hutan dan bukan jadian,” katanya.


Credit from the source, Harian Metro Online.

Apa la nak jadi dengan manusia ni? Tunggu je la bala dari Allah kepada orang yang terlibat menyiksa Pussy tuh. Mana pergi akal fikiran diorang ni agaknya?

Semoga Pussy dan kucing-kucing yang tak bersalah tuh selamat dari menjadi mangsa manusia tanpa akal tuh semua. Amin! Dan semoga penyamun tuh kantoi la nanti, bukan penyamun tuh je, tapi semua penyamun seluruh Malaysia dan dunia ni kantoi! 

Kalau dapat laksanakan hukum hudud kat negara ni kan best, sure kita boleh tengok ramai orang tanpa pergelangan tangan kat mana-mana kan? :)

Barcelona 3 Man United 1

Assalamualaikum

Congratulations to FC Barcelona! They totally deserved it. They outplayed and outclassed the Red Devils for most of the game duration. 
congratulations FC Barcelona! Worthy winners again! MU, try again next season!!!
Pedro, Messi and Villa were the scorers for the Catalan while Rooney managed to equalise in the first half. 

Barcelona dominated almost 70% of the match and preventing United to get a corner kick! With the current players, i think Barca can keep ruling Europe for the next 3 years, selagi Messi, Xavi dan Iniesta ada dalam team ni. Memang best tengok diorang punya passing game. Tengok je la statistik passing completed antara MU dengan Barca, memang jauh berbeza dan jauh ketinggalan.

To Man United, memang banyak lagi yang boleh diperbaiki. Dalam game ni, memang yang nampak bekerja keras, Rooney, Park Ji Sung & Van der Sar. Chicharito nampak macam busy lari ke sana sini tapi bola tak sampai pun kat dia, kalau ada yang sampai pun, dia dah offside! Kelemahan ketara United ialah pada bahagian midfield. Memang Barca conquer habis-habisan. Giggs & Carrick were no match for Iniesta and Xavi. Bila midfield tak dapat bola, macamana striker dan forward player nak kerja kan? Isunya bukan la defender Barcelona semalam memang bagus, midfield dan striker diorang je yang bagus. Kalau defender Barca pun bagus, takkan diorang boleh kalah jugak a few games dalam La Liga, dan kalah jugak dengan Real Madrid dalam Spanish King Cup kan? Central defense pairing of Pique and Mascherano pun kantoi jugak masa Rooney score. So, clearly, Man United kena improve kat bahagian midfield to beat Barca next time kalau terjumpa lagi 2-2 team yang best ni dalam Champions League!

Antonio Valencia nampak macam kurang yakin dengan diri dia sendiri. Nani patut dimasukkan lebih awal ataupun dalam starting line-up. Berbatov pun langsung takda dalam pemain simpanan. Injured ke?

Kalau team se'consistent' MU ni kalah 3-1 dengan Barca, apa la jadi dengan team lain agaknya. Alex Ferguson kena stay as United's manager for another 5 years la ni kot. He he.. go on Sir Alex! 

Once again, congratulations Barcelona dan Gerard Pique! To United my team, keep it up, improve and learn from this failure. A nice game but one sided... maybe lepas ni Man United kena main man to man marking kot?

To Edwin Van der Sar, thank you for all your efforts and hard working in front of our goal post. You're United's legend! It must be hard to find a goalkeeper as good as you are.

To Ryan Giggs, udah-udah le tu buat scandal. Dah tua bangka pun sibuk nak scandal ke? :p Next season make sure United land trophy number 20th kat Old Trafford, and other silverware as well, Champions League, FA Cup, Carling Cup and Community Shield ok!

(Ada pulak manusia yang memang anti dan jealous gila dengan MU amik kesempatan nak kutuk MU kau-kau bila MU kalah dengan Barca! Well, team korang masuk final ke? Tak kan? Terpaksa menumpang Masherano; ex-LFC pulak kali ni. Last 2 years, menumpang Thiery Henry; ex-Arsenal. Mana team korang bila MU menang EPL ke 19, masuk final Champions League, masuk semifinal FA Cup only to lose to a team that manage to buy that very expensive trophy; cost the stupid Arab more than GBP100 million to get that silverware! Mana korang? Mana?) 


Kesian... tak professional langsung! Ni pandangan aku la lepas baca komen-komen species yang selalu tak puas hati dan anti dengan United kat The Sun UK. 


photos credit to The Sun UK. Get the free wallpaper here!

Saturday, May 28, 2011

Kenduri Cukur Jambul

Assalamualaikum

Hari ada beberapa event yang kena attend. Itupun kalau larat la. Wifey pun macam tak larat je nak ikut plus masalah lojistik yang tak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. So, 'settle'kan yang dekat-dekat dulu la. 

Nasib baik ada Khairul yang available for the morning event tuh. So, aku picked him up at Lorong Arif Prihatin right after renewing my driving license kat Pejabat Pos Gombak. Nasib baik JPJ punye service available pagi tadi. My current license expired today. Mati-mati aku ingat dah expired last week. Cheh!

Aku janji dengan Khairul pukul 1100hrs nak kutip dia, tetapi, dengan janji Melayu aku ni akibat kelewatan aku bersiap plus urusan di pejabat pos, aku sampai rumah Khairul dekat pukul 1120hrs jugak la. Lepas tu kitorang terus gerak ke rumah Cik NurAlisya kat bawah ni! Comel dan tembamkan budak berusia 52 hari ni!
jangan bising yer, saya tengah tidur neh!!!

tomey tak buaian pink caye?
Dah sampai rumah bapak NurAlisya neh, kitorang lepak-lepak basahkan tekak dulu sementara tunggu kroni lain sampai. Baru best makan sama-sama. 

Bila perut dah betul-betul mintak diisi (kebetulan perut den dah dikosongkan dahulu sebelum ke sini!), baru la kitorang que dengan penuh nafsu kelaparan dan kekambingan. So, dengan nasi yang banyak aku ambik, dengan 3 ketul kambing, 2 ketul ayam goreng, 2 ekor ikan masin size kecik je, kuah gulai ikan masin; kuah je tau, dan sayur kobis goreng campur dengan hati ayam, pastu ada pulak 2 potong tembikai. Ni la hasilnya...
Alhamdulillah, sedap dan kenyang betul!
Lepas penuh isi perut dengan heavy lunch ni, kitorang lepak lagi borak-borak, sambil minum air apa ntah aku sendiri tak dapat nak detect air apa. Pastu, posing-posing lagi sket. 

Ramai la jugak kroni-kroni yang join this event. Sayang betul wifey tak dapat ikut. Kalau wifey ikut, wife Khairul dan anaknya pun nak join sekali. Takpe, ada rezeki, next time yer! Amin! I tapaukan you tapai pulut okeh?
hi, nama caye Adam!!! yang pakai cepek itam encem tuh ayah caye...

dan yang baju belang kat depan ayah caye tu la abang caye, Abang Amir!
Event hari ni banyak dihadiri oleh cute babies. Selain dari Alisya sebagai host, baby Adam dan jugak baby Alia pun ada. Semuanya tomey-tomey belaka. Tapi, aku tak sempat nak snap gambar baby Alia itu. 

Dekat pukul 1330hrs camtu, kitorang semua chow. Aku pulak ada kenduri kahwin kat Puncak Alam. Itupun kalau larat la. Macam tak sempat je. Pastu nak balik Pajam pulak, pastu planned nak tengok Champions League final pulak konon-kononnya nak tengok dengan Arman, Sani dan birasnya. Larat ke tak ni?

Sampai rumah, lepak kejap, kemas-kemas barang, pastu pukul 1530hrs gerak ke Fama. Tapi Fama dah bertolak ke KB pukul 1200hrs tadi. Sempat la lepak dan layan Hana Hani sampai la aku tertidur kepenatan, kekenyangan la sebenarnya.

Pukul 1900hrs gerak ke Pajam dan sampai sejam kemudian. Nasib baik jalan clear!

Untuk malam ni, may the best team wins! And i really hope it will be my team, Manchester United! Walaupun FC Barcelona undoubtedly the best team in the world at the moment. United lebih sesuai approach game ni sebagai team 'di bawah anjing'. Kurang sikit pressure kan. 

Mana aku nak tengok game ni ek? Pajam? NZ Curry House Wangsa Maju? Setapak?

Takpe la, janji tengok dan hopefully MUFC will win it this time!

Thursday, May 26, 2011

My Debut Album

Asslamualaikum

Ni la hasilnya bila ikut arahan Tag yang dah basi. Actually takde orang pun tag aku pasal assignment ni. Tapi since aku takde idea nak buat apa-apa posting sekarang ni, maka ni la salah satu benda yang aku rasa rajin nak layan. Credit to Mija

Tapi bila tengok hasilnya, memang lawak dan kelakar la.

So, macamana wujudnya album dan gambar kat bawah ni?

1 - Open http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Random. The first random Wikipedia article you get is the name of your band.

2 - Open http://www.quotationspage.com/random.php3. The last four or five words of the very last quote of the first page is the title of your debut album.

3 - Open http://www.flickr.com/explore/interesting/7days. Third picture, no matter what it is, will be your album cover.

4 - Use Photoshop/Paint or similar to put it all together.

5 - Post it to your Blog with Title "My Debut Album" and TAG other persons.

Nama band aku: Luksusowa Vodka
Tajuk album:      And Good Health Have Vanished
my debut album cover!
So lepas ni aku nak tag Meowmania, Bunga, Ainil, Helang Botak, Uzbeck, Dwen, Ninie Hanis , Afiq Flanker, Farah, Zairol dan sesiapa je la yang terbaca entry ni. Ha ha... Kalau rajin, buat le.. just for fun!

Tuesday, May 17, 2011

Promenade Apartment - Pulau Sapi - KKIA, Sabah - KLIA, Sepang

Assalamualaikum

Ikutkan penat driving sepanjang hari semalam, memang macam tak larat dan malas nak pergi Pulau Sapi ni. Tapi bila bangun pagi ni terasa segar sket dan bersemangat pulak. Lepas packing barang, cepat-cepat kitorang bergerak ke jeti Jesselton untuk naik bot ke Pulau Sapi.

Oleh kerana hari ni public holiday, maka dengan 'confident'nya kitorang parking depan deretan kedai berdekatan dengan jeti tu. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun ke kaunter jualan tiket feri dan bot Jesselton tu. 

Masuk je tempat jualan tiket tuh, terus wifey, Cik Nana dan Cik Mun pergi ke kaunter nombor 1 (dekat dengan main entrance) dan lepas sesi soal jawab, terus diorang beli tiket untuk ke Pulau Sapi berharga RM17. Harga tiket ni adalah untuk perjalan pergi balik ke Pulau Sapi, belum termasuk terminal fee sebanyak RM7.20. Harga tiket ni jugak tak termasuk aktiviti snorkeling, BBQ lunch dan jugak kos meminjam peralatan snorkeling dan jugak life-jacket.

Orang yang bawak bot tu akan offer passenger dia pakej snorkeling yang lebih murah daripada yang ditawarkan di kaunter tiket. So, survey dulu harga tiket-tiket yang ditawarkan sebelum membelinya ok? Kadang-kadang dia offer jugak pakej seafood BBQ kat Pulau Sapi tuh, murah jugak dari yang ditawarkan kat kaunter jualan tiket tuh. Tapi, sebagai seorang Muslim, kita kena la survey jugak, kebersihan dan kehalalan makanan tu.
bot turunkan penumpang kat Pulau Mamutik
Bot yang kitorang naik tuh bergerak meninggalkan jeti lebih kurang pukul 0955hrs camtu la. Passenger dalam bot tu dalam 12 orang la kot. Bot tuh bergerak ke Pulau Mamutik dulu dan menurunkan beberapa passenger sebelum ke Pulau Gaya. Lepas Pulau Gaya baru la bot tuh ke Pulau Sapi.

Pemandu bot tuh cakap, dia akan tunggu kitorang kat jeti Pulau Sapi ni pada pukul 1200hrs. Bila sampai je kat jeti Pulau Sapi, kitorang cepat-cepat turun dan posing sket-sket. Nak masuk ke Pulau Sapi kena bayar RM3.00 seorang. 
ramai jugak la manusia mandi-manda kat Pulau Sapi ni
Pulau Sapi ni memang cantik pantainya. Dari atas jeti tuh pun dah nampak air yang sangat crystal clear. Anak-anak ikan berenang-renang memang buat aku rasa nak terjun time tu jugak. Tapi swimming and snorkeling at the jetty is prohibited!
air laut yang jernih dan terlebih masin
Pulau Sapi ni tak la besar mana. Aku tanya staff yang jaga kaunter tuh, dia cakap kita boleh jalan kaki ikut track yang disediakan untuk pusing satu pulau ni dalam masa tak sampai sejam pun. Tapi memang takda pape yang menarik la selain dari hutan hijau yang segar je.
Pulau Sapi; beach lagi satu tuh kat atas YouTube icon tu kot
Selain pantai kat jeti ni, ada lagi satu pantai kat Pulau Sapi ni. Tapi, menurut sorang brader yang kerja kat pulau ni, kalau nak mandi-manda kat pantai lagi satu tu, kena let the life guard know, sebab kat pantai tuh memang takde life guard. Maybe pantai tuh lebih privacy la kot.
2 jam je memang tak cukup kat sini...
Bila dah jumpa port yang teduh, kitorang letak barang dan terpaksa sewa tikar untuk alas montot dan barang-barang. Kos menyewa tikar tuh ialah RM2.50 untuk sepanjang tempoh nak lepak kat pantai tuh. Jadi, kalau nak jimat, bawak la tikar or peralatan untuk mengalas montot dan barang-barang kepunyaan sendiri. Kalau ada life jacket yang isi dengan angin dan peralatan snorkeling yang lain pun, elok la bawak kalau nak jimatkan kos. Kalau tak, boleh sewa segala peralatan tuh. Don't worry, memang diorang supply snorkeling equipment kat pulau tuh. Scuba equipment aku tak pasti, maybe la ada kot since ada scuba diving location nearby, tak silap aku kat Pulau Sulug. 

Kat pantai Pulau Sapi ni banyak meja-meja makan dan khemah disediakan khas untuk pengunjung yang mengambil pakej BBQ lunch. Berdekatan dengan port yang kitorang lepak, bukan takat BBQ pit je yang ada, siap ada satu kawasan yang dipagar sebab ada banyak bebiawak komodo yang dibiarkan berkeliaran (dengan pengawasan). Memang besar dan sihat gila la mamat-mamat komodo neh. Ensem dan tegap-tegap belaka badannya. Aku ada rakam video mamat komodo ni, tapi terlampau besar 'size'nya untuk ditepek disini. Sorry la.

Kitorang berempat bergilir-gilir mandi manda sambil sorang akan jaga beg dan barang-barang kitorang. Memang best sangat dapat main air sambil-sambil tengok ikan-ikan yang berenang dengan 'friendly'nya kat tepi badan kita. Bukan senang nak dapat experience macam ni. 


Tapi aku rasa 2 jam memang tak cukup la kalau nak mandi manda kat pulau secantik Sapi ni. Rushing la. Pukul 12 dah nak kena ada kat jeti dah. Ish... terkilan dan sangat tak puas mandi manda. Memang nak kena datang lagi ni. Next visit memang aku nak pergi semua pulau yang berdekatan area ni. Sapi, Manukan, Mamutik dan Sulug. Next visit memang nak kena snorkeling. Seriously


Satu isu yang agak mengecewakan aku ialah, tahap kebersihan Pulau Sapi ni macam tak betul-betul membanggakan aku. Aku siap boleh jumpa plastik lutsinar kat dasar pantai tuh. Aku kutip plastik tuh dan bawak naik ke pantai. Tolong la jaga kebersihan. Bukan saja kat Pulau Sapi ni, tapi kat mana-mana tempat pun kat atas muka bumi ni!


Pukul 1140hrs, aku bersiap-siap kemas barang, tukar baju dan seluar yang kering dan terus ke jeti untuk menaiki bot balik ke jeti KK. Pulau Sapi, we'll be back!


Sampai kat jeti, amik kereta dan balik hotel. Patutnya kena check-out dari Promenade pukul 1200hrs. Lepas call hotel dan bitau kitorang maybe lambat sket, diorang kasi sampai pukul 1300hrs je sebab ada guest nak check-in at 1400hrs. Kelam kabut la balik bilik. Mandi-manda, last minute packing dan terus check-out!


Flight balik ke KUL dengan FireFlyz pukul 1555hrs. So, kena la ada kat BKI to check-in by 1355hrs. Ok la, jarak dari hotel ke BKI tak sampai pun 15 minit perjalanan dengan kereta. Masalah yang timbul seterusnya ialah, nak pulangkan kereta yang disewa ni. Masa ambil kereta ni, janji dengan brader tuh nak kena pulangkan kereta ni kat airport BKI. Dia cakap ok. Dia tak mention exactly kat mana tempat nak pulangkan kereta tuh. Kitorang dah sampai kat balai pelepasan dah masa tu, wifey call brader tu tanya nak pulangkan kat mana? Sekali brader tu cakap nak kena pulangkan kat terminal tambang murah Air Asia. Wifey cakap la yang kitorang sekarang kat balai pelepasan FireFlyz BKI. Dah satu hal pulak brader tu suruh kitorang amik dia kat Air Asia terminal yang kitorang pun tak tahu kat belah mana, tapi according to that guy, it's 10 minutes drive from our current location. Ish.. orang dah nak kena check-in ni. 


Wifey dah hangin dah masa tuh. Lepas tuh, mamat tu contact the car owner to settle pasal ni. And then dia called wifey balik. Dia suruh kitorang tinggalkan kereta tuh kat depan balai berlepas FireFlyz tuh unlock dan letakkan kunci kereta tuh kat bawak alas kaki driver's seat. Boleh ke camtu? Very high risk ooo. Buatnya dia pakat dengan geng-geng dia, suruh amik kereta tuh, pastu accused kitorang yang cuai tinggalkan kereta tuh tak berkunci, sapa yang susah? Dah la resit masa bayar jumlah sewa kereta tuh pun dia tak bagi. 


Kitorang punya mood masa tu memang dah tak berapa baik dah. Pergi lepak McD BKI, order lunch. Duduk kat situ. Wifey kept on trying to contact that guy again to tell him that we already left the car at the said place. Tapi brader tu tak respond pun. Aku dah risau dah. Aku pergi check balik kereta tu kat tempat aku parking tuh. Guess what? It's gone!!!


Aku patah balik ke McD. Kalau aku bitau wifey ni, sure lagi panik dia nanti. Tapi, no choice, memang kena bitau jugak. Bila aku bitau wifey, terus dia panic. Dia cuba call mamat tadi tapi mamat tuh tak jawab pun. Dia text pun mamat tu tak reply. Lepas tu battery handphone wifey pulak habis. Siap nak pergi beli charger pulak sebab kat dalam phone dia tuh ada number kawan kepada mamat yang nak amik kereta tuh. Bila aku kasi guna handphone aku dan tukar SIM card wifey, baru la wifey dapat contact kawan brader tuh. Mintak tolong dia pulak call. Sama jugak, takde respond. 


Dekat pukul 1500hrs camtu, kitorang check-in dan pergi ke gate untuk menunggu kapal terbang tuh. Wifey still cuba contact brader tu. Aku pergi surau kejap. Lepas solat mintak doa supaya dipermudahkan segala urusan dan masalah yang sedang dihadapi sekarang ni. Keadaan surau kat KKIA ni memang la nampak tak berseri dan kurang terurus. 


Lepas solat, aku ke gate FireFlyz tu tempat wifey, Cik Nana dan Cik Mun menunggu. Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan. Cik Nana cakap, the owner dah called wifey dan bitau ada kawan dia dah ambil kereta dari depan balai berlepas tu. Siap cakap thank you, mintak maaf dan mengharapkan kitorang akan sewa kereta dari diorang lagi on our next visit. Kalau macam ni caranya, memang susah la kalau sewa kereta dari diorang ni.


Fuhh, lagi satu pengalaman yang kureng dan takmo alami dah lepas ni. Cari kereta dari orang lain pulak ok!
airport KKIA tepi pantai 

first time jugak naik FireFlyz
Lebih kurang pukul 1540hrs camtu, gate ke FireFlyz pun dibuka. Dapat la merasa naik Boeing 737-800 FireFlyz yang baru tuh. 
So, bye-bye Sabah and KK for now. InsyaAllah, murah rezeki dan panjang umur nanti kita jumpa lagi. Tetiba pulak terasa nak panjat Gunung Kinabalu lepas ni. Tengok semua orang takde masalah pun sampai Lows Peak tuh, takkan aku tak boleh kan? Kena la dapatkan stamina dan make sure badan aku fit to take that challenge
keliling pulau ni nampak macam pantai yang cantik...
Flight ke KLIA ni memang direct, takde singgah memana macam masa nak datang hari tu. So far so good. Pramugara dan pramugari pun ok je. Aku dan wifey dapat duduk berdua kat 3 seat tuh sebab mamat kat seat sebelah wifey tuh mintak tukar seat ke row belakang. Cik Nana dan Cik Mun pun duduk berdua jugak kat belakang seat kitorang. Maknanya flight ke KLIA ni tak penuh la tu kan.
gambar wing yang wajib diambik

nasi beriyani ayam, order online masa nak booking ticket dulu
Aku makan nasi beriyani ayam yang dah dipesan lebih awal masa booking tiket dulu. Not bad la, tapi pape pun, MAS still the best in Malaysia in terms of food and beverage served on-flight.
lapar lagi ke sampai bukak menu ni?

tengah transfer gambar sampai mengantuk mata aku...
Kitorang selamat mendarat di KLIA dalam cuaca mendung lebih kurang jam 1825hrs dengan 'smooth'nya. Congratulations to Captain Ismail dan 'co-pilot'nya captain apa ntah for the best landing yang pernah aku experience so far. Looking forward to fly with FireFlyz again on our next vacation! 

Secara keseluruhannya, Sabah memang destinasi yang unik untuk bercuti. Terutama sekali, Kinabalu Park dan pulau-pulau yang sangat cantik di sekitarnya. Dari segi kekurangannya, mungkin masalah untuk mendapatkan makanan yang kena dengan selera masing-masing tu la kot. Kalau nak senang, dinasihatkan, bawak la mee segera, roti, tuna dan sardin dari rumah untuk sepanjang tempoh percutian tu. Macam nak pergi bercuti kat oversea pulak kan? Lain la kalau nak makan seafood! Tu memang best dan murah. Tapi, nak beli tuh, kena jugak pilih peniaga Muslim yang baik dan bukan nama je Muslim tapi tak menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam.

Kalau nak bercuti dan merancang untuk tinggal di hotel, hmm, kebanyakan toilet hotel yang kitorang stay tuh memang tak berapa user friendly to Muslim guest. Terutama sekali untuk urusan pelaburan. Jadi, sebelum booking hotel, tanya la dulu hotel tuh, 'toilet'nya ada paip dengan hos yang boleh sampai ke toilet bowl ke tak, ok? Kalau tak bawak la gayung dari rumah...ha ha ha! Serius ok!!!

Dan lagi satu, jangan terkejut kalau kat Sabah nanti, terutama sekali di bahagian pedalaman tuh, kita akan nampak banyak anjing berkeliaran. Di tepi jalan, di tepi gerai-gerai yang jual buah etc. Kalau biasanya kita selalu nampak bangkai kucing yang mati dilanggar kat semenanjung ni, ha, kat bahagian pedalaman Sabah nanti, banyak je bangkai anjing yang mati kena langgar tersadai kat tepi-tepi jalan. 

Masjid dan surau? Memang agak susah nak jumpa. Kalau ada pun, kita boleh nampak sendiri keadaannya yang macam suram dan tak berseri. Sebab, mungkin kekurangan jemaah dan orang Islam. Tapi, kalau nak cari gereja, memang sangat mudah. Terutama sekali di kawasan pedalaman la. Masa kitorang on the way ke Kudat, Ranau dan Kundasang tuh, memang tak terkira banyaknya papan-papan tanda yang menunjukkan kewujudan gereja-gereja ni. So, sendiri mau ingat la yer.

Monday, May 16, 2011

Kundasang - Kinabalu Park - Desa Dairy Farm - Tip Of Borneo, Kudat - Kota Kinabalu

Assalamualaikum

Pergh! Memang best tidur malam tadi. Walaupun hotel ni takde aircond dan kipas siling, tapi sebab cuaca dan suasana dingin kat Kundasang ni pun dah lebih dari cukup untuk menggigilkan badan waktu malam. Tidur pun kena pakai setokin tau. Lantai kayunya sangat la sejuk.

Lepas solat subuh, aku bukak sliding door tuh dan dapat la merasa udara pagi yang sejuk dan segar! Siapa yang belum pernah datang bercuti ke Kundasang ni, kalau ada rezeki, datang la. Serius best!
suasana pagi yang sangat segar dan indah mata memandang
Kitorang bersiap dan kemaskan barang agak awal sebab lepas ni kitorang nak ke Kinabalu Park, nak tengok Gunung Kinabalu secara dekat. Tak leh pergi lewat sangat nanti tak nampak puncak gunung tuh dah dilindungi awan. Abang aku cakap, by 0930hrs tuh mungkin la paling-paling lewat boleh skodeng puncak Kinabalu tuh. Lepas tuh, memang bergantung pada keadaan cuaca. Tapi biasanya, lepas 0930hrs, diorang cakap memang awan dah tutup la puncak gunung tuh.
celik mata je posing...posing je celik mata... 
Lepas check-out dari Strawberry Garden Hotel, aku dan kronis mengambil kesempatan untuk posing gedik kat dalam kebun strawberry hidroponik dan jugak kebun bunga ros. Nak masuk, FOC untuk hotel guest, dan RM1 untuk orang luar. Tak leh petik bunga dan buah strawberry yang dah masak ranum tuh. Kalau nak jugak, boleh beli kat reception counter hotel tuh. Jem strawberry ada, ice-cream strawberry pun ada, buah strawberry pun mesti la ada. Tapi kitorang tak beli pun sebab harga tak cukup murah dibeli he he he.
strawberry garden, tapi ada pokok-pokok bunga ros yang cantik ni


dalam kasut ni pun boleh tanam strawberry?

tengok je tau, tak leh petik...
Dah penat posing, kitorang meninggalkan hotel yang agak best tuh dengan perasaan excited nak tengok gunung Kinabalu.
ni kat tepi jalan on the way to Kinabalu Park

ada air terjun la...

macam cover album band apa ntah... 

ada gaya nak mendaki tak?

sebelum meninggalkan Timpohon Gate

kereta boleh sampai kat Timpohon Gate je, 1866 meter dari paras laut

souvenir shop kat entrance Kinabalu Park


Desa Dairy Farm, Mesilau, Kundasang

tak dapat masuk jumpa Encik dan Cik Cow Black & White, dapat posing kat tepi pagar cukup la

aku di hujung Borneo, bukan aku yang memancing tuh ye...

wifey sampai takat ni je, aku tak berani nak bawak wifey turun

alang-alang dah sampai Sabah kan, teruskan je la sampai Kudat

balik dari Kudat, kelaparan dan nafsu makan seafood yang tinggi

tengok la saiz tangan wifey dan ikan yang berharga RM35 ni...

udang harimau, RM30 seekor! sama besar dengan ikan kat sebelah tu..

Promenade Apartment yang lebih cantik dari masa hari pertama kat KK 

semua best kecuali toilet

dinner time!!! on me!

Cik Nana dan Cik Mun's portion

Sunday, May 15, 2011

Labuan - Kota Kinabalu - Kundasang - Kg Poring - Ranau

Assalamualaikum

Fuh, hari ni memang hari yang sungguh hectic dan penat. Tengok tajuk posting ni pun menampakkan banyak tempat terlibat dalam tempoh tak sampai 24 jam. Penat jangan cakap la. Jadi driver pulak tuh turun naik kawasan-kawasan banjaran gunung. Tapi, in the end, penat lelah ni memang berbaloi.

Lepas check-out dari Hotel Pulau Labuan 2, kitorang ke Hotel Pulau Labuan 1 dekat depan jeti feri Labuan untuk breakfast. Sebenarnya, wifey, Cik Nana dan Cik Mun je yang breakfast kat situ, aku tak breakfast pun. Terasa kurang meyakinkan la. Elok la bawak roti dari rumah, daripada breakfast kat hotel-hotel ni.
ni la hotel yang kitorang stay, 350m from the jetty

semalam kitorang shopping cekelat kat kedai duty free ni la

ni la feri yang kitorang naik semalam dan kejap lagi..
Macam semalam jugak, hari ni feri kitorang bertolak jam 0800hrs dari jeti Pulau Labuan untuk ke Kota Kinabalu. 
bye-bye Pulau Labuan

Cik Nana dan Cik Mun posing lagi dengan background Pulau Gaya

amik kereta Proton Saga BLM tuh kat depan jeti Jesselton ni la...

singgah kejap sebab kanak-kanak nak posing.. he he he

Cik Nana dan Cik Mun berposing kat atas menara tinjau

dari balkoni bilik kitorang kat Strawberry Garden Hotel

peaceful..Subhanallah...cantik sungguh
 
ni Poring Hot Spring, Kg Poring

sempat lagi kitorang singgah Sabah Tea ni...

gunung apa adik-adik?

pemandangan ladang teh kat Sabah Tea Plantation

beli dinner dan bahan untuk breakfast pagi esok kat KFC Ranau

bilik yang simple, toilet tanpa paip getah untuk urusan rasmi kerajaan, tapi ada gayung dan baldi

bukak sliding door, memang gelap gelita..sunyi sepi..peaceful

bestnya kalau dapat lepak kat tempat yang tenang macam ni selalu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...