Kelly 3572

Sunday, April 17, 2011

Treble Dream Is Over

Assalamualaikum

Ni berita sukan ye! Ha ha...

Man Utd terpaksa melupakan hajat untuk menang 3 competition musim ni setelah diorang kalah kepada Manchester City dalam semifinal FA Cup kat Wembley Stadium malam tadi. Takpa la, tahniah kepada City, baru kalahkan MU, bukannya menang FA Cup pun. Disebabkan kolotnya Manchester City ni yang terpaksa menggunakan seorang jutawan Muslim yang kurang bijak yang dengan rela hati mensedekahkan duitnya kepada yang tak sepatutnya dapat, maka after match celebration kalau dilihat malam tadi macam diorang dah menang Club World Cup, Champions League, Premier League dan jugak macam-macam league lagi la. Padahal, baru kalahkan Man Utd! Hampir semua kelab kat Europe memang macam ni bila dapat kalahkan Man Utd! 

Sebab? Man Utd adalah antara kelab yang paling berjaya dan konsisten bukan sahaja di England dan Eropah, tapi boleh la dikatakan di dunia ni sejak Alex Ferguson menjadi pengurus pasukan ni. Man Utd jugak berjaya melahirkan ramai pemain-pemain bolasepak yang baik yang berjaya menarik minat kelab lain untuk membeli atau meminjam pemain-pemain utama, dan jugak pemain-pemain simpanan diorang.

Dari segi kewangan pulak, walaupun dulu Man Utd boleh dikatakan mewah berbelanja, tetapi sekarang, Man Utd bukan lagi kelab terkaya di Eropah. Hutangnya yang banyak telah menghadkan pembelian pemain-pemain yang berkualiti seperti mana yang dilakukan oleh Chelsea dan Manchester City. Tetapi, walaupun tidak berbelanja banyak, Man Utd masih berada di tangga teratas liga, berjaya mara sampai ke semifinal FA Cup dan jugak Champions League. Manakala, Chelsea cuma mengharap Liga Perdana saja sebagai harapan untuk menjulang piala dan mengekalkan kejuaraan pada musim ini. Manchester City setelah berbelanja sangat besar, kalau tak silap melebihi 100 juta pound, hanya mampu mengalahkan 10 orang pemain Man Utd 1-0, itupun gol hasil kesilapan pemain United sendiri. Bukannya, sebab kebolehan atau skill yang dimiliki oleh pemain Manchester City secara keseluruhan. Takpa la, kita tengok masa final FA Cup nanti, boleh tak duit yang banyak tuh membeli FA Cup. Simpati aku dengan Sheikh Mansour tuh, nama je Muslim, ada baiknya duit dia yang melambak tuh digunakan untuk menolong saudara seagama kat Palestin dan Gaza tuh beli senjata, daripada invest kat Premier League. Lain la Roman Abramovich tuh takpe la, sebab dia pun bukan Muslim.

Emo la pulak. Ha ha... takpa. Berbalik kepada bola. Bila aku tengok starting line-up United tuh pun, aku kurang yakin la, bukan ke 11an yang terkuat bagi aku. Aku prefer Ryan Giggs yang main berbanding Paul Scholes. Nak lawan dengan pemain City yang semuanya pemain berpengalaman tuh (City mampu beli je, diorang mana ada talented young player dari academy diorang sendiri!), Alex Ferguson sepatutnya turunkan Giggs instead of Scholes. Dan patut gandingkan Chicharito with Berbatov. Valencia should be in the bench in case Nani injured ke apa. Berbatov sepatutnya dapat score dengan salah satu peluang yang dia dapat masa awal separuh masa pertama tuh. Kegagalan dia menyudahkan peluang tuh sangat-sangat membawa padah untuk United.

Kad merah Scholes? Itu memang direct red card. Aku rasa Scholes cuma wrong timing je tuh, tapi dah memang kaki dan boot dia tinggi sampai paras peha. Tak leh cakap apa la. Memang itu la risiko yang United dan penyokongnya kena terima kalau Paul Scholes main. 

Micheal Carrick, from hero in Champions League to zero or villain or culprit in this semifinal. Memang gol Yaya Toure tuh berpunca dari kesilapan dia. Sayang jugak bila dia gagal tebus balik kesilapan dia tuh masa depan gol City tuh. Kalau tak, sekurang-kurangnya dia tak la rasa bersalah sangat-sangat.

Takpe la, ada lagi 2 kejuaraan dalam buruan United. Berapa kos yang United keluarkan untuk sampai ke peringkat ni dalam 3 competition? Ada ke sampai 50 juta pound? Macam tak cecah pun 40 juta kot. City dan Chelsea? Tanpa orang bodoh dari middle east dan Roman tuh, aku rasa, mungkin City main kat Championship je kot dan Chelsea tuh mungkin la sekadar merebut peluang untuk main Europa League. 

The genuine contenders for EPL musim ni adalah Arsenal, Spurs and Liverpool after selling Torres dan menang! To United players and supporters, semoga 2 lagi peluang untuk memenangi trophy tu dimanfaatkan sebaiknya. Nampak gayanya, lama lagi la Alex Ferguson ada kat Old Trafford ni, Jose Mourinho terpaksa la tunggu lagi beberapa season kot...he he he!

Akhir game semalam tuh, ada adegan Rio Ferdinand macam nak bergaduh dengan player bodoh dari City tu, siapa lagi kalau bukan Mario Ballotelli tuh. Bukan first time mamat tuh buat hal. Roberto Mancini pun memang selalunya sakit hati dan susah nak handle unprofessional dan player bangang macam Ballotelli tuh. Silap haribulan akhir season ni kena jual ataupun digugurkan dari City. Ni mungkin punca Ferdinand angin dengan mamat tuh kot.  

7 comments:

anak merdeka said...

still proud with our club coz bleh sampai ke tahap nie... no wonder la Man City celebrate mcm menang cup lepas kalahkan United... xpe, kita tunggu next game... one more thing, rasanya league cup memang dah jadi milik United....

Mijoe said...

takpe Fiq...

die hard supporter mmg camni.

Dari awal season dulu, semua org cakap MU takkan menyerlah season ni sebab ketiadaan CR7 tuh. Pastu dgn City shopping habis2an nak beli semua piala yang ada dalam football competition, lagi la menampakkan diorang bakal lagi power dari MU, tapi hakikatnya..power duit je... dari segi talented young player dari academy hampeh... tau beli je yg mmg dah established.

suka tgk game Arsenal - Liverpool semalam. Lagi 2-3 tahun, player2 muda Liverpool tuh sure jadi player yg power dan mahal di Europe!

Ninie Hanis said...

game smalam tak tgk,tapi tau man utd kalah.hari tu main ngan chelsea pun ferdinand cam ada scene tak puas ati ngan torres.hehe..

p/s hanya ada 2 stadium je yg teringin nk visit kat england ni.Manchester Utd dan Liverpool.Hari tu pegi chelsea tak 'feel' langsung.

Mijoe said...

@Ninie,

sihat ke awak dengan hubby? :)

game Arsenal dgn Liverpool semalam tgk tak? Mesti En Zaid pun tgk kan? :)

i tgk dari awal sampai akhir... perghh mmg best! Tak sangka budak2 muda Liverpool boleh prevent Arsenal dari menang kat Emirates! Last minute pulak tuh 2-2 gol tuh.. :p

Rosmawati Yusof said...

Apa khabar Mijoe,..? Fanatik team England, yer... diorang main mmg bagus, kan..

Mijoe said...

@Rosmawati Yusof

khabar baik Kak Kim! :)

Fanatik team Manchester United je. England tak la... he he. Kena buat team Kucing United pulak...he he Madan jadi captain sebab dia besor.. :p

anak merdeka said...

hehehe tau xpe... die hard fans memang dah masak sangat dgn cara MU nie....suka bagi orang sakit jantung...hahaha... MU memang the best la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...