Tuesday, April 19, 2011

Kad Identiti Haiwan

PUTRAJAYA: Pemilik haiwan peliharaan seperti anjing, kuda dan kucing disaran mendapatkan kad pengenalan untuk haiwan peliharaan masing-masing untuk memudahkan proses penyimpanan maklumat serta rekod oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin berkata, kad pengenalan haiwan itu dikeluarkan JPV dan dikenali sebagai Kad Pengenalan Haiwan Kesayangan. Menurutnya, dokumen pengenalan berwarna biru itu satu dokumen rasmi kerajaan melalui Projek Malaysian Animal Traceability System (MATS) dan harga dikenakan untuk mendapatkannya ialah RM7 bagi anjing serta RM9 untuk kuda.

“Pemilik haiwan peliharaan terutama anjing digalak mendapatkan kad pengenalan haiwan ini kerana melaluinya kita dapat mengetahui maklumat anjing itu sama ada ia baka berbahaya atau tidak.

“Ini kerana ada sesetengah jenis anjing dilarang diimport ke Malaysia. Malah, pada 2002, sebanyak 12 baka anjing sudah disenaraikan sebagai baka yang dilarang untuk diimport ke negara ini manakala 13 jenis lagi disenaraikan sebagai baka terhad,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. Dr Abdul Aziz berkata, pemilik haiwan peliharaan lain seperti kucing dan iguana juga digalak mendapatkan kad pengenalan haiwan itu.

Menurutnya, ia bertujuan menyediakan sistem tanda pengenalan haiwan secara rasmi di samping meningkatkan tahap kecekapan kawalan penyakit haiwan dan menggalakkan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab bagi menjamin kebajikan binatang peliharaan. “Bagi individu yang memelihara anjing dilarang, JPV tidak mengambil haiwan mereka, sebaliknya mendapatkan maklumat daripada pemiliknya bagi mengelak ia membawa masalah. “Pemilik anjing baka terlarang dan terkawal juga disaran mengembirikan haiwan mereka bagi memastikan kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Abdul Aziz, pemilik anjing yang bermasalah atau tidak mampu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik boleh menyerahkan haiwan itu kepada agensi kerajaan seperti polis, kastam dan tentera untuk melatihnya bagi tujuan kepentingan negara.

6 comments:

meowwmania said...

uiks..apa tu?

jap nak klik ;)

aby said...

salam mijoe,
minta jelaskan lebih lanjut ..

MiJa said...

pastu kucing tu kna bwk IC dia ke mana sahaja,kena la ade wallet skali ye.hehe

Mijoe said...

@MM

artikel kat metro... pasal IC untuk pet la ni... :)

Mijoe said...

@aby

harap artikel penuh harian metro boleh membantu bro! :)

Mijoe said...

@MiJa

takde la sampai kena bawak ke mana2 cam kita kot. untuk urusan2 rasmi kerajaan je kot..he he he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...