Tuesday, April 26, 2011

Lunch Kat Pulau Tikus!

Assalamualaikum

Lunch tadi kitorang port kat Pulau Tikus la macam biasa. Hujung bulan la katakan, gaji pun belum dapat lagi! (Macam la awal bulan aku tak makan kat sini kan?)

Pada sesiapa yang belum penah lunch kat sini, boleh la cuba kalau ada kelapangan. Lokasi? Sila rujuk entry terdahulu kat sini. Terima kasih. Hmm, aku promote macam aku ada share je kat sini kan? Don't worry, memang aku takde kaitan langsung dengan owner Restoren Mulia ni. Kitorang suka lunch kat situ sebab harganya agak murah berbanding dengan tempat-tempat makan lain di KL ni.

Dah habis lunch tadi, muncul la budak oren putih yang comel ni datang mengecek makanan (sisa makanan) dari meja ke meja. Sayangnya, masa tu, tulang ayam aku dah aku bagi kat anak-anak kucing kaler hitam yang 2 ekor tuh. (Takde kelihatan dalam entry ni!)

Nasib baik la Arman ada sisa-sisa ikan kembung bakar untuk di'share' dengan Encik Oren Putih tu. 
mula-mula kita asah kuku dulu, kasi mamat-mamat 4 ekor tu gerun sket dengan aku!!!

pastu kita bagi salam, mintak cara baik!!! Bang, ada pape tak untuk ai? (kena speaking sket to impress the victim!)

bila dah dapat habuan, jangan tunggu lama la! Belasah terus!!!

makan dengan gelojoh sebelum dicopek oleh makhluk hitam kat belakang aku ni...

bila dah habis, sambung balik buat muka seposen sampai diorang blah sebab meluat nak layan aku, so that aku boleh cari mangsa baru!!! yihaaa...

4 comments:

Dwen Ihsan said...

camno aku tak tahu tempat ni? ada lak restoran? setahu aku pulau tikus kt penang je, negeri kelahiran TUJUH tu

Mijoe said...

@Dwen Ihsan

tu la, lenkali kena lebih peka terhadap alam sekitar.

nak je aku tukar nama blog ni jadi 'Lelaki Y'. he he

meowwmania said...

mudah-mudahan murah rezeki cek Mijoe kita nih, amin :)

Mijoe said...

Amin! Amin!

Thank you cek MM! :)

Same goes to you!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...