Sunday, April 3, 2011

Happy Birthday To Papa!

Assalamualaikum

Hari ni birthday Papa yang ke 63! Semoga Papa dipanjangkan umur, murah rezeki, diberkati segala amalan dan amal ibadah dan bahagia dengan Mama, anak-anak dan cucu-cucu tercinta! Aku tak tahu apa hadiah yang paling sesuai untuk Papa. 

Kebetulan pulak aku dan wifey pergi meredah Jusco tadi, aku belikan Papa sepasang pakaian baru untuk jalan-jalan. Tapi nampak gayanya, baju kemeja yang aku beli tuh, saiznya tak kena dengan saiz Papa. Nak kena amik saiz L instead of M! Nak pergi tukar malam ni jugak dah tak sempat sebab tak larat nak ulang alik ke JJ dan ke Fama's. 

Tak pe la, maybe aku beli sehelai lagi kemeja yang muat dengan saiz Papa nanti. Baju yang tak muat tuh, boleh la Papa kasi kat Along ke, ataupun sedekah kepada orang fakir miskin.

JJ pulak tengah promote customer diorang supaya tidak lagi menggunakan beg plastik. Sebaliknya, gunakanlah beg dalam gambar kat bawah ni untuk apa-apa sahaja urusan membeli dan membelah dia JJ! Bagus jugak. Tak la menyemak beg plastik kat rumah tuh. Tapi ada gunanya juga beg plastik tuh, untuk isi sampah-sarap dan sisa-sisa makanan dan bahan mentah! Cuma kena kurangkan penggunaan beg plastik tu je!

Beg JJ yang comel ni diberi percuma dengan setiap pembelian RM50 ke atas. Jadi petang ni, aku dan wifey kerja mengutip beg comel ni je la. Takpe la, demi masa depan alam sekitar! 
save our planet!!!
Sebelum pergi JJ tadi, aku menghabiskan masa aku dengan memandikan Ronaldo. Nasib baik la dia tak kecohkan satu kampung. Maybe cover la sket kot sebab aku mandikan dia kat tengah-tengah alam. Malu la kalau mandi pun nak bising-bising. Sure orang yang lalu lalang kat tepi jalan tu usha je, kucing kampung mana pulak la yang jakun kena mandi ni. 

Tak sempat nak amik gambar masa mandikan dia sebab dengan aku sekali basah baju dengan seluar! Nak calm kan si Ronaldo neh, aku pulak yang kena peluk dia sambil mandikan dia. Baru la dia tak struggle sangat, walaupun beberapa kali dia cuba nak lari masa aku siram-siram air kat badan dia tuh. Huhh, nama Ronaldo konon. Mandi pun kecoh, ada hati pulak nak tekel Megan Fox! 

Lepas selesai bilasan terakhir tuh, aku balut cepat-cepat dengan tuala buruk yang tebal. Huh, terus jadi kucing baik yang sangat berbudi pekerti dan bersopan santun. Suka la tuh dan warm dalam tuala tebal! 

Bila dah almost 90% kering, aku sental telinga si playboy kampung ni dengan baby oil. Letak dia dalam rumah, supaya dia dapat menghayati bagaimana perasaan menjadi seekor kucing rumah yang baik dan taat kepada tuannya; tak asah kuku pada sofa, tak panjat langsir, tak buat sumbang mahram etc!

Lepas mengerjakan Ronaldo, aku sapu cream kat telinga si Missy tuh dan jugak kat hidung Kaka tu. Luka si Kaka ni susah betul nak sembuh. Get well soon Kaka! Missy too...

4 comments:

aby said...

umo tu satu anugerah ..
alhamdullillah bapa mijoe dah sampai keangka tu ..

kita ... waullahuaklam ...

Mijoe said...

thanks bro!

semoga sisa2 hayat yg dikurniakan ni dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.. :)

ke sepang ke nanti? :p

meowwmania said...

hepi birthday juga utk papa :)

pada Ronaldo, Missy dan Kaka aunty meoww love uolls muahhh!

Mijoe said...

thank you MM!

sekarang saya memang dah kepupusan anak-anak bulu la MM.

lepas ni nak kutip stray cats la pulak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...