Friday, April 8, 2011

Bubur Pulut Durian @ MZ Darulnaim

Assalamualaikum

Habis solat Jumaat, kitorang menjalankan ujikaji ke atas perut kitorang semua. Kitorang dalam cerita ini adalah aku dan 3 orang kawan-kawan yang selalu lunch kat MZ Darulnaim ni.
sebelum ujikaji dijalankan
Sebab durian dan gravy tuh dah manis, maka tak larat dah aku nak order air berperisa yang lain. Ingat-ingat la jugak kesihatan tubuh badan tuh. Jangan main pulun je semua benda! Segelas air suam sudah cukup memadai untuk dikedarah bersama semangkuk hayun bubur pulut durian itu.
sila perhatikan kesan tindakbalas kimia dan radioaktif telah melenyapkan isi dalam mangkuk hayun di atas!
Di akhir ujikaji, kami dapat membuat kesimpulan bahawa, walaupun dah melantak dengan jayanya sebelum solat Jumaat tadi, perut kitorang masih boleh menyumbat semangkuk hayun pulut durian yang lazat itu. Tu pun tinggalkan bijik durian tuh sebab takleh makan, kalau tak, bukan dengan bijik durian tuh, sudu kuning dengan mangkuk hayun tuh sekali kitorang makan!

Sekian untuk hari ini. Nampak sangat ketandusan idea lately. Dah la aku nak kena pergi DR site pulak lepas ni!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...