Kelly 3572

Wednesday, April 13, 2011

Baru Nak Pasang Astro???

Assalamualaikum

Hari ni aku masuk office lambat, gara-gara menunggu Astro installer datang rumah. Hmm, akhirnya, dapat jugak aku bawak Old Trafford ke rumah aku. Terima kasih yang tak terhingga kepada wifey tersayang sebab dia la yang sponsored! Ha ha.
ni la dia decoder Astro dan mangkuk hayunnya
Aku tak la pasang Astro Beyond tuh. Decoder je Beyond, dah tv pun tv biasa je. Bukan LCD, Plasma or LED tv. Tapi aku tengok, walaupun dengan tv biasa, gambarnya cantik je. 
decoder dah mula bekerja! Thank you very much darling (wifey)!
Lepas ni dapat la aku layan semua game MU tak kira masa kat rumah jer. Excited gila dah ni. Patutnya nak pasang petang semalam, tapi management office kata tak boleh pasang after 5pm, tu yang tak jadi tuh. Kalau tak, boleh la jugak aku tengok Champions League 2nd leg tuh kat rumah jer.

Installer Astro ni pun janji dengan aku semalam nak datang dalam pukul 9-10am, tapi dekat pukul 1040hrs baru dia sampai. Penat je aku ready dengan pakai office attire awal-awal, kononnya nak pergi office cepat-cepat lepas settle installation tuh!

Pukul 1140hrs baru aku gerak dari rumah. Sampai la office dekat pukul 1245hrs!
thank you to Angah for this souvenir!
Kat office tadi, Angah kasik aku souvenir dalam gambar kat atas ni. Dia baru balik shopping kat Bandung. So, semua kroni-kroni kat office dapat la fridge magnet. Oleh sebab aku ni die hard MU supporter, tu yang aku dapat emblem Bandung United tuh. Ntah team mana pulak la ni. Takpa la, janji ada la unsur-unsur keMUan kat situ. And thank you Angah for the souvenir!
Bandung United dah joined kenkawan dia kat fridge!
Tanpa membuang masa, emblem tadi pun melekat la bersama kawan-kawan semagnet dengannya kat pintu fridge kat dapur rumah aku. Dah nak penuh dah dengan fridge magnet. Lepas ni kena la sambung kat pintu bawah pulak!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...