Kelly 3572

Friday, April 29, 2011

Selamat Pengantin Baru!!!

Assalamualaikum

Hari ni ada wedding of the year yang aku tak dapat attend! Frust gak! Kalau tak, boleh la join diorang kat Westminster Abbey. Sure colourful dan havoc gila London time ni. Masa aku type entry ni, 1208hrs at London; William tengah bawak Kate keluar dari church. 

Tengok je la kat NTV7 dari site office.

To William & Kate, semoga korang berbahagia hingga ke anak cucu. Sorry la, aku tak dapat datang, tak dapat cuti la bro. Nak cuti pergi Sabah pun tak approve walaupun tiket return flight dan hotel dah beli. 

Kawan-kawan blogger kat UK neh sure ramai yang turun ke London nak merasai suasana meriah ni kot. Bunga, Ez & Adam, Hanis & Neep, korang pergi ke? He he... 

Thursday, April 28, 2011

Saya Terjumpa Video Lawak Kucing Ini Ketika Disaster Recovery Exercise

Assalamualaikum

Hari ni dan esok BNM menyusahkan RENTAS personnel & members dengan membuat live operation dari DR diorang. Pastu semua RENTAS members compulsory to join the exercise from their respective DR site. Kalau DR site kitoang ni menarik dan ada kemudahan asas tu takpe la jugak... hmm, malas nak bercerita panjang kat sini. Kita bako aje...

Jom layan video kucing gadoh laki bini neh. I'm sure most of you my friend dah pernah tengok video ni kot...layannnnn!!!
credit to CanimGrubum!

Tuesday, April 26, 2011

Lunch Kat Pulau Tikus!

Assalamualaikum

Lunch tadi kitorang port kat Pulau Tikus la macam biasa. Hujung bulan la katakan, gaji pun belum dapat lagi! (Macam la awal bulan aku tak makan kat sini kan?)

Pada sesiapa yang belum penah lunch kat sini, boleh la cuba kalau ada kelapangan. Lokasi? Sila rujuk entry terdahulu kat sini. Terima kasih. Hmm, aku promote macam aku ada share je kat sini kan? Don't worry, memang aku takde kaitan langsung dengan owner Restoren Mulia ni. Kitorang suka lunch kat situ sebab harganya agak murah berbanding dengan tempat-tempat makan lain di KL ni.

Dah habis lunch tadi, muncul la budak oren putih yang comel ni datang mengecek makanan (sisa makanan) dari meja ke meja. Sayangnya, masa tu, tulang ayam aku dah aku bagi kat anak-anak kucing kaler hitam yang 2 ekor tuh. (Takde kelihatan dalam entry ni!)

Nasib baik la Arman ada sisa-sisa ikan kembung bakar untuk di'share' dengan Encik Oren Putih tu. 
mula-mula kita asah kuku dulu, kasi mamat-mamat 4 ekor tu gerun sket dengan aku!!!

pastu kita bagi salam, mintak cara baik!!! Bang, ada pape tak untuk ai? (kena speaking sket to impress the victim!)

bila dah dapat habuan, jangan tunggu lama la! Belasah terus!!!

makan dengan gelojoh sebelum dicopek oleh makhluk hitam kat belakang aku ni...

bila dah habis, sambung balik buat muka seposen sampai diorang blah sebab meluat nak layan aku, so that aku boleh cari mangsa baru!!! yihaaa...

Sunday, April 24, 2011

Smack Down On Sunday Morning!

Hi semua, my name is Tam, Daniel Tam!

apa la nak buat pepagi Ahad ni...

jom gusti jom!!!  patahkan tengkuk dia!!!

gigit dagu dia sampai hancur!!! ha ha ha..brutal tak???

chop! chop! Tam stop kejap Tam!!!

nak posing jap! Saya la Teh Alissa a.k.a Teh Cap Masjid!

kita grooming dulu...

yeaahh..second half... kita sambung balik!!!

tak larat la nak gusti pepagi ni..dah la belum bekfes...

Mijoe...kitorang lapar la... ada Royal Canin tak? :)

Tunggu ye, 

Thursday, April 21, 2011

Petua Wangikan Kereta

Assalamualaikum

Petua ni aku dapat melalui email yang dihantar oleh kroni aku kat Bukit Kewangan tuh. Boleh la diamalkan petua ni kalau rasa nak kereta harum semerbak!
Ambik kau! Kalau camni tak wangi jugak tak tahu la...

Tuesday, April 19, 2011

Kad Identiti Haiwan

PUTRAJAYA: Pemilik haiwan peliharaan seperti anjing, kuda dan kucing disaran mendapatkan kad pengenalan untuk haiwan peliharaan masing-masing untuk memudahkan proses penyimpanan maklumat serta rekod oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin berkata, kad pengenalan haiwan itu dikeluarkan JPV dan dikenali sebagai Kad Pengenalan Haiwan Kesayangan. Menurutnya, dokumen pengenalan berwarna biru itu satu dokumen rasmi kerajaan melalui Projek Malaysian Animal Traceability System (MATS) dan harga dikenakan untuk mendapatkannya ialah RM7 bagi anjing serta RM9 untuk kuda.

“Pemilik haiwan peliharaan terutama anjing digalak mendapatkan kad pengenalan haiwan ini kerana melaluinya kita dapat mengetahui maklumat anjing itu sama ada ia baka berbahaya atau tidak.

“Ini kerana ada sesetengah jenis anjing dilarang diimport ke Malaysia. Malah, pada 2002, sebanyak 12 baka anjing sudah disenaraikan sebagai baka yang dilarang untuk diimport ke negara ini manakala 13 jenis lagi disenaraikan sebagai baka terhad,” katanya pada sidang media, di sini, semalam. Dr Abdul Aziz berkata, pemilik haiwan peliharaan lain seperti kucing dan iguana juga digalak mendapatkan kad pengenalan haiwan itu.

Menurutnya, ia bertujuan menyediakan sistem tanda pengenalan haiwan secara rasmi di samping meningkatkan tahap kecekapan kawalan penyakit haiwan dan menggalakkan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab bagi menjamin kebajikan binatang peliharaan. “Bagi individu yang memelihara anjing dilarang, JPV tidak mengambil haiwan mereka, sebaliknya mendapatkan maklumat daripada pemiliknya bagi mengelak ia membawa masalah. “Pemilik anjing baka terlarang dan terkawal juga disaran mengembirikan haiwan mereka bagi memastikan kesejahteraan masyarakat setempat,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Abdul Aziz, pemilik anjing yang bermasalah atau tidak mampu menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik boleh menyerahkan haiwan itu kepada agensi kerajaan seperti polis, kastam dan tentera untuk melatihnya bagi tujuan kepentingan negara.

Sunday, April 17, 2011

Treble Dream Is Over

Assalamualaikum

Ni berita sukan ye! Ha ha...

Man Utd terpaksa melupakan hajat untuk menang 3 competition musim ni setelah diorang kalah kepada Manchester City dalam semifinal FA Cup kat Wembley Stadium malam tadi. Takpa la, tahniah kepada City, baru kalahkan MU, bukannya menang FA Cup pun. Disebabkan kolotnya Manchester City ni yang terpaksa menggunakan seorang jutawan Muslim yang kurang bijak yang dengan rela hati mensedekahkan duitnya kepada yang tak sepatutnya dapat, maka after match celebration kalau dilihat malam tadi macam diorang dah menang Club World Cup, Champions League, Premier League dan jugak macam-macam league lagi la. Padahal, baru kalahkan Man Utd! Hampir semua kelab kat Europe memang macam ni bila dapat kalahkan Man Utd! 

Sebab? Man Utd adalah antara kelab yang paling berjaya dan konsisten bukan sahaja di England dan Eropah, tapi boleh la dikatakan di dunia ni sejak Alex Ferguson menjadi pengurus pasukan ni. Man Utd jugak berjaya melahirkan ramai pemain-pemain bolasepak yang baik yang berjaya menarik minat kelab lain untuk membeli atau meminjam pemain-pemain utama, dan jugak pemain-pemain simpanan diorang.

Dari segi kewangan pulak, walaupun dulu Man Utd boleh dikatakan mewah berbelanja, tetapi sekarang, Man Utd bukan lagi kelab terkaya di Eropah. Hutangnya yang banyak telah menghadkan pembelian pemain-pemain yang berkualiti seperti mana yang dilakukan oleh Chelsea dan Manchester City. Tetapi, walaupun tidak berbelanja banyak, Man Utd masih berada di tangga teratas liga, berjaya mara sampai ke semifinal FA Cup dan jugak Champions League. Manakala, Chelsea cuma mengharap Liga Perdana saja sebagai harapan untuk menjulang piala dan mengekalkan kejuaraan pada musim ini. Manchester City setelah berbelanja sangat besar, kalau tak silap melebihi 100 juta pound, hanya mampu mengalahkan 10 orang pemain Man Utd 1-0, itupun gol hasil kesilapan pemain United sendiri. Bukannya, sebab kebolehan atau skill yang dimiliki oleh pemain Manchester City secara keseluruhan. Takpa la, kita tengok masa final FA Cup nanti, boleh tak duit yang banyak tuh membeli FA Cup. Simpati aku dengan Sheikh Mansour tuh, nama je Muslim, ada baiknya duit dia yang melambak tuh digunakan untuk menolong saudara seagama kat Palestin dan Gaza tuh beli senjata, daripada invest kat Premier League. Lain la Roman Abramovich tuh takpe la, sebab dia pun bukan Muslim.

Emo la pulak. Ha ha... takpa. Berbalik kepada bola. Bila aku tengok starting line-up United tuh pun, aku kurang yakin la, bukan ke 11an yang terkuat bagi aku. Aku prefer Ryan Giggs yang main berbanding Paul Scholes. Nak lawan dengan pemain City yang semuanya pemain berpengalaman tuh (City mampu beli je, diorang mana ada talented young player dari academy diorang sendiri!), Alex Ferguson sepatutnya turunkan Giggs instead of Scholes. Dan patut gandingkan Chicharito with Berbatov. Valencia should be in the bench in case Nani injured ke apa. Berbatov sepatutnya dapat score dengan salah satu peluang yang dia dapat masa awal separuh masa pertama tuh. Kegagalan dia menyudahkan peluang tuh sangat-sangat membawa padah untuk United.

Kad merah Scholes? Itu memang direct red card. Aku rasa Scholes cuma wrong timing je tuh, tapi dah memang kaki dan boot dia tinggi sampai paras peha. Tak leh cakap apa la. Memang itu la risiko yang United dan penyokongnya kena terima kalau Paul Scholes main. 

Micheal Carrick, from hero in Champions League to zero or villain or culprit in this semifinal. Memang gol Yaya Toure tuh berpunca dari kesilapan dia. Sayang jugak bila dia gagal tebus balik kesilapan dia tuh masa depan gol City tuh. Kalau tak, sekurang-kurangnya dia tak la rasa bersalah sangat-sangat.

Takpe la, ada lagi 2 kejuaraan dalam buruan United. Berapa kos yang United keluarkan untuk sampai ke peringkat ni dalam 3 competition? Ada ke sampai 50 juta pound? Macam tak cecah pun 40 juta kot. City dan Chelsea? Tanpa orang bodoh dari middle east dan Roman tuh, aku rasa, mungkin City main kat Championship je kot dan Chelsea tuh mungkin la sekadar merebut peluang untuk main Europa League. 

The genuine contenders for EPL musim ni adalah Arsenal, Spurs and Liverpool after selling Torres dan menang! To United players and supporters, semoga 2 lagi peluang untuk memenangi trophy tu dimanfaatkan sebaiknya. Nampak gayanya, lama lagi la Alex Ferguson ada kat Old Trafford ni, Jose Mourinho terpaksa la tunggu lagi beberapa season kot...he he he!

Akhir game semalam tuh, ada adegan Rio Ferdinand macam nak bergaduh dengan player bodoh dari City tu, siapa lagi kalau bukan Mario Ballotelli tuh. Bukan first time mamat tuh buat hal. Roberto Mancini pun memang selalunya sakit hati dan susah nak handle unprofessional dan player bangang macam Ballotelli tuh. Silap haribulan akhir season ni kena jual ataupun digugurkan dari City. Ni mungkin punca Ferdinand angin dengan mamat tuh kot.  

Thursday, April 14, 2011

Penangan Usop Hantu Kak Limah!

Assalamualaikum

Pagi ni kroni aku forward satu email kat aku dengan satu attachment. Bila aku tengok attachment tuh memang la aku tak terkata apa-apa. Memang lawak! Tapi takde la gelak macam orang lupa dunia.

Betapa kuatnya pengaruh watak mamat ni dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah tuh yer. Ce tengok gambar ni!
New social network?

Wednesday, April 13, 2011

Baru Nak Pasang Astro???

Assalamualaikum

Hari ni aku masuk office lambat, gara-gara menunggu Astro installer datang rumah. Hmm, akhirnya, dapat jugak aku bawak Old Trafford ke rumah aku. Terima kasih yang tak terhingga kepada wifey tersayang sebab dia la yang sponsored! Ha ha.
ni la dia decoder Astro dan mangkuk hayunnya
Aku tak la pasang Astro Beyond tuh. Decoder je Beyond, dah tv pun tv biasa je. Bukan LCD, Plasma or LED tv. Tapi aku tengok, walaupun dengan tv biasa, gambarnya cantik je. 
decoder dah mula bekerja! Thank you very much darling (wifey)!
Lepas ni dapat la aku layan semua game MU tak kira masa kat rumah jer. Excited gila dah ni. Patutnya nak pasang petang semalam, tapi management office kata tak boleh pasang after 5pm, tu yang tak jadi tuh. Kalau tak, boleh la jugak aku tengok Champions League 2nd leg tuh kat rumah jer.

Installer Astro ni pun janji dengan aku semalam nak datang dalam pukul 9-10am, tapi dekat pukul 1040hrs baru dia sampai. Penat je aku ready dengan pakai office attire awal-awal, kononnya nak pergi office cepat-cepat lepas settle installation tuh!

Pukul 1140hrs baru aku gerak dari rumah. Sampai la office dekat pukul 1245hrs!
thank you to Angah for this souvenir!
Kat office tadi, Angah kasik aku souvenir dalam gambar kat atas ni. Dia baru balik shopping kat Bandung. So, semua kroni-kroni kat office dapat la fridge magnet. Oleh sebab aku ni die hard MU supporter, tu yang aku dapat emblem Bandung United tuh. Ntah team mana pulak la ni. Takpa la, janji ada la unsur-unsur keMUan kat situ. And thank you Angah for the souvenir!
Bandung United dah joined kenkawan dia kat fridge!
Tanpa membuang masa, emblem tadi pun melekat la bersama kawan-kawan semagnet dengannya kat pintu fridge kat dapur rumah aku. Dah nak penuh dah dengan fridge magnet. Lepas ni kena la sambung kat pintu bawah pulak!

Sunday, April 10, 2011

Happy 6th Anniversary To Aku & Wifey

Assalamualaikum

Aku nak ucapkan selamat hari ulangtahun perkahwinan yang ke 6 untuk aku dan jugak puan wifey! Semoga, perkahwinan ini akan kekal diberkati, dan semoga dimurahkan rezeki, semoga dapat apa yang diimpikan selama ini, InsyaAllah! 

Amin! 

Friends, followers, bloggers and readers lain pun, tolong doakan kebahagiaan dan kemurahan rezeki untuk kami yer. Thank you in advance!

bile la hadiah nak sampai neh? :p tunggu semalam tak sampai-sampai jugak! Akan ku update bila hadiah dah sampai nanti. Aku rasa esok sampai la kot!

Saturday, April 9, 2011

Keep On Walking!

Assalamualaikum

Aku jumpa page ni dalam The Sun, 17th September 2010 masa tengah mengemas ruang tamu malam tadi. Sebab tengah kekeringan idea nak buat posting baru, maka aku rasa, pesanan khidmat masyarakat camni pun kira all right la kot!

Sesiapa yang malas nak pergi gym, bersukan atau bersenam tuh, sila la amalkan exercise yang paling mudah ni. Aku type balik apa yang dalam pesanan tuh cakap sekiranya korang malas nak click gambar bawah ni yer...
amalkan le...
Walk For A Healthier Life

Do you know walking 10,000 steps daily can reduce your risk of Heart Disease, Stroke, Hypertension and Diabetes?

7 Tips to Achieving 10,000 Steps:
  1. Make walking your daily routine
  2. Ignore what others say - think about walking for your health
  3. Spend free time walking with your family or friends
  4. Set your target
  5. Increase your steps gradually until you reach your target
  6. Record your progress
  7. When walking becomes your daily routine, continue doing it as a brisk walking physical activity
A Public Service Message Brought to You By:

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA & MYHEALTH.GOV.MY

Friday, April 8, 2011

Bubur Pulut Durian @ MZ Darulnaim

Assalamualaikum

Habis solat Jumaat, kitorang menjalankan ujikaji ke atas perut kitorang semua. Kitorang dalam cerita ini adalah aku dan 3 orang kawan-kawan yang selalu lunch kat MZ Darulnaim ni.
sebelum ujikaji dijalankan
Sebab durian dan gravy tuh dah manis, maka tak larat dah aku nak order air berperisa yang lain. Ingat-ingat la jugak kesihatan tubuh badan tuh. Jangan main pulun je semua benda! Segelas air suam sudah cukup memadai untuk dikedarah bersama semangkuk hayun bubur pulut durian itu.
sila perhatikan kesan tindakbalas kimia dan radioaktif telah melenyapkan isi dalam mangkuk hayun di atas!
Di akhir ujikaji, kami dapat membuat kesimpulan bahawa, walaupun dah melantak dengan jayanya sebelum solat Jumaat tadi, perut kitorang masih boleh menyumbat semangkuk hayun pulut durian yang lazat itu. Tu pun tinggalkan bijik durian tuh sebab takleh makan, kalau tak, bukan dengan bijik durian tuh, sudu kuning dengan mangkuk hayun tuh sekali kitorang makan!

Sekian untuk hari ini. Nampak sangat ketandusan idea lately. Dah la aku nak kena pergi DR site pulak lepas ni!

Monday, April 4, 2011

Train Problem Lagi

Assalamualaikum

Pagi ni tren sangkut lagi. Kali ni aku rasa lebih dahsyat daripada minggu lepas. Aku sampai bawah stesyen pun ,aku dah nampak ramai orang kat tepi jalan, tunggu bas, tunggu cab nak ke destinasi diorang. Bad day, bad Monday!

Sapa yang cuti hari ni untung la, tak merasa menunggu lama camni. Aku start menunggu dari pukul 0820hrs sampai la pukul 0900hrs baru la diorang kasi masuk ke platform. Dekat 0940hrs baru aku sampai office hari ni.

Berapa banyak la kerugian yang RapidKL alami setiap kali problem macam ni terjadi? Ye la, commutter semua lari naik public transport yang lain kan?

Sunday, April 3, 2011

Happy Birthday To Papa!

Assalamualaikum

Hari ni birthday Papa yang ke 63! Semoga Papa dipanjangkan umur, murah rezeki, diberkati segala amalan dan amal ibadah dan bahagia dengan Mama, anak-anak dan cucu-cucu tercinta! Aku tak tahu apa hadiah yang paling sesuai untuk Papa. 

Kebetulan pulak aku dan wifey pergi meredah Jusco tadi, aku belikan Papa sepasang pakaian baru untuk jalan-jalan. Tapi nampak gayanya, baju kemeja yang aku beli tuh, saiznya tak kena dengan saiz Papa. Nak kena amik saiz L instead of M! Nak pergi tukar malam ni jugak dah tak sempat sebab tak larat nak ulang alik ke JJ dan ke Fama's. 

Tak pe la, maybe aku beli sehelai lagi kemeja yang muat dengan saiz Papa nanti. Baju yang tak muat tuh, boleh la Papa kasi kat Along ke, ataupun sedekah kepada orang fakir miskin.

JJ pulak tengah promote customer diorang supaya tidak lagi menggunakan beg plastik. Sebaliknya, gunakanlah beg dalam gambar kat bawah ni untuk apa-apa sahaja urusan membeli dan membelah dia JJ! Bagus jugak. Tak la menyemak beg plastik kat rumah tuh. Tapi ada gunanya juga beg plastik tuh, untuk isi sampah-sarap dan sisa-sisa makanan dan bahan mentah! Cuma kena kurangkan penggunaan beg plastik tu je!

Beg JJ yang comel ni diberi percuma dengan setiap pembelian RM50 ke atas. Jadi petang ni, aku dan wifey kerja mengutip beg comel ni je la. Takpe la, demi masa depan alam sekitar! 
save our planet!!!
Sebelum pergi JJ tadi, aku menghabiskan masa aku dengan memandikan Ronaldo. Nasib baik la dia tak kecohkan satu kampung. Maybe cover la sket kot sebab aku mandikan dia kat tengah-tengah alam. Malu la kalau mandi pun nak bising-bising. Sure orang yang lalu lalang kat tepi jalan tu usha je, kucing kampung mana pulak la yang jakun kena mandi ni. 

Tak sempat nak amik gambar masa mandikan dia sebab dengan aku sekali basah baju dengan seluar! Nak calm kan si Ronaldo neh, aku pulak yang kena peluk dia sambil mandikan dia. Baru la dia tak struggle sangat, walaupun beberapa kali dia cuba nak lari masa aku siram-siram air kat badan dia tuh. Huhh, nama Ronaldo konon. Mandi pun kecoh, ada hati pulak nak tekel Megan Fox! 

Lepas selesai bilasan terakhir tuh, aku balut cepat-cepat dengan tuala buruk yang tebal. Huh, terus jadi kucing baik yang sangat berbudi pekerti dan bersopan santun. Suka la tuh dan warm dalam tuala tebal! 

Bila dah almost 90% kering, aku sental telinga si playboy kampung ni dengan baby oil. Letak dia dalam rumah, supaya dia dapat menghayati bagaimana perasaan menjadi seekor kucing rumah yang baik dan taat kepada tuannya; tak asah kuku pada sofa, tak panjat langsir, tak buat sumbang mahram etc!

Lepas mengerjakan Ronaldo, aku sapu cream kat telinga si Missy tuh dan jugak kat hidung Kaka tu. Luka si Kaka ni susah betul nak sembuh. Get well soon Kaka! Missy too...

Saturday, April 2, 2011

West Ham 2 Manchester United 4

Assalamualaikum

Sekali lagi aku tertipu dengan waktu siaran langsung MU punya EPL game. Aku checked kat ManUtd.com katanya game tu pukul 2045hrs waktu Malaysia. Aku pun dengan bersenang-lenang la, keluar dari rumah pukul 2000hrs, siap pergi Citibank lagi bayar hutang, pastu balik ke Fama's. Bajet sampai rumah Fama, baru missed 2-3 minit game tu.

Sampai je kat Fama, terkejut la aku tengok kat screen TV, West Ham 2 Man Utd 0, masa tuh dah minit ke 48, dah 3 minutes into the second half. Perghh..berderau darah aku masa tuh. Panic la jugak. What happened? Aku perasan Patrice Evra takda on the pitch. Berbatov takda, Nani takda. Mid-fielded by Micheal Carrick & Darron Gibson. Ish, tak kan MU main teruk bangat kot? MU main dengan 10 orang ke? Aku ingatkan Evra kena red card ke apa, sebabnya dia takda dalam team MU. 

Bila Rooney scored his first out of three goals melalui freekick yang cun giler, baru la aku lega sket. Masa ni aku still assumed MU played with 10 man. Tak lama lepas first goal tuh, Rooney scored lagi. Kali ni tendangan leret ke penjuru pintu goal Robert Green. Lagi la aku lega.

MU pun main makin bersemangat. Tengok statistik pun, MU dapat punya la banyak corner kick, West Ham got none! Rooney completed his 5 hatrick in United's career bila dia placed the ball well into the corner again from the penalty spot. Fabio did well to terrorize Matthew Upson, forced him to make a mistake that gave Rooney a chance to put United in front from 2 goals down. Lagi la lega, but still cautious kot-kot MU player start main sambil lewa.

MU keep on attacking. Berbatov dan Nani pun dah masuk. Nani ganti Rooney. Dan minit ke 83 MU lengkapkan kemenangan yang boleh dikatakan agak manis bila Chicharito menolak mudah hantaran Ryan Giggs ke dalam pintu gol yang tak di kawal Robert Green. Menang dengan bergaya macam ni, dengan ketinggalan 2-0 masa first half, main kat Upton Park pulak tuh, dengan MU player ramai gila yang injured, specially defender, memang sangat puas hati walaupun aku rasa kalau check blood pressure masa tengah 2-0 tuh, memang la terasa sangat tinggi!

Other results at a glance...
  • West Brom 2 Liverpool                1
  • Stoke City  1 Chelsea                   1 (Chelsea's goal scored by Drogba, not the 50million pound man!)
  • Wigan        0 Tottenham Hotspurs 0
  • Arsenal      0 Blackburn Rovers     0
Real Madrid pun kalah 0-1 kat Santiago Bernabeu kepada kelab yang kurang mencabar. Go Barca!!! He he.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...