Kelly 3572

Saturday, March 5, 2011

Titleless Saturday

Assalamualaikum

Planned nak pergi UPM Vet Clinic untuk settlekan bill Bubut dan ambik carrier yang ditinggalkan kat sana, tapi bila tengok dekat kad rawatan, clinic tu tak bukak hari ni dan jugak Ahad. Terbengkalai lagi satu kerja. Kena apply cuti during weekdays la nak collect carrier tuh.

Lepas settled water bill dan jugak quit rent, aku pergi Gombak untuk mengucingkan diri. Bersihkan kondo diekor sket. Bawak Ronaldo dan Kaka jenjalan kat luar kasi stretching sket. Bagi wet food sket. Cuci bekas makanan diekor. Lepas tu ternampak bantal tempat Bubut tidur... ???? Macam tak percaya dia dah pergi. Siapa yang sayang gila dengan kucing, memang akan rasa apa yang aku rasa. Ni yang malas nak update blog ni.

John Doe pun datang jugak, mintak aku hidangkan Blackwood. Aku bagi la. Aku cakap kat dia, Bubut dah takde. Kalau sebelum ni, John Doe ni la yang suka tunjuk lagak kat Bubut. Curi makanan Bubut. Bubut pun memang takut dan kecut perut tengok John Doe ni. Kalau John Doe kat luar pagar rumah nampak Bubut kat dalam kawasan rumah, John Doe akan sound Bubut. Bubut pulak bila kena sound dari luar pagar tuh, akan kelam-kabut lari menyelamatkan diri sampai la ke belakang rumah. Tu baru kena sound dari luar pagar. Belum John Doe masuk dalam kawasan pagar lagi. 

Tetiba pulak hujan petang ni. Alhamdulillah. Lepas uruskan memeow semua, aku gi gunting rambut. Dah rimas rambut panjang-panjang sangat. Susah nak jaga. Aku pergi kat barber yang sama macam the last time aku potong rambut. Best je lepas gunting rambut, dia sapu-sapu minyak kat kepala aku, pastu urut-urut bahu dan leher. Kali ni aku gunting lebih pendek. Biar lambat sket aku punya next visit to barber ni.

Dari kedai gunting, aku pergi beli nasi ayam dan jugak pisang untuk late lunch aku dengan wifey kat rumah yang tengah syok melayan drama Korea; Full House, lakonan Hujan. Lepas lunch tuh, aku layan Winning Eleven PS2 membelasah semua EPL dan Europe rivals. 

Malam pulak hantar wifey pergi urut tradisional dan jugak buat Beckham (bekam) angin. Bagus tau buat bekam ni. Baik untuk kesihatan kita. Aku pun belum pernah buat la. Lepas hantar wifey, aku gerak ke Citibank untuk bayar hutang piutang sebelum ke Gombak untuk lepak sementara menunggu wifey call to pick up. Sempat lagi jumpa John Doe yang datang mintak Blackwood lagi sekali. Lepas makan BW, sibuk pulak bermanja-manja menggesel-geselkan badan dia kat aku. Cheh! Bodek la ni. Nampak kurus sket si John Doe ni daripada keadaan dia sebelum ni.

Aku dan wifey dinner kat Restoren Addin, Medan Idaman, Gombak. Pekena roti telur bawang dengan teh tarik. Ramai gila manusia tengah lepak tengok game Arsenal vs Sunderland. Aku dan wifey pulak pakai t-shirt MU. Ha ha. Kembang hidung lalu kat tengah-tengah orang ramai tuh. The game ended with a draw. He he. Lepas ni nak tengok result Pekan Manusia (Man City) vs Wigan pulak!

Selamat malam semua...

Aku dah missed nak update satu event. Sebelum ke Gombak tuh, aku singgah pejabat pos Gombak untuk bayar bil IWK (bil berak!) dan juga saman trafik PDRM! Ramai la jugak orang nak lunaskan saman tuh. Dekat sejam jugak kot aku tunggu aku punya turn. Pejabat pos Gombak ni jugak akan dibuka esok hari untuk memudahkan orang ramai membayar saman tu. Aku pun sebenarnya baru semalam tahu Cik Kelly ada saman tertonggek sebanyak RM70 kerana menghalang lalu lintas pada 31 Julai 2006. Hmm, dah masuk dalam buku teks sejarah dah tuh... kenapa takde reminder untuk suruh bayar saman tuh ek selama ni? Wallahualam!

Aku dah bayar saman tuh. Lepas diskaun kena bayar RM30 je. Dateline 10 Mac ni, korang semua dah bayar ke?

5 comments:

miss_L said...

Petang semalam hujan lebat betul..Saya sampai2 kat LRT Setiawangsa lepas balik kenduri kawen tergezut tengok kelebatan hujan...huhuh

Full House sgt cute..I like! :D

meowwmania said...

sebyk mana kcg yg kita ada yg tiada tu tetap dlm ingatan ;)

Kelly Chantek said...

miss_L

kalau hari kerja memang problem la kot tren bila hujan lebat. Nasib baik weekend.. :)

Kelly Chantek said...

ooh, pasal Full House tuh, saya tumpang tengok sikit je. Wifey je yang tak bergerak bila ngadap Encik Hujan tu. :)

Kelly Chantek said...

MM

betul tu. kenkdag sampai terasa memori dah full dah dgn memeow sebelum ni.

Bubut ni special sebab first cat yg wifey kasi nama. hitam manis kucingnye... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...