Kelly 3572

Saturday, March 19, 2011

Sabtu Yang Sibuk!

Assalamualaikum

Malam tadi masa balik dari dinner kat Hayaki Kopitiam, aku ada terdengar ngiauan seekor kitten kat parking  rumah aku. Aku cuba gak jenguk-jenguk kot ada ternampak kucing yang bising tuh. Tapi hampeh, takda, mungkin tersorok kat mana-mana kot. 

Pagi ni pulak, bila balik dari rumah Fama lepas uruskan memeow kat sana, aku terdengar lagi ngiauan semalam. Kali ni aku usha lebih sket dan hasilnya, kat gambar bawah ni. 
satu lagi kes pembuangan bayi yang tak dilaporkan
Actually masa aku jumpa budak ni, dia kat atas lantai depan pintu fire exit. Memang berisiko tinggi untuk dipijak ataupun digilis kereta sebab saiznya yang kecik, mata pun belum bukak. Dia mengiau kuat sangat. Sedih aku tengok dia sebab mesti dia sejuk dan lapar dari semalam. Mana la mummy dia ni? Ke orang buang dia? Atau terjatuh dari dalam enjin kereta? Wallahualam.

Aku angkat dia sambil try looking for her mother nearby. Tapi memang takda pun. Aku bawak dia ke rumah aku, wifey dah kelam-kabut sebab geli dengan makhluk kecik yang cute ni. Bila aku dah gosok-gosok dan peluk budak ni, baru la nampak dia comfortable sket, dan kurang la bising tuh. Aku agak umur dia tak sampai lagi seminggu. Mungkin sebaya dengan anak Lucy?

Sekarang aku pulak yang gabra sebab aku pun tak pernah jumpa anak kucing yang masih menyusu dan belum bukak mata ditinggalkan camni. Bukak peti ais, ada susu Dutch Lady Full Cream, aku basahkan jari aku dengan susu tu dan letakkan kat mulut kitten tuh. Nampak tak berjaya. Wifey pulak amik glove getah, potong bahagian hujung jari glove tu, isikan susu tadi, kononnya sebagai artificial breast to feed this unfortunate cute kitty. Pun tak berhasil. 

Last resort, aku teringat yang Lucy masih dalam pantang dan menyusukan babynya. "Kita mintak tolong Lucy jadi ibu susu budak ni!"Wifey pun cakap ok. Kitorang segera bersiap, dan terus ke rumah Fama semula. Aku bawak kotak untuk isi budak tu (gambar atas ni la). Susu 'Wanita Belanda' (lain je bunyi...) tu pun aku bawak jugak. 

Wifey drove, aku pegang kitty tuh.

Sampai je kat Fama's, Lucy, Ronaldo dan Missy dah mula tak senang duduk bila terdengar ada baby kitten nangis. Lucy la yang paling tak tentu arah. Aku pun musykil mana pergi anak-anak dia yang 5 ekor tuh? Aku letak kitten tuh kat depan Lucy, dia cium dan try to recognize dan check kitten tu kot. Nasib baik dia tak marah kitten tuh. Alhamdulillah. Macam berhasil je plan ni. 

Aku ambik botol susu untuk meow, isikan susu tadi dan suakan ke mulut kitten tuh, mula-mula nampak macam ok je, tapi rupa-rupanya kitten tu tak pandai lagi minum dari botol susu. Aku betul-betul harap sangat Lucy boleh tolong aku kali ni. Dah mati akal dah ni. Kalau bawak pergi vet, boleh ke diorang terima untuk boarding meow sekecik ni?

Aku letakkan kitten bersama kotak tu kat garaj dan akhirnya Lucy pun terus masuk dalam kotak tuh, jilat-jilat kitten tuh dan kitten tu pun terus dapatkan apa yang dia nak dari malam tadi. Susu ibu! Alhamdulillah sekali lagi! Selesai satu masalah!
Lepas tu kitorang ke Shah Alam untuk service kereta. Kali ni premium service. Maka costnya pun agak premium la.

Bila masuk Federal Highway je, terus traffic sangkut cam dalam gambar ni dari depan Stesyen LRT Universiti sampai la exit LDP a.k.a Jambatan Pulau Pinang! Biasala tu jammed kat sini kalau kat Federal Highway! 

Sampai kat Shah Alam, singgah jap kat Medan Selera Seksyen 11 beli nasi ayam  dan soto di warung Pak Mal untuk Mak, Nana, Ridzuan dan kitorang lunch.

Aku singgah kejap je hantar barang kat atas rumah, sebelum turun balik untuk pergi service center. Dapat jugak jumpa Teh Alissa (Teh Cap Masjid) dan Daniel Tam versi lepas dimandulkan! Memang sihat walafiat dan manja macam biasa! Cattyjah pun nampak sihat je. Patut dimandulkan jugak la si Catty tuh. Kang kalau dibiarkan kelak dia akan membohsiakan dirinya. 
Sebelum pergi ke service center ni, wifey dah called diorang lebih awal to confirm yang diorang boleh terima kereta untuk buat premium service petang ni. Kelvin of service center tu cakap boleh datang by 1500hrs! Aku sampai situ dalam pukul 1445hrs. Service bakal amik masa yang agak lama, most probably sampai jam 1730hrs!

Macam biasa, naik kat lounge dan dihidangkan dengan white coffe dan 6 keping biskut mary yang bukan dibuat oleh mary! Sesambil update blog dengan available WiFi kat situ.  
pusara Arwah Ayahnda . Al-Fatihah!
Dah settle bayar MYR333 lebih, aku chow dan singgah di kubur kejap untuk bersihkan kubur arwah bapa mertuaku. Kayu penghadang memang dah reput dengan tahap kritikal. Lupa pulak nak ziarah pusara arwah Pak Ngah dan Mak Uda di tanah perkuburan yang sama! Lagipun aku tengah rushing, belum solat asar lagi masa ni.
kitorang dah sunat dah!!! hooray!!!
Sampai rumah, solat, pastu late lunch. Dan main dengan budak-budak dalam gambar kat atas ni! Bestnya dapat jumpa diekor! Bestnya dapat balik Shah Alam dihatiku! Cuma tak sempat pergi beli goreng pisang kat seberang jalan tu je.

Mak dengan Nana bertolak ke NS dekat pukul 1900hrs. Ridzuan pulak ada kelas simulatornya kat Subang. Aku dengan wifey bertolak balik ke Gombak lepas maghrib! Malam ni ada EPL Manchester United vs Bolton Wanderers pukul 2255hrs!

Masa sampai kat Fama's, lega hati tengok kitten tuh boleh get along dengan ibu susunya yang baru!

6 comments:

meowwmania said...

alhamdulillah...sukanya bila baca ibu Lucy tu sanggup nak terima kitten tuh, suka sangat!!

psssttt..len kali jgn bg susu lembu pd kucin ekk lebih2 lg kitten sbb kcg tak boleh nak hadamkan laktose yg ada dlm susu lembu boleh menyebabkan cirit birit yg teruk kdg2 boleh membawa maut, kalau susu kambing tak pe ;)

Farahliza Isa said...

baiknyer lucy!!
dulu masa bela didie ngn bobo pun kecik camtu gak..mak diorg tingglkan xmo bela...kene suap susu hari2 ngn syringe...kdg2 bila xder kelas balik senyap2 sebab nk menyusukan dorang...mcm bela anak!..hahaha...skang dh besar dan comey rasa puas hati sgt, berbaloi rasanya....:)

Kelly Chantek said...

mm

takleh ek kasik susu lembu kat meow?
ok..tens MM for the good info! :) nasib baik kitten tuh tak minum! tapi Lucy minum dengan banyaknya, tapi so far nampak ok je. Hopefully takde pape la InsyaAllah.

skrg tgh risau sebab Kaka selsema tak baik2. nak cari vet yang boleh bukak sampai malam, nak hantar masuk ward.

Kelly Chantek said...

Farah

Lucy tuh memang baik, tapi tgh musykil sebab anak dia yang dia delivered last week takde! 5 ekor pulak tuh, mana dia letak or transfered?

Ninie Hanis said...

salam kenal,

first time baca blog ni agak confuse sapa kelly,sapa lucy dan lain.. (tp tau semua tu kucen) hahaha..

saya pun suka kucing,tp kat UK tak semudah tu nak jumpa kitten tepi jalan.kena gi pet adoption,pastu check rumah dulu sesuai ke tak,baru approved. :)

btw,Man U won 1-0 heehe

aby said...

salam KC,
semoga kerja baik kite yg sedikit tu dibalas dgn pahala yg tidak disangka disana ..
teruskan usha baik tuh ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...