Kelly 3572

Wednesday, March 23, 2011

Annual Leave 4

Assalamualaikum 

Hari ni aku terpaksa ambil cuti! Ada urgent matters yang perlu diselesaikan ASAP!

Wifey pulak tak sihat, nasib baik aku pun cuti. Kitorang pergi la ke klinik. Ramai la pulak orang yang tak sihat. Kebetulan pulak, colleague wifey; Lau pun ada jugak kat klinik tuh.

Lepas amik ubat, kitorang gi tapau lunch kat tepi balai polis. Sampai rumah, terus ngadap lunch. Aku pergi PPZ untuk tunaikan kewajipan aku dan jugak on behalf wifey. Alhamdulillah. Lega hati ni, bayar la lebih sikit untuk cover tahun-tahun yang aku tak sedar diri tuh!

Settle kat PPZ, aku cari vet kat area Wangsa Melawati, nampak la satu klinik ni, tapi, macam 'mati segan hidup tak mahu'. Memang takde orang, nak masuk pun kena tekan door bell dulu. Aku pergi la tekan, tapi takde orang keluar pun bukakkan pintu untuk aku. Malas nak buang masa kat situ, aku chow ke rumah Fama, fed Lucy and Ronaldo. Missy tak kelihatan. Hmm, membohsiakan diri la tuh sejak kena rogol dengan Ronaldo agaknya.

Aku lepaskan Kaka dari sangkar. Biar dia exercise sikit sebelum aku bawak dia pergi Petcare. Lepas tu aku perasan kepala Kaka dah bengkak kat atas mata sebelah kiri. Even mata kiri Kaka pun aku dah tak nampak, terlindung dengan selaput daging/darah.  Perggh, lagi la aku panik! Dengan segera aku masukkan Kaka dalam carrier dan zasss ke Melawati! Sepanjang dalam perjalanan ke vet tuh, Kaka rileks je, maybe penat ataupun sakit!

Sampai Petcare, orang pun tak ramai. Lepas register, tunggu kejap dan sempat kenal dengan sekor anak anjing berumur 2 bulan, Tiger namanya. Cute dan nampak baik sangat. Owner dia Chinese. Tiger datang untuk first vaccine. Rumah Tiger ni dekat dengan rumah Uncle Kamarudin kat Jalan Lee Woon.

Lepas tu Kaka dipanggil mengadap. Staff yang treat Kaka tuh kenal Kaka masa ayah aku bawak Kaka few weeks ago. Aku cakap la Kaka still ada flu sebab antibiotic yang diorang bagi hari tu pun tak dimakan. Bila aku tunjukkan bengkak kat dahi Kaka tuh, vet tu tekan kat tempat bengkak tu pelan-pelan. Dia cakap, lembut je tempat bengkak tuh. Mungkin nanah katanya.

Then dia amik syringe, inject dan sedut keluar cecair bewarna merah bercampur kekuningan. Sah! Memang nanah! Kaka duk diam jer. Nasib baik dia tak bertindakbalas! Dah la kukunya panjang, dan frame dia pun besar. Sekali dia jadi aggresif, memang bercalar la tangan sesiapa yang dekat dengan dia. Vet tu amik jarum dan cucuk kat tempat bengkak tuh untuk buat lubang kecik supaya senang dia nak tekan keluar semua nanah yang ada.

Bila dia tekan je tempat bengkak tuh, memang tersembur keluar lagi banyak nanah dari dahi Kaka tuh. Baunya pun memang busuk dan hanyir. Kaka still relaks. Masa ni vet tu kena panggil assistant dia untuk pegang Kaka, dan termasuk la aku sekali. Nanah dan darah ada jugak keluar dari bahagian hujung atas mata kiri Kaka, mungkin lubang dari luka asal kot. Vet tu cakap bengkak tu mungkin disebabkan oleh bisul. Apa-apa je la, janji nanah dan luka tuh dapat dibersihkan ASAP. Lega hati rasanya bila aku nampak mata sebelah kiri Kaka dah mula kembali normal selepas nanah dan darah tu dipicit keluar.

Vet tu sapu sket ubat mata dan kasi 2 injections. Aku cakap kat vet tuh aku nak tinggalkan Kaka kat situ until dia betul-betul sembuh dari flu tuh. Kalau bawak balik nanti, susah jugak sebab takde orang nak monitor dan bagi dia makan ubat. Lain la kalau aku tinggal sebumbung dengan memeow tuh semua. Petcare charged RM25/hari untuk hospitalization tuh termasuk makan minum poo-poo tapi EXCLUDING ubat-ubatan la. Takpa la, selagi mampu, aku akan bayar. Biar la sampai tahap berhutang tuh! Yang penting meow sihat dan kembali ceria.

Masa timbang Kaka tuh, aku tengok beratnya memang dah susut. Dah tinggal 4.9kgs je. Vet tu pun cakap dulu Kaka lebih dari 5kgs. Ye la, makan pun tak selera. Minum je banyak. Tapi vet tu cakap jugak, keadaan Kaka memang dah nampak much improvement compared to the last time ayah aku bawak dia ke Petcare ni. Alhamdulillah!

Lepas tinggalkan Kaka kat ward tu, aku keluar dari Petcare dan nak chow. Kat luar Petcare tuh, ada la 2 ekor meows tengah melepak dan salah sekornya baru je lepas makan pet food yang Petcare sediakan kat depan pintu kedai diorang, specially for stray cats la tu kot. Good job Petcare!

Lagi sekor tengah port kat bawah pokok dalam pasu depan Petcare tuh. Aku pun sempat la bertanya khabar dan gosok-gosok minah ni. Comel dan bersih je. Dan tak malu untuk bergambar kucingnya.



Aku balik semula ke Gombak untuk bersihkan kawasan rumah dari dedaun manggis tu, dan jugak basuh bekas makanan meow. Bila semua dah clear dan puas hati, aku fed Lucy lagi sekali. Si Ronaldo dan Missy memang tak kelihatan. Merayap la tu. Memang nak kena spay la neh 2-2 ekor tuh.

Lepas Asar aku pergi Jusco. Hilang sikit risau pasal Kaka tuh, jadi tetiba pulak mood nak shopping untuk bahan-bahan makanan kat rumah. Nasib baik tak penuh troli aku sambar. Marinated lamb, salmon, vitagen, roti, salad etc. Perghhh...sakan! Bila dah bayar, aku checked balik receipt tu, nampak lain macam jer. Ahh..balik je la.

Sampai rumah, lepas 2 round angkat barang, rileks jap. Pastu wifey tanya kambiang dan salmon tu nak makan untuk dinner ke? Aku cakap terpulang la, kalau anje larat nak buat malam ni, masak la. Kalau anje tak larat, esok-esok pun boleh. Pastu wifey nak masak jugak untuk dinner malam tu. He he he..bestnya kambiang!!!

Lepas maghrib aku teringat pulak nak check receipt mega shopping tadi. Ish, macam ada terlebih bayar je ni. Aku kira 2-3 kali jugak la. Hmm, memang betul pun. Cashier tuh dah terlebih punched vitagen aku. Aku angkut 3 beg, dia punched 4! Aku dah terlebih bayar RM7 lebih. Kena pergi balik ke Jusco malam ni jugak.

Sementara wifey nak prepare dinner best tu, aku pergi la ke Jusco semula. Nasib baik la segalanya berjalan lancar. Diorang cancelled earlier payment dan re punched barang-barang aku yang betul. Lepas tu aku ke  rumah Fama semula to feed Lucy and the rest. Tapi Lucy je yang setia menunggu dan bermanja-manja dengan aku. Aku bukak satu tin Tuna yang baru. Biar dia makan lebih banyak. Mana pergi la budak 2 ekor tu agaknya.

Pukul 2130hrs, aku bukak rancangan Bersamamu TV3. Bukan senang nak tengok aku tunggu rancangan kat TV3 ni. Malam ni aku nak tengok sangat sebab kali ni diorang buat liputan pasal stray cats yang tiada penjagaan dan pembelaan. Credits to TV3! Patut siarkan lebih banyak rancangan-rancangan yang melibatkan kebajikan binatang-binatang comel ni supaya dapat mendidik masyarakat dan pencinta haiwan tentang cara-cara menguruskan haiwan peliharaan dengan lebih baik.

Rancangan Bersamamu tadi pun mendedahkan kepada masyarakat peranan SPCA yang mengambil dan menjaga kucing-kucing terbiar ni. Memang nampak kucing-kucing jalanan ni nampak lebih selamat dan terjaga berada di SPCA daripada berada di luar. Bagus jugak ada slot yang diorang tunjuk proses memandulkan kucing terbiar tu. Sekurang-kurangnya, kucing jalanan tuh nanti takde la beranak pinak dan anak-anaknya nanti tak la jadi mangsa penganiayaan dan mati dilanggar kenderaan.

Sedih pulak aku tengok kucing-kucing ni duduk kat SPCA. Memang best bila tengok diekor semua macam happy je duk ramai-ramai dan tak gaduh. Makan sama-sama. Tidur sama-sama. Tapi macam Zakiah Anas cakap tadi, diekor bukan setakat nak makan, minum dan bermain, tapi diekor jugak memerlukan belaian dan kasih sayang dari mereka yang sanggup berkongsi kasih dengan mereka.  

So, kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak atau baru mula nak membela kucing, tak perlu la cari kucing-kucing kat petshop yang sangat mahal harganya tuh. Cari je stray cats, bersihkan, mandikan, hantar gi vet semua dan jagalah dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Kucing jalanan pun berhak hidup dan mendapat kasih sayang dari manusia!

*Update*


Ku tak jadi ke Singapore sebabnya, menurut wifey, staff  Jepun tak jadi datang (ditangguhkan) akibat dari gempa bumi dan tsunami yang melanda negara diorang. Event kat Singapore tuh pun terpaksa la ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. 


Frust la jugak sebab tak dapat menikmati pemandangan negara sekutu US dan Israel yang bersih tu, menurut kata kawan-kawan yang dah selalu ke sana la. Aku memang belum pernah sampai ke Singapore tuh.


Bila la agaknya Malaysia...err tak yah berangan Malaysia la, bila la KL ni boleh jadi bersih macam Singapore kan? Penguatkuasa undang-undang kat Singapore mungkin jauh lebih baik dari Malaysia kot, sebab tu rakyat dan pelancong pun jadi lebih berdisiplin. Kat sini, biasala, semua orang dah maklum, sekali ketuk, baru buat. Pastu berhibernasi untuk beberapa lama sebelum start bekerja semula. 


Hidup rasuah!!! Ha ha ha...

2 comments:

aby said...

salam KC,
cakap psl cat ..
pg semalam, satu cat aby beranak ..
anak 3.
hari ni wf gi airport nak sambut excotik cat dia import dari Russia ..

masih tunggu gamba edit Nash berlakon iklan minggu lps ..

Nash plak bari dihantar ke vet utk ujian blood test ..
sbb ada kwn kata dia pembawa virus FIP ..(panjang crite ni ) ..
bila2 aby crita kt blog cats tuh ..

harap kaka sihat ..

Kelly Chantek said...

tq bro for the wishes! InsyaAllah sihat la tu...

kucing baka apa tuh bro dari Russia tuh? cepat upload gambar tuh..tak sabar nak tengok.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...