Kelly 3572

Friday, March 25, 2011

MZ Darulnaim, Chow Kit

Assalamualaikum

Hmm, hari ni, atas hasutan 2 brader kat office ni, aku dan Sani dah terjebak dengan kegilaan makan tengahari kat port yang baru first time aku dan Sani terjah ni! It's Kelantanese food's heaven!

Masa kitorang sampai kat depan kedai ni, aku tengok dari luar nampak macam biasa je. Tapi bila aku dah masuk dalam kedai, terus macam tergamam dan macam kena culture shock yang agak gila kucing! Mana taknya, dengan manusia yang ramai, lauk-pauk macam bergelimpangan kat atas meja dan dalam pepiring yang dah siap disusun baeeeeeek punya. Serious aku macam panic kejap!

Aku dan Sani cari dulu table Encik Beruang dan Encik Jingga. Dah jumpa diorang, terkejut aku tengok meja diorang yang bersepah dengan pinggan dan piring lauk, nampak macam 3 atau 4 orang yang makan, padahal 2 orang je! Lepas tu baru la aku dan Sani pergi usha dan amik nasi dan lauk-pauk. Aku pun tak tahu camne flow untuk makan kat sini. Tapi bila tengok Sani amik je nasi yang diorang dah letak dalam pinggan tuh dan terus amik memana lauk yang berkenan, aku pun ikut je la.

Aku amik nasi sepinggan, sepiring budu yang dah dicampur dengan durian, petai sepiring, ayam percik dan order teh 'o' ais limau! Bila dah sampai kat meja kitorang, memang makin penuh la meja tuh dengan plate yang baru sampai ni. Brader 2 orang tuh pulak boleh tambah lagi solok lada sepiring dan ikan bakar lagi 2 ekor! Lepas tu si Jeffry mintak pulak gulai kawah semangkuk.

Dah la, aku dah malas nak cerita banyak, at the end of our lunch session, ni la hasilnya...
bersepah makan macam pinggan mangkuk kat sinki!!!
Semua kat dalam gambar kat atas ni for RM60 untuk 3 perut lembu dan 1 perut beruang asia! Bukan beruang kutub! Kalau tak sebab nak gi solat Jumaat, aku rasa memang lagi lama kitorang duk situ dan kedarah desert pulak. Ni semua Jeffry dan Arman belanja. Thank you guys! Memang berbaloi!

Kitorang gi solat Jumaat kat Masjid Pakistan nearby. Berjemur kejap macam mat saleh dari tempat hyper winter baru jumpa matahari! Khutbahnya aku dengar macam dalam bahasa Arab. Orang kata masjid ni khutbahnya dalam bahasa Urdu.

Lepas solat Jumaat, kitorang went for desert kat tempat yang sama. Kali ni aku belasah bubur pulut durian dan sirap limau. Perghhhh... puas hati la makan bubur pulut durian neh! Kalau wife tahu or baca entry ni, sure dia jealous dan nak makan jugak kat sini. Tapi darling, pulut-pulut ni kan anje takleh makan kan? Nanti semput.

Ikutkan hati macam nak je tapau bubur pulut durian tuh, tapi kang takut berbau pulak satu office, kang ngamuk pulak MD aku tuh. Chow dari situ, aku dan Sani singgah sitibeng untuk melangsaikan sebahagian hutang piutang dengan senang hati dan terus balik office dengan perut kenyang dan hati senang! 
MZ Darulnaim tuh bertanda X dalam gambar ni
Verdict:  
  • Location       6/10 (3'10'01.90"N 101'42'05.04"E)
  • Taste         7.5/10
  • Price            7/10
  • Cleanliness   5/10
Memang nak pergi lagi ooo...

Cari la MZ Darulnaim tuh kat Lorong Haji Hussein 2, Chow Kit, KL, berhadapan dengan Bangunan Darul Zakah. Selamat mencari dan menjamu selera...

Korang boleh jugak tengok dan baca pasal MZ Darulnaim ni kat blog Food4Thot dan jugak Eyriqazz.com! Credits to both of them for their very interesting post, not to mention gambar-gambar yang sangat membuka selera!

~ Sekinchan (Sinchan) Ikan Bakar ~

Lepas balik keje dan jumpa wifey, dia cakap dia nak dinner kat Sinchan. Aku on je la dengan idea bernas tu, lagipun kitorang memang belum pernah try lagi kat situ. Selama ni dengar orang cakap je pasal tempat ni. Malam ni baru kitorang akan tahu kebenarannya. 
nasib baik sempat amik gambar ulam ni
Tak tahu la sebab lapar sangat ke apa kan, aku sempat amik 2 gambar ni je. Gambar ikan merah dan sotong bakar tuh tak sempat nak diambil sebab perut kitorang dah cilok bendalah tu terlebih dahulu. Even gambar plate kosong pun tak sempat nak amik! 

Sebelum ni, officemate wifey cakap, Sinchan ni memang la best, the negative side tempat ni ialah tempoh masa menunggu pesanan yang agak lama dan harganya yang agak mahal. Dan dari pengalaman pertama aku ni, aku rasa tang harga tuh memang betul mahal. Waktu menunggu tuh bergantung kepada jumlah customer kot. Sebab masa kitorang sampai tuh, memang tak ramai orang lagi. Jadi tak la lama sangat tunggu order sampai.

  1. nasi 3 pinggan
  2. 2 gelas air buah
  3. ulam-ulaman
  4. ikan merah bakar
  5. sotong bakar
Semua kat atas ni berjumlah RM48.50! Mahal la jugak kan. Takpe la, sekali sekala boleh la. Bayangkan dengan jumlah ni, 2 orang makan kat MZ Darulnaim tuh, apa agaknya yang kitorang boleh makan? Ha ha...

Verdict;

  • Location       8/10
  • Taste            7/10
  • Price          5.5/10
  • Cleanliness    8/10

14 comments:

MiJa said...

perghhhh!!!!!!!!!!!!!
jelesnya membaca menu itu semua..
hadoi..kena ajak gaban jugak satu hari nanti ni..huhu

Kelly Chantek said...

ajak mija jangan tak ajak. zharif dan adiknya jangan lupa dibawa bersama!

mmg best la..dah rasa macam kat KB pulak.. :)

Rosmawati Yusof said...

Aduhai... sedapnyer...laparlah pulak dibuatnyer..

aby said...

salam KC,
makan petai sampai sepiring...
sah lps buang air, bilek air bau petai .. kena plak kt tandas awam ..
yg kt dalam bilek yg lain pun bau petai sama ...
he..he...

Kelly Chantek said...

Rosmawati Y

memang kene la dengan selera saya ni kak. kawan saya amik daging bakar yang dihiris nipis2 tuh. pastu cecah budu..adoiii..

ada masa, try la kak... :)

Kelly Chantek said...

aby,

petai sepiring tuh bukan saya sorang yang balun bang! :p agak2 la jugak nak makan petai tuh...he he he..

sempat la makan pucuk ubi aritu...

abg dah penah soru kat situ ke?

aby said...

salam KC,
nak bg tau,
aby dah paste gmbo kucing yg import dari russia tu, kucing blm sampai rumah, procedure nya kena tahan kt pusat kurantin klia seminggu dulu ..
ada kt gadget

Kelly Chantek said...

dah tgk dah bang. Rosalin tuh kan?

memang exotic! :)

berapa harga Rosalin tuh bro? leh email kat saya kalau confidential :)

kaki tak ok lagi ke bro?

Ninie Hanis said...

kenapa ye masa saya balik (msia) hari tu tak byk belek blog2 camni?huhu..takpe,pengajaran di sini,harus buat to-do-list sebelum balik msia. :)

Mijoe said...

dan kenapakah sebelum kitorang off to europe dulu tak jumpa blog Ninie?

kalau tak sure dah jadi port utk singgah dan ajak shopping Queen Anne!

:p

Ninie Hanis said...

betul3..haha

Mijoe said...

tak pe la cikgu Hanis.. :)

stay lama sket kat stafford tu ye , tahun depan la kitorang datang lagi. leh encik zaid dan puan hanis jadi tourist guide pulak.. :p

Ninie Hanis said...

boleh2..kalau ada plan contact2 lah ye.

Mijoe said...

ok Ninie!

will do!

terima kasih in advance! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...