Kelly 3572

Saturday, March 12, 2011

Meow Kurang Selera Makan...

Assalamualaikum

Ni la gambar anak-anak Puan Lucy. Aku snapped tengahari tadi.
alo comelnya, hopefully semua boleh survive dengan sihat!
Sekarang ni memeow kat rumah aku diserang virus. Kaka yang tengah recovering. Nampak lemah je badan. Dah 3 kali ayah aku bawak Kaka ke Petcare Vet Clinic kat Melawati. 

Sebelum pergi ke Gombak, aku singgah beli Smartheart wet food yang dalam tin 400 gram tuh. Ayah aku cakap semua meow dah takmo makan Blackwood dah. Hmm, heran pulak ni. Sebab apa ek? Messi a.k.a Missy dan Ronaldo yang sihat tu pun macam dah tak minat nak makan Blackwood. Apa kes ni ek? Kawan-kawan meow, please help and suggest apa nak kasi diekor ni semua makan? 

Aku risau jugak sebab Lucy baru lepas bersalin, Kaka tengah on medication, Messi dan Ronaldo je yang nampak betul-betul sihat. Macam mana nak tambahkan selera diekor ni makan? 

Cativity hari ni...
  • cuci telinga Kaka dan Lucy 
  • bagi Ronaldo dan Lucy makan Nutripet
  • cuci kondo Kaka
  • sembur Frontline kat Kaka dan Ronaldo
~ Wedding Guna & Nisha ~

smileeeeeee...ayok belum ready lagi
Dinner malam ni kitorang pergi kenduri kahwin office mate wifey. Kedua-dua pengantin baru ni kerja kat tempat yang sama. Semoga pasangan ini berbahagia ke anak cucu!
much better!
Majlis resepsi ni dibuat di Dewan Siti Hasmah, Rumah Puspanita, Jalan Hose, berhampiran dengan Dewan Bahasa & Puaka (Pustaka). Tetamu dan jemputan dihidangkan dengan nasi putih dan nasi beriyani baekkk punya. Sebab lauk kari kambiang...(kambing). Tapi sayangnya pedas sket kari kambing tuh. So aku pun makan sikit je la.

Yang paling best dan entertaining ialah bila 3 senior management tempat wifey bekerja dipelawa naik ke pentas untuk menari dengan pasangan mereka yang dipilih secara rawak oleh MC malam tuh. Maka meronggeng la boss-boss mat salleh dari US dan Mexico tuh kat atas stage. Light entertainment.

4 comments:

BUNGA said...

waahhh.... sedapnya nama kucing2 tu...ronaldo pun ada.. hehehe

aby said...

salam salam kelly,
stuju bila mieow tk nak makan memang kita susah hati.
cara aby klu mieow susah nak makan aby akan cuba mcm mcm menu utk mereka. dari dry, wet, raw dan bolied food, aby cuba sume. mana satu yg depa tu makan, aby maintain ...

Kelly Chantek said...

Bunge,

dulu-dulu meow saya ada yang nama lagi gempak dari Ronaldo tuh. :p

Kelly Chantek said...

Aby,

setakat ni diekor boleh terima wet food. boleh aa derma stock blackwood yg melambak tuh kat stray cats.

Encik Kaka tuh pulak selsema, kita hidang kat depan dia pun dia macam tak interested sebab hidung dia tersumbat kot. once dia rasa tuna tuh, baru la slowly dia makan. Lega hati.

Nak try gaul ikan rebus pulak dengan nasi or bagi tulang ayam.

harap2 diekor makan la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...