Kelly 3572

Wednesday, March 16, 2011

Mana Nuffnang Office Ni?

Assalamualaikum
my foot print to Nuff's wall
Di pagi yang dingin dan sejuk ni, aku text Zali bitau dia aku lambat masuk office hari ni. Sebab? Aku tak nyatakan kat dalam mesej aku tuh.

Mana aku nak pergi? Interview? Breakfast? Tak...
tengok la aku punya foot track arrow kuning tuh dari Stesyen Dang Wangi, pastu balik semula ke stesyen lrt tuh...hampa.
Biasanya aku turun kat KLCC, tapi pagi ni aku turun kat Dang Wangi! Sebabnya aku nak pergi ke Nuffnang's office. Ni la first time aku turun kat Stesyen Dang Wangi waktu pagi. Tak la ramai sangat manusia yang turun kat stesyen ni kalau nak compare dengan stesyen-stesyen dalam golden triangle yang lain. 

Aku sampai kat Dang Wangi tu agak awal. Since Nuffnang's office bukak pukul 0900hrs, aku pun lepak la dulu pekena breakfast kat kedai di tepi sungai yang betul-betul kat tangga jambatan tuh. Hujan-hujan ni layan la roti telur dengan teh tarik. Nervous la pulak nak gi Nuffnang ni.
dah sampai office balik baru la teringat nak copy address Nuffnang ni!
Yang tak bestnya, aku tak tahu exact address office Nuffnang ni. Aku tahu lokasinya kat Jalan Yap Ah Shak je. Tingkat berapa, nombor berapa alamatnya aku lupa nak salin aritu. Lepas breakfast yang cool tuh, aku gamble je la jalan ke Jalan Yap Ah Shak tu dengan harapan ada signboard besar bertulis Nuffnang Sdn Bhd kat luar premis sepanjang jalan tersebut.

Tapi hasilnya hampeh! Tak nampak pape pun. Aku dah start minor panic dah ni. Aiseh! Takkan nak balik tangan kosong kot? Penat turun kat Dang Wangi ni.

Aku keep on walking, (sila tengok arrow dan line kuning dalam gambar google earth tuh). Pastu aku patah balik bila aku rasa macam tak jumpa tempat yang aku cari tuh. Ish!!! Fail la lu bro pagi ni! Aku jalan ke arah Jalan Sultan Ismail pastu lalu depan Bangunan Bank Pembangunan dan jugak SME Bank. Aku ingat nak jalan kaki je ke office aku, tapi memandangkan cuaca pun tak berapa cute pagi ni, aku decided nak naik train ke KLCC.

Masa nak turun escalator ke underground station Dang Wangi tuh, aku terserempak dengan sorang Nuffie. Nak je aku naik balik dan follow je dia sampai office Nuffnang. Tapi aku takut dah lambat sangat pulak aku masuk office. Mana la tau kang lama pulak aku terlepak kat office Nuffnang tu nanti.

Dekat pukul 1030hrs jugak la kot aku sampai office. Aku memang kena amik that stuff by this Friday so that boleh la aku utilized this weekend ataupun bila-bila la by end of this month!

~ Man United 2 Olympic Marseille 1 ~ 

Man United berjaya ke peringkat suku akhir liga juara-juara Eropah selepas 2 gol dari Javier Hernandez berjaya menamatkan cabaran satu-satunya wakil dari Perancis. Wes Brown tertanduk masuk ke gol sendiri pada minit-minit akhir perlawanan.

Gol sendiri tu menaikkan semangat Marseille yang bertungkus-lumus untuk mencari gol kedua untuk melayakkan mereka ke suku akhir berdasarkan away goals rule. Tetapi Man United survived the scare dan buat musim kelima berturut-turut, layak ke peringkat suku akhir.

Suku akhir nanti Man United bakal berjumpa dengan siapa? Ha kena la tunggu bila peringkat last 16 ni berakhir. Harap-harap masa tu semua player yang injured dah boleh main balik. 

2 comments:

meowwmania said...

lahh...dah tu tak amik ke hadiahnye?

Kelly Chantek said...

MM

tak amik la...:(
esok nak gi lagi sekali..pepagi esok, lepas breakfast roti teluq kat tempat yg sama..he he..

amik kesempatan nak masuk lambat sebab 2-2 bos takde..ha ha..jahatnye.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...