Thursday, March 17, 2011

Restoren Mulia @ Pulau Tikus

Assalamualaikum

Hari ni lunch kat salah satu regular places, Pulau Tikus! Nama macam la takda nama lain kan? Sure ramai readers kat area KL yang tahu tempat ni kot? Kalau tak tahu, tengok la earth view kat bawah entry ni yer. 
Muka dah kenyang makan gulai ayam
Ni gambar budak yang share gulai ayam gua hari ni. Memang dia yang makan ayam tu lebih banyak dari aku. Mula-mula aku bagi dia kulit ayam je, dia makan ok je. Pastu dia mintak lagi, aku bagi lagi kulit ayam, dia hidu-hidu, pastu dia teringat kulit ayam ni banyak kolestrol kot. Dia tak makan dah. 

Dia cakap kat aku," kau makan la bro kulit ayam tuh. Ingat aku tak jaga kesihatan ke? Mentang-mentang aar aku ni kucing jalanan kau kasi aku makanan yang tak menyihatkan ek!"

Maka aku pun cubit la sikit demi sedikit isi ayam tuh untuk mamat comel ni. Sampai la tinggal tulang dan kulit jer. Sebelum kasi dia makan isi ayam tuh, aku hisap dulu sisa-sisa pedas gulai tuh, kot-kot dia ni jenis kucing yang tak makan pedas. Ada ke kucing yang suka makan pedas-pedas?
dah kenyang tidur aa bro!!! apa lagi nak buat kan?
Dah habis makan, aku lepak-lepak la dengan kroni-kroni sambil sambil usha mamat yang dah kekenyangan ni tidur. Suka aku tengok dia kenyang. Sempat la jugak aku gosok-gosok kepala dia sebelum dia tertidur tuh.

Bila dia dah tertidur baru la nampak lagi 2 ekor meow lain sampai kat situ. Aku pun dah habis makan, korang mintak la dengan orang lain pulak yer.
Almost macam-macam ada during lunch!
Kat Restoren Mulia ni, banyak jugak la pilihan makanan yang available masa lunch. Nasi campur, nasi ayam, yong tau foo, satay, kerang bakar etc. Memang ramai manusia lunch kat situ. Selain dari staff Celcom dan Perkeso, manusia dari planet lain pun pergi lunch kat situ jugak, termasuk la aku yang officenya kat hujung galaksi bima sakti ni.

Restoren ni dibuka sampai la malam, tak sure pukul berapa diorang tutup. Hari Jumaat lunch time pun aku rasa diorang ni tak berniaga kot. Bagus! Menghormati penghulu segala hari. Hari Ahad pun diorang tutup jugak. Sila la singgah kalau nak tau ok ke tak lunch kat sini.

Oo lagi satu, kalau nak ke restoren ni, naik motor lagi senang sebab takde proper parking space untuk kereta dan kenderaan lain. Lagipun, lokasinya kat tepi main road. Boleh la parking sesuka hati tapi kalau JPJ dan PDRM saman nanti, sendiri tanggung la.

Chow! Dan selamat menjamu selera!

6 comments:

meowwmania said...

hehe...kite pon selalu hisap kasik hilang pedas2 kat ayam bila nak kasik stray cat yg mintak makan ;)

Kelly Chantek said...

tu la pasal MM, kalau diekor kepedasan, ada tak diekor mengiau mintak air nak kasi hilang pedas? :)

tapi biasanya meow boleh tau kan kalau makanan tuh diekor leh makan ke tak.. :)

miss_L said...

Huhuh..sedap sgt mamat tu makan sampai tido kekenyangan...:P

Kelly Chantek said...

maunye tak sedap miss_L, seketul isi ayam gulai habis kat dia jer...

saya jugak yang kena makan ulam raja dengan sup daging dan tempoyak..nyum nyum.. :)

Farahliza Isa said...

amboihh....suka pegi makan2 nooo :)

Kelly Chantek said...

biasa aa Farah, lunch kena la selalu tukar2 port. kang boring pulak asyik rasa masakan yang sama...

kecuali masakan mak dan isteri..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...