Friday, March 18, 2011

Hello Nuffies & Nuffnang!!!

Assalamualaikum

Pagi ni aku keluar rumah dengan semangat yang berkobar-kobar, bukan semangat nak pergi kerja, tapi semangat nak pergi ke Nuffnang! Mission aritu belum accomplish!

Aku sampai Stesyen Dang Wangi dalam pukul 0850hrs. Pastu macam 2 hari lepas, untuk memenuhkan perut dan mengisi masa sebelum office Nuffnang dibuka kepada Nuffnangers, aku lepak la sambil breakfast kat kedai/restoren tepi sungai dan tepi jambatan tu. Menu breakfast aku untuk hari ni, lebih kurang sama la macam hari Rabu tu, roti telur bawang instead of roti telur with teh tarik!
tapak kaki aku dah melekat kat Nuff Foot Print Wall!
Sambil breakfast sempat la jugak bukak netbook ni untuk tengok result UEFA punya result. Hmm, City and LFC out of Europe! See what i mean with money can't buy success or trophies!!! Ni aku tujukan kat Noisy Neighbor la, bukan LFC ok!

Dalam kul 0920hrs camtu ternampak sorang Nuffie lalu kat depan restoren tu untuk ke office Nuff la. Aku pun cecepat habiskan breakfast, tutup netbook, bayar MYR2.70 dan terus ke Heritage House dengan penuh semangat sampai hidung pun kembang kempis sebab excited nak amik tickets!

Sampai kat lobby tuh, mula-mula control macho dan ayu sket sebab ramai orang tengah tunggu lif. Dari dressing dan attire diorang yang sempoi tuh, aku agak la diorang ni mesti Nuffie kot! Pastu aku usha nama-nama company yang registered kat building tuh, nampak la Nuffnang Sdn Bhd kat tingkat 12B. Ok, confirmed betul kali ni! Terus aku naik lif ke floor berkenaan.
dah penuh dengan collage dah!!!
Sampai kat level 12B tuh, aku nampak la pintu kayu ke office Nuff ni. Mak ai! Sempoinya, takde receptionist punya desk pun. Aku tekan loceng, tolak pintu, terus nampak 2 Nuffies tengah rilek je makan nasi lemak. Aku perasan semua Nuffie dalam tuh tak pakai kasut pun kat dalam office! Wooo, bestnya macam ni. Takde pulak bau kaki busuk. Ok je...

Aku berdiri tercegat je kat situ, pastu cakap kat Nuffie tuh,"Hi, i'm here to collect my TGV movie tickets!"

Pastu Nuffie tu suruh another Nuffie yang tengah buat kerja layan aku. Dia mintak email address aku dan bagi aku 4 tiket TGV kat dalam gambar bawah ni. Lepas sign kat dan amik tiket aku pun cakap kat Nuffie yang bagi tiket tuh,"Oh, i have something for your foot print wall!"

Aku pun keluarkan kaki aku dari beg tu dan bagi kat Nuffie yang kasi aku TGV tickets tu. Lagi sorang Nuffie tu macam teruja or buat-buat teruja bila tengok foot print aku yang betul-betul saiz sebenar kaki aku tuh.

Lepas kasi foot print tuh, aku pun siap-siap nak chow until one of the Nuffies tu tanya aku,"Would you like to take a photo? (of the foot print)" Aku macam blur beberapa detik yang tak sampai dalam 3 saat. Pastu aku pun responsed,"Aa, ok, why not?"
ni la habuan aku! Thanks Nuffnang! Thanks Thara!
Lantas (perghhh..word tak ingat punya!!!) aku pun bukak la balik kasut aku, dan dengan cover line sket bukak sock aku yang dah berlubang tuh. Hopefully all Nuffies tak nampak or else diorang kena kasi aku hadiah stokin la pulak lepas ni...ha ha ha. 

Macam yang aku tengok dalam website Nuffnang dan one of the Nuffie's blog sebelum ni, office Nuff memang sempoi dan macam bukan office! 2 gambar wall yang penuh dengan collage kat atas tu la yang aku berjaya snapped. Lupa pulak nak amik gambar Nuffies tengah bekerja (makan, surfing hingga kerut-kerut dahi, Facebooking, Tweeting and IMing)

Dah settle urusan aku kat Nuff, dengan berat kaki aku pun melangkah keluar dari office Nuff dan jalan kaki semula ke Stesyen Dang Wangi. All i can say to all Nuffies at Nuffnang...

YOU GUYS DID A GREAT JOB, AND THANK YOU SO MUCH FOR SURPRISING ME WITH THE TICKETS!!!

It's something big for a low-profile blogger like me to have this honor! Especially from Nuffnang and TGV!

~ Pehal Dengan Papan Tanda Ni? ~

On the way nak ke office aku sempat snapped gambar ni kat tepi jalan. Actually aku perasan kelainan pada sign board ni memang dah lama dah! (ikut cara Che Det cakap) Cuma baru pagi ni aku sempat merakamkannya. 
apa yang pelik dengan sign board neh? sapa tahu angkat tangan!!!
Perlu ke aku hantar gambar ni ke The Star's Thumbnail Column? Hari tuh aku hantar gambar iklan Celcom tuh pun ntah publish ke tak. Macam malas je nak hantar gambar ni. Korang tengok la apa yang tak kena dengan sign board ni ye!

~ Lunch At Kampung Baru ~
nak apa lagi mamat? gua dah kasi ikan kerisi goreng gua kat lu kan? 
Lunch hari ni, aku pekena nasi campur kat Kampung Baru. Belasah ulam raja, budu dan ikan kerisi goreng yang best! Tapi ikan kerisi tuh bukan aku sorang je la makan. Ada 2 makhluk lain yang share dengan aku. Salah satunya, tu ha, gambar kat atas ni la. Sempat lagi dia cakar tangan aku sebelum aku kasi dia ikan kerisi goreng tuh. Nasib baik tak berdarah!

Sebab dia naughty, aku tak kasi kepala ikan kerisi tuh kat dia, aku kasi kat sekor lagi meow, kucing betina. Siap pesan kat meow betina tuh supaya bawak kepala ikan goreng tuh jauh-jauh so that mamat dalam gambar ni takleh kacau or cilok kepala ikan tuh. 

Lalu meow betina tuh memang bawak kepala ikan tuh jauh dari meja aku, ada la port dia tu.

Happynya aku sebab Nuffnang ni...

6 comments:

ainilazwa said...

wow ad kolaj lagi!

Kelly Chantek said...

ainil ada tepek kolaj ke kat wall tuh? :p

Laila said...

nti kumpul tiket wat kolaj lak

Kelly Chantek said...

takde la nak kumpul tiket nak buat kolaj Laila... :)

satu kolaj cukup le kat wall tuh...:)

aby said...

salam kelly,
kt kelang ni ada satu tempat.
nama tempat tu kampong telok Gong,
sekarang depa dah guna TGV sebagai perkataan pendek ..
Telok Gong Village ..

apapun tahniah dapat tiket free tuh ..

Kelly Chantek said...

salam aby..

TGV kelang tuh tempat makan ke? bunyi macam seafood restoren je aby.. :)

rumah aby kat kelang area mana?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...