Sunday, March 27, 2011

The Eagle

Assalamualaikum

Petang semalam all the way dari Pajam, kitorang singgah TGV Wangsa Walk Mall to watch this movie. Courtesy of Nuffnang and TGV! BIG Thanks to you guys... again for a remarkable 2011 birthday treat.

Sebenarnya aku takde la planned nak tengok The Eagle ni. Tapi masa sampai TGV tu dah pun pukul 1510hrs. Cerita paling menarik yang aku nampak ialah The Eagle ni la. Wifey ikut je la. Show started at 1620hrs. Sementara nak menunggu show tuh, kitorang lepak kejap kat A&W.
movie poster from Google
Sesiapa yang suka cerita perang lawan pedang zaman dulu kala ni boleh la tengok cerita camni. Kisah seorang pahlawan Rome, Marcus Aquila (The Eagle in Latin) yang datang ke bahagian utara kepulauan Britain untuk mencari dan mendapatkan semula Eagle Golden Emblem yang menjadi kebanggaan tentera Ninth Legion yang dipimpin oleh ayahnya.

Tentera yang dipimpin oleh ayahnya tuh seramai 5000 orang telah hilang di kawasan pergunungan Scotland. Marcus dan hamba abdinya, Esca yang juga merupakan musuh tentera Rom telah masuk ke bahagian Utara Britain tu melalui Hadrian's Wall, sempadan yang memisahkan Britain dari kawasan yang dikuasai tentera Rome dengan kawasan yang dikuasai oleh puak penentang yang ganas dan sangat brutal; Seal Tribes.
Dari apa yang aku duk godek-godek kat google, Seal Tribes ni menggunakan bahasa Scottish Gaelic dalam perbualan diorang. Hmm, so, kena la belajar bahasa puak Seal ni kot kalau nak tengok citer ni. Aku dengar pun macam pelik. Macam bahasa Arab campur bahasa Hindi pun ada gak. Tapi, menurut sumber dari Encik Wiki, Scottish Gaelic ni ialah bahasa yang dituturkan di Scotland dan juga Nova Scotia, Canada.

8 comments:

meowwmania said...

adoiii...to be continued puleks

Kelly Chantek said...

MM,

tak sempat nak citer panjang aa...:)
kang kasi spoiler kang tak best aa pulak MM nak gi tengok citer tuh.. :p

aby said...

salam KC,
filem perang purba yer ...

blh layan tuh ..
memang faberet aby jenis crite mcm tu .. selalu membayangkan mcm mana khalid al walid dapat membenamkan pedang2 depa tu kt baju2 besi tentera mcm tuh ..

the Lost Kingdom psl salahuddin ayubi best gak tuh

Kelly Chantek said...

mmg best citer2 camni.

selalu sangat citer futuristik kang rasa mcm tak masuk akal pun ada gak.

kalau tgk cerita2 pasal sejarah pahlawan Islam yg dibuat oleh Hollywood mcm tak best. Sebabnya, mesti ada yang diorang nak perlekehkan kita jugak secara halus kan bro?

Bunga said...

ooohh.. sgt jeles... sjk dtg uK, dah x der chan nak tengok wayanggg.. ish..

Kelly Chantek said...

munge..

sila la donlod dan tgk kat rumah sambil buat karipap dengan hero2 tuh. gi tgk wayang nanti kena kua pound jugak dari purse... :)

Dwen Ihsan said...

bole layan citer Yusri KRU tak nih?

Mijoe said...

Merong?

aku baca review kat newspaper macam tak berapa best je. Kau suka la ni tengok mamat badan sasa belakon..ha ha

koro...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...