Wednesday, March 2, 2011

Bubut Put To Rest...

Assalamualaikum

Hmm, beberapa hari ni banyak betul aktiviti dan adegan yang memeningkan berlaku.
  • Bubut sent to UPM Vet for further treatment.
  • Rumah Kitam dipecah masuk
  • Tourist kena ragut depan mata aku masa balik kerja
  • Someone's birthday
  • Man Utd robbed again...
  • Bubut terpaksa ditidurkan :(
  • Kitam kena ...
Aku pun tak tahu nak start yang mana satu.

~ Bubut ~
(2009 - 2 Mac 2011)

Menurut Papa, Bubut terpaksa ditidurkan pagi tadi setelah vet or doctor kat UPM cakap, virus yang menyerang Bubut ni boleh menjangkiti manusia. Hmm, mungkin sama macam Harun dulu kot... sporotricosis. Betul ke Bubut dah tak boleh diselamatkan ataupun diorang yang malas nak buat surgery tuh? Wallahualam.

Aku sedih tapi belum tergambar kan kesedihan tu kat sini? Pasrah je la. Aku reda dengan ketentuan ni, sekurang-kurangnya Bubut pun dah tak tersiksa. Tapi aku sangat terkilan sebab aku tak sempat jumpa dia buat kali terakhir. Aku assumed Bubut dah selamat menjalani pembedahan semalam. Jasad dia pun aku tak sempat nak tengok sebab aku memang tak boleh amik cuti hari ni dan jugak esok.

Hmm, mata pun dah start panas-panas dah ni. Masa hari istimewa ni pulak boleh dia pergi.

~ Chelsea 2 Man Utd 1 ~

Awal pagi tadi MU telah berjaya kalah buat kali ke 2 dalam EPL season ni setelah banyak kali bernasib baik untuk tak kalah. Dengan kekalahan ini, kedudukan MU di persada liga (persada konon...) agak tergugat dengan pasukan yang berpeluang untuk menjuarai liga mampu merapatkan jurang sekiranya MU terus keciciran mata.

Malang berganda buat United sebab Vidic dilayangkan kad merah diakhir perlawanan yang menyaksikan beliau akan terlepas peluang untuk beraksi di Anfield pada hari Ahad ni. Rio Ferdinand pun tak fit lagi, so, siapa nak jadi central defence? Johny Evans dan Chris Smalling? Kalau takde pilihan lain, mungkin jugak John O'Shea dan Wes Brown pun boleh. Even Darren Fletcher dan Micheal Carrick pun boleh disumbat kat situ. Tak ye pun, panggil je reserve player yang memang main posisi tuh.

MU bermain dengan baik kat Stamford Bridge tuh, cuma peluang-peluang yang diperolehi tak disudahkan dengan sempurna. Paling menyerlah, Edwin Van der Sar, Evra dan Nani. Tu pun Van der Sar tak banyak diuji. Fernando Torres pun sekali lagi mengukuhkan dakwaan yang beliau kemungkinan besar menjadi seorang lagi Shevchenko. Dia patut stay kat Liverpool. Mungkin penyokong LFC pun dah tak nak terima player macam dia balik. Lagipun sekarang ni Luis Suarez pun dah nampak boleh menyesuaikan diri dengan pasukan baru dia. Tu belum lagi Andy Carroll start main untuk LFC. Tunggu je la kemunculan dia hari Ahad ni kot masa lawan MU.

MU ada baki lagi 10 game untuk season ni. MU la paling banyak game mencabar dengan team yang power kalau nak dibandingkan dengan team pencabar EPL yang lain. Selain dari lawan LFC hari Ahad ni, MU nak kena ke Emirates pulak lawan Arsenal dan jugak menunggu Chelsea datang ke Old Trafford pulak. Tu belum kira lagi team mid-table yang boleh buat kejutan.

Thrill betul nak habiskan season EPL ni. Hopefully MU will do better in the remaining games and competitions.

~ Kitam's Extraordinary Experiences ~

Alhamdulillah! Adik bongsu aku dah selamat balik rumah dan dapat makan KFC dan nasi dengan lauk yang proper. Menjalani kehidupan normal setelah diduga selama sehari menjalani kehidupan yang sukar. Allah nak uji Yip tuh. Harap bersabar ye Yip & Zura.

Makan sebungkus nasi putih dengan seekor ikan kering dan dikongsi bersama 2 lagi hamba Allah. Tidur tanpa beralaskan tilam empuk dan bantal serta selimutless. Menutupi badan hanya dengan uniform rasmi dengan seluar pendek yang labuhnya elok-elok je menutupi lutut untuk membolehkan ibadah solat diteruskan seperti biasa. Bertandaskan pulak open air toilet tanpa dinding, cukup untuk melindungi separuh badan ke bawah dari menjadi tatapan 'kawan-kawan' sebilik yang agak ramai. Mungkin bermacam-macam bau menusuk hidung. Ditemani pulak oleh 'kawan-kawan' yang tak dikenali dan entah apa latar belakang diorang semua dan yang pasti menggerunkan kepala otak dan hati, atas sebab apa mereka berada bersama Kitam di situ? Adakah mereka juga adalah mangsa atau pemangsa?

Banyak nak update tapi, tunggu mood dah ada baru boleh... tak pernah pulak time birthday boleh dull camni...

~ Hari Keputeraan Yang Ke XX ~


mobilephone?

a smartphone actually from my beloved wife!

jam dinding hadiah dari Aiman, Ammar dan Ayip!

to be continued...

9 comments:

Dwen Ihsan said...

byk pulok citer sadis n sedih entry kali ni jah..sabau je la

happy birthday!

ainilazwa said...

happy birthday kelly!

meowwmania said...

RIP Bubut....

btw, birthday u ke? then hepi birthday!!

Kelly Chantek said...

thank you Jah!!

thank you Ainil!!

Kelly Chantek said...

mm

a'a. birthday 'boy' arini... :)

Bubut... my wife yang kasi nama dia. sib baik arituh sempat cium dan usap dia banyak kali... walaupun sekejap..

miss_L said...

Hepi belated birthday! :D

Uhuks sadis pulak tapi pasal Bubut. Huhu paham rase terkilan tu..Haritu kucing family saye pon "pergi" mase sy jauh dari die..

Kelly Chantek said...

Miss L

ni pengalaman pertama saya kucing saya terpaksa 'ditidurkan', dah la saya takda kat situ pulak.

asyik terbayang saat2 akhir lepas di suntik... harap2 Bubut teringat kat saya masa dia dah mula mamai2 nak ke syurga tuh...

*tak leh citer dah...*

BUNGA said...

sedihnya baca cerita pasal bubut tu.. saya yg baca ni pun rasa nak nangis :(

apapun, happy blated bday.. Semoga dipanjangkan umur dalam iman dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah.. Amin :)

Kelly Chantek said...

terima kasih Bunga.

Amin. Same goes to you and family kat Nott. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...