Thursday, March 31, 2011

Annual Leave 5

Assalamualaikum

Aktiviti di hari cuti;
  1. hantar dan amik wifey kat office
  2. collect parking sticker kat maintenance office
  3. bayar installment housing loan
  4. amik Kaka kat Petcare
  5. tengok Just Go With It kat TGV 
Pagi ni tak pulak hujan. Kalau tak sure best sambung tidur! Nak gi beli 'sarapan besar McD' pun tak jadi tadi sebab tengok que kat drive-thru counter sangat panjang. Tak pe la. Next time la!

Doctor kat Petcare pun dah call dah. Katanya, dia suspek Kaka ada problem dengan buah pinggang, sebab Kaka minum banyak dan pee pun banyak. Lain dari tuh ok la, kecuali ada sikit lagi luka kat atas mata yang perlu disapu ubat setiap hari.

Pukul 1245hrs aku dah sampai depan office wifey to pick her up for our date today! Lepas tu, tak sempat habis satu lagu hindustan kat tv pun, kitorang dah sampai kat parking Wangsa Walk Mall. Bila pergi TGV, rupanya, show Just Go With It paling awal ialah 1220hrs. Next show is 1450hrs! Ok la, on je la.

Memandangkan masa still banyak lagi terluang, kitorang grabbed our lunch kat Popeyes! Hmmm bestnya coleslaw kat situ... yummy! Lepas lunch singgah surau for Zuhur and then terus ke TGV, beli popcorn, dan masuk hall 5, sama je masa tengok The Eagle hari Ahad lepas.
poster from Google
Aku malas nak kasi sinopsis cerita ni. Ke nak kasi jugak sikit? Ok sikit je la. Citer ni genre romantik komedi pasal seorang plastic surgeon (Adam Sandler) yang almost getting married tapi tak jadi kawin. Apa sebabnya, sila la tengok kat panggung or kat DVD haram ye.

Citer ni memang la lawak la, kalau Adam Sandler berlakon memang aku suka la. Tapi citer ni macam agak tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak la.

Dah, tu je nak cakap pasal movie ni. Once again, BIG THANKS to Nuffnang & TGV!

Wednesday, March 30, 2011

Dah Lama Train Tak Sangkut

Assalamualaikum

Hari ni sampai office lambat gila gara-gara masalah teknikal yang dihadapi oleh Putra LRT di stesyen Abdullah Hukum; menurut pengumuman yang dibuat oleh staff RapidKL.

Train mula berhenti agak lama masa mengambil penumpang dekat Setiawangsa. Even adik yang praktikal/internship kat office aku pun sangkut jugak, satu tren dengan aku.

Sampai kat Jelatek, dah ramai orang keluar dari train bila pengumuman bitau yang train akan amik masa setengah jam untuk pulih seperti biasa. Aku keluar jugak la, tapi untuk duduk kat seat di platform tuh menghilangkan ponek dan longuh kaki.

Adik tuh approached aku, tanya nak naik cab ke tak ke office? Aku cakap, kalau dia nak naik cab, naik la, aku prefer tunggu train ni je. Ramai la jugak yang cari alternative lain untuk teruskan perjalanan. Adik tu turun ke bawah stesyen untuk amik cab. Dalam 5 minit lepas tuh, train dah start bergerak semula. Aku tunggu je la the next train sebab aku dah tak sempat nak berlari masuk dalam train yang mula-mula aku boarded tadi.

Bila train 2 coaches sampai, aku stand by depan pintu train tuh. Train tu stopped agak lama. Bila dengar je ting tong ting tong pintu nak tutup, gua secepat kilat cilok masuk dalam train, dan finally Putra LRT dah resumed it's normal service. Selamat duit aku dari kena naik cab!

Lunch tadi, for two days in a row, aku ziarah MZ Darulnaim lagi! Apa nak jadi la ni...ha ha ha. Janji makan best! Pulau Tikus still tak berniaga. Lama betul cuti diorang ni.

~ Nak Mudahkan Mencuci Bahagian Dalam Ketuhar Gelombang Mikro? ~

Okay, hari ni aku nak share satu tips untuk mencuci bahagian dalam ketuhar gelombang mikro atau nama glemer dia di bandar, Microwave! Tips ni diberi oleh kawan bloggerku  di Nottingham, UK iaitu Cik Bunga. Sila la click blog Bunga ni dan semoga semua readers mendapat manfaat darinya.

To Bunga, terima kasih sekali lagi!

Tuesday, March 29, 2011

Pneumonoultramicroscopicsilicovolcanoconiosis

Assalamualaikum

Hari ni kita belajar satu perkataan bahasa Inggeris ye readers, stalkers, friends and fellow bloggers!

Tajuk entry ni merupakan perkataan dalam Bahasa Inggeris yang paling panjang! Aku belum habis baca lagi definition word ni, tapi aku rasa ianya ada kaitan dengan sejenis penyakit la kalau ikutkan dari pangkal word ni.

Penat jugak aku nak menyebutnya, tapi memang tak boleh susah nak pronounce word ni dengan lancar. Memang hancus! Kalau zaman sekolah rendah dulu kena spelling session dengan teacher yang ajar English ni mau meletup kepala budak-budak sekolah ni kot.

Siapa yang gatal created this 45-letter word ni? Ha, kalau menurut Encik Wiki, perkataan ni direka oleh Everett M. Smith pada tahun 1935.

Jom lembutkan lidah practise sebut word ni. Ha ha ha...

Sunday, March 27, 2011

The Eagle

Assalamualaikum

Petang semalam all the way dari Pajam, kitorang singgah TGV Wangsa Walk Mall to watch this movie. Courtesy of Nuffnang and TGV! BIG Thanks to you guys... again for a remarkable 2011 birthday treat.

Sebenarnya aku takde la planned nak tengok The Eagle ni. Tapi masa sampai TGV tu dah pun pukul 1510hrs. Cerita paling menarik yang aku nampak ialah The Eagle ni la. Wifey ikut je la. Show started at 1620hrs. Sementara nak menunggu show tuh, kitorang lepak kejap kat A&W.
movie poster from Google
Sesiapa yang suka cerita perang lawan pedang zaman dulu kala ni boleh la tengok cerita camni. Kisah seorang pahlawan Rome, Marcus Aquila (The Eagle in Latin) yang datang ke bahagian utara kepulauan Britain untuk mencari dan mendapatkan semula Eagle Golden Emblem yang menjadi kebanggaan tentera Ninth Legion yang dipimpin oleh ayahnya.

Tentera yang dipimpin oleh ayahnya tuh seramai 5000 orang telah hilang di kawasan pergunungan Scotland. Marcus dan hamba abdinya, Esca yang juga merupakan musuh tentera Rom telah masuk ke bahagian Utara Britain tu melalui Hadrian's Wall, sempadan yang memisahkan Britain dari kawasan yang dikuasai tentera Rome dengan kawasan yang dikuasai oleh puak penentang yang ganas dan sangat brutal; Seal Tribes.
Dari apa yang aku duk godek-godek kat google, Seal Tribes ni menggunakan bahasa Scottish Gaelic dalam perbualan diorang. Hmm, so, kena la belajar bahasa puak Seal ni kot kalau nak tengok citer ni. Aku dengar pun macam pelik. Macam bahasa Arab campur bahasa Hindi pun ada gak. Tapi, menurut sumber dari Encik Wiki, Scottish Gaelic ni ialah bahasa yang dituturkan di Scotland dan juga Nova Scotia, Canada.

Friday, March 25, 2011

MZ Darulnaim, Chow Kit

Assalamualaikum

Hmm, hari ni, atas hasutan 2 brader kat office ni, aku dan Sani dah terjebak dengan kegilaan makan tengahari kat port yang baru first time aku dan Sani terjah ni! It's Kelantanese food's heaven!

Masa kitorang sampai kat depan kedai ni, aku tengok dari luar nampak macam biasa je. Tapi bila aku dah masuk dalam kedai, terus macam tergamam dan macam kena culture shock yang agak gila kucing! Mana taknya, dengan manusia yang ramai, lauk-pauk macam bergelimpangan kat atas meja dan dalam pepiring yang dah siap disusun baeeeeeek punya. Serious aku macam panic kejap!

Aku dan Sani cari dulu table Encik Beruang dan Encik Jingga. Dah jumpa diorang, terkejut aku tengok meja diorang yang bersepah dengan pinggan dan piring lauk, nampak macam 3 atau 4 orang yang makan, padahal 2 orang je! Lepas tu baru la aku dan Sani pergi usha dan amik nasi dan lauk-pauk. Aku pun tak tahu camne flow untuk makan kat sini. Tapi bila tengok Sani amik je nasi yang diorang dah letak dalam pinggan tuh dan terus amik memana lauk yang berkenan, aku pun ikut je la.

Aku amik nasi sepinggan, sepiring budu yang dah dicampur dengan durian, petai sepiring, ayam percik dan order teh 'o' ais limau! Bila dah sampai kat meja kitorang, memang makin penuh la meja tuh dengan plate yang baru sampai ni. Brader 2 orang tuh pulak boleh tambah lagi solok lada sepiring dan ikan bakar lagi 2 ekor! Lepas tu si Jeffry mintak pulak gulai kawah semangkuk.

Dah la, aku dah malas nak cerita banyak, at the end of our lunch session, ni la hasilnya...
bersepah makan macam pinggan mangkuk kat sinki!!!
Semua kat dalam gambar kat atas ni for RM60 untuk 3 perut lembu dan 1 perut beruang asia! Bukan beruang kutub! Kalau tak sebab nak gi solat Jumaat, aku rasa memang lagi lama kitorang duk situ dan kedarah desert pulak. Ni semua Jeffry dan Arman belanja. Thank you guys! Memang berbaloi!

Kitorang gi solat Jumaat kat Masjid Pakistan nearby. Berjemur kejap macam mat saleh dari tempat hyper winter baru jumpa matahari! Khutbahnya aku dengar macam dalam bahasa Arab. Orang kata masjid ni khutbahnya dalam bahasa Urdu.

Lepas solat Jumaat, kitorang went for desert kat tempat yang sama. Kali ni aku belasah bubur pulut durian dan sirap limau. Perghhhh... puas hati la makan bubur pulut durian neh! Kalau wife tahu or baca entry ni, sure dia jealous dan nak makan jugak kat sini. Tapi darling, pulut-pulut ni kan anje takleh makan kan? Nanti semput.

Ikutkan hati macam nak je tapau bubur pulut durian tuh, tapi kang takut berbau pulak satu office, kang ngamuk pulak MD aku tuh. Chow dari situ, aku dan Sani singgah sitibeng untuk melangsaikan sebahagian hutang piutang dengan senang hati dan terus balik office dengan perut kenyang dan hati senang! 
MZ Darulnaim tuh bertanda X dalam gambar ni
Verdict:  
  • Location       6/10 (3'10'01.90"N 101'42'05.04"E)
  • Taste         7.5/10
  • Price            7/10
  • Cleanliness   5/10
Memang nak pergi lagi ooo...

Cari la MZ Darulnaim tuh kat Lorong Haji Hussein 2, Chow Kit, KL, berhadapan dengan Bangunan Darul Zakah. Selamat mencari dan menjamu selera...

Korang boleh jugak tengok dan baca pasal MZ Darulnaim ni kat blog Food4Thot dan jugak Eyriqazz.com! Credits to both of them for their very interesting post, not to mention gambar-gambar yang sangat membuka selera!

~ Sekinchan (Sinchan) Ikan Bakar ~

Lepas balik keje dan jumpa wifey, dia cakap dia nak dinner kat Sinchan. Aku on je la dengan idea bernas tu, lagipun kitorang memang belum pernah try lagi kat situ. Selama ni dengar orang cakap je pasal tempat ni. Malam ni baru kitorang akan tahu kebenarannya. 
nasib baik sempat amik gambar ulam ni
Tak tahu la sebab lapar sangat ke apa kan, aku sempat amik 2 gambar ni je. Gambar ikan merah dan sotong bakar tuh tak sempat nak diambil sebab perut kitorang dah cilok bendalah tu terlebih dahulu. Even gambar plate kosong pun tak sempat nak amik! 

Sebelum ni, officemate wifey cakap, Sinchan ni memang la best, the negative side tempat ni ialah tempoh masa menunggu pesanan yang agak lama dan harganya yang agak mahal. Dan dari pengalaman pertama aku ni, aku rasa tang harga tuh memang betul mahal. Waktu menunggu tuh bergantung kepada jumlah customer kot. Sebab masa kitorang sampai tuh, memang tak ramai orang lagi. Jadi tak la lama sangat tunggu order sampai.

  1. nasi 3 pinggan
  2. 2 gelas air buah
  3. ulam-ulaman
  4. ikan merah bakar
  5. sotong bakar
Semua kat atas ni berjumlah RM48.50! Mahal la jugak kan. Takpe la, sekali sekala boleh la. Bayangkan dengan jumlah ni, 2 orang makan kat MZ Darulnaim tuh, apa agaknya yang kitorang boleh makan? Ha ha...

Verdict;

  • Location       8/10
  • Taste            7/10
  • Price          5.5/10
  • Cleanliness    8/10

Wednesday, March 23, 2011

Annual Leave 4

Assalamualaikum 

Hari ni aku terpaksa ambil cuti! Ada urgent matters yang perlu diselesaikan ASAP!

Wifey pulak tak sihat, nasib baik aku pun cuti. Kitorang pergi la ke klinik. Ramai la pulak orang yang tak sihat. Kebetulan pulak, colleague wifey; Lau pun ada jugak kat klinik tuh.

Lepas amik ubat, kitorang gi tapau lunch kat tepi balai polis. Sampai rumah, terus ngadap lunch. Aku pergi PPZ untuk tunaikan kewajipan aku dan jugak on behalf wifey. Alhamdulillah. Lega hati ni, bayar la lebih sikit untuk cover tahun-tahun yang aku tak sedar diri tuh!

Settle kat PPZ, aku cari vet kat area Wangsa Melawati, nampak la satu klinik ni, tapi, macam 'mati segan hidup tak mahu'. Memang takde orang, nak masuk pun kena tekan door bell dulu. Aku pergi la tekan, tapi takde orang keluar pun bukakkan pintu untuk aku. Malas nak buang masa kat situ, aku chow ke rumah Fama, fed Lucy and Ronaldo. Missy tak kelihatan. Hmm, membohsiakan diri la tuh sejak kena rogol dengan Ronaldo agaknya.

Aku lepaskan Kaka dari sangkar. Biar dia exercise sikit sebelum aku bawak dia pergi Petcare. Lepas tu aku perasan kepala Kaka dah bengkak kat atas mata sebelah kiri. Even mata kiri Kaka pun aku dah tak nampak, terlindung dengan selaput daging/darah.  Perggh, lagi la aku panik! Dengan segera aku masukkan Kaka dalam carrier dan zasss ke Melawati! Sepanjang dalam perjalanan ke vet tuh, Kaka rileks je, maybe penat ataupun sakit!

Sampai Petcare, orang pun tak ramai. Lepas register, tunggu kejap dan sempat kenal dengan sekor anak anjing berumur 2 bulan, Tiger namanya. Cute dan nampak baik sangat. Owner dia Chinese. Tiger datang untuk first vaccine. Rumah Tiger ni dekat dengan rumah Uncle Kamarudin kat Jalan Lee Woon.

Lepas tu Kaka dipanggil mengadap. Staff yang treat Kaka tuh kenal Kaka masa ayah aku bawak Kaka few weeks ago. Aku cakap la Kaka still ada flu sebab antibiotic yang diorang bagi hari tu pun tak dimakan. Bila aku tunjukkan bengkak kat dahi Kaka tuh, vet tu tekan kat tempat bengkak tu pelan-pelan. Dia cakap, lembut je tempat bengkak tuh. Mungkin nanah katanya.

Then dia amik syringe, inject dan sedut keluar cecair bewarna merah bercampur kekuningan. Sah! Memang nanah! Kaka duk diam jer. Nasib baik dia tak bertindakbalas! Dah la kukunya panjang, dan frame dia pun besar. Sekali dia jadi aggresif, memang bercalar la tangan sesiapa yang dekat dengan dia. Vet tu amik jarum dan cucuk kat tempat bengkak tuh untuk buat lubang kecik supaya senang dia nak tekan keluar semua nanah yang ada.

Bila dia tekan je tempat bengkak tuh, memang tersembur keluar lagi banyak nanah dari dahi Kaka tuh. Baunya pun memang busuk dan hanyir. Kaka still relaks. Masa ni vet tu kena panggil assistant dia untuk pegang Kaka, dan termasuk la aku sekali. Nanah dan darah ada jugak keluar dari bahagian hujung atas mata kiri Kaka, mungkin lubang dari luka asal kot. Vet tu cakap bengkak tu mungkin disebabkan oleh bisul. Apa-apa je la, janji nanah dan luka tuh dapat dibersihkan ASAP. Lega hati rasanya bila aku nampak mata sebelah kiri Kaka dah mula kembali normal selepas nanah dan darah tu dipicit keluar.

Vet tu sapu sket ubat mata dan kasi 2 injections. Aku cakap kat vet tuh aku nak tinggalkan Kaka kat situ until dia betul-betul sembuh dari flu tuh. Kalau bawak balik nanti, susah jugak sebab takde orang nak monitor dan bagi dia makan ubat. Lain la kalau aku tinggal sebumbung dengan memeow tuh semua. Petcare charged RM25/hari untuk hospitalization tuh termasuk makan minum poo-poo tapi EXCLUDING ubat-ubatan la. Takpa la, selagi mampu, aku akan bayar. Biar la sampai tahap berhutang tuh! Yang penting meow sihat dan kembali ceria.

Masa timbang Kaka tuh, aku tengok beratnya memang dah susut. Dah tinggal 4.9kgs je. Vet tu pun cakap dulu Kaka lebih dari 5kgs. Ye la, makan pun tak selera. Minum je banyak. Tapi vet tu cakap jugak, keadaan Kaka memang dah nampak much improvement compared to the last time ayah aku bawak dia ke Petcare ni. Alhamdulillah!

Lepas tinggalkan Kaka kat ward tu, aku keluar dari Petcare dan nak chow. Kat luar Petcare tuh, ada la 2 ekor meows tengah melepak dan salah sekornya baru je lepas makan pet food yang Petcare sediakan kat depan pintu kedai diorang, specially for stray cats la tu kot. Good job Petcare!

Lagi sekor tengah port kat bawah pokok dalam pasu depan Petcare tuh. Aku pun sempat la bertanya khabar dan gosok-gosok minah ni. Comel dan bersih je. Dan tak malu untuk bergambar kucingnya.



Aku balik semula ke Gombak untuk bersihkan kawasan rumah dari dedaun manggis tu, dan jugak basuh bekas makanan meow. Bila semua dah clear dan puas hati, aku fed Lucy lagi sekali. Si Ronaldo dan Missy memang tak kelihatan. Merayap la tu. Memang nak kena spay la neh 2-2 ekor tuh.

Lepas Asar aku pergi Jusco. Hilang sikit risau pasal Kaka tuh, jadi tetiba pulak mood nak shopping untuk bahan-bahan makanan kat rumah. Nasib baik tak penuh troli aku sambar. Marinated lamb, salmon, vitagen, roti, salad etc. Perghhh...sakan! Bila dah bayar, aku checked balik receipt tu, nampak lain macam jer. Ahh..balik je la.

Sampai rumah, lepas 2 round angkat barang, rileks jap. Pastu wifey tanya kambiang dan salmon tu nak makan untuk dinner ke? Aku cakap terpulang la, kalau anje larat nak buat malam ni, masak la. Kalau anje tak larat, esok-esok pun boleh. Pastu wifey nak masak jugak untuk dinner malam tu. He he he..bestnya kambiang!!!

Lepas maghrib aku teringat pulak nak check receipt mega shopping tadi. Ish, macam ada terlebih bayar je ni. Aku kira 2-3 kali jugak la. Hmm, memang betul pun. Cashier tuh dah terlebih punched vitagen aku. Aku angkut 3 beg, dia punched 4! Aku dah terlebih bayar RM7 lebih. Kena pergi balik ke Jusco malam ni jugak.

Sementara wifey nak prepare dinner best tu, aku pergi la ke Jusco semula. Nasib baik la segalanya berjalan lancar. Diorang cancelled earlier payment dan re punched barang-barang aku yang betul. Lepas tu aku ke  rumah Fama semula to feed Lucy and the rest. Tapi Lucy je yang setia menunggu dan bermanja-manja dengan aku. Aku bukak satu tin Tuna yang baru. Biar dia makan lebih banyak. Mana pergi la budak 2 ekor tu agaknya.

Pukul 2130hrs, aku bukak rancangan Bersamamu TV3. Bukan senang nak tengok aku tunggu rancangan kat TV3 ni. Malam ni aku nak tengok sangat sebab kali ni diorang buat liputan pasal stray cats yang tiada penjagaan dan pembelaan. Credits to TV3! Patut siarkan lebih banyak rancangan-rancangan yang melibatkan kebajikan binatang-binatang comel ni supaya dapat mendidik masyarakat dan pencinta haiwan tentang cara-cara menguruskan haiwan peliharaan dengan lebih baik.

Rancangan Bersamamu tadi pun mendedahkan kepada masyarakat peranan SPCA yang mengambil dan menjaga kucing-kucing terbiar ni. Memang nampak kucing-kucing jalanan ni nampak lebih selamat dan terjaga berada di SPCA daripada berada di luar. Bagus jugak ada slot yang diorang tunjuk proses memandulkan kucing terbiar tu. Sekurang-kurangnya, kucing jalanan tuh nanti takde la beranak pinak dan anak-anaknya nanti tak la jadi mangsa penganiayaan dan mati dilanggar kenderaan.

Sedih pulak aku tengok kucing-kucing ni duduk kat SPCA. Memang best bila tengok diekor semua macam happy je duk ramai-ramai dan tak gaduh. Makan sama-sama. Tidur sama-sama. Tapi macam Zakiah Anas cakap tadi, diekor bukan setakat nak makan, minum dan bermain, tapi diekor jugak memerlukan belaian dan kasih sayang dari mereka yang sanggup berkongsi kasih dengan mereka.  

So, kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak atau baru mula nak membela kucing, tak perlu la cari kucing-kucing kat petshop yang sangat mahal harganya tuh. Cari je stray cats, bersihkan, mandikan, hantar gi vet semua dan jagalah dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Kucing jalanan pun berhak hidup dan mendapat kasih sayang dari manusia!

*Update*


Ku tak jadi ke Singapore sebabnya, menurut wifey, staff  Jepun tak jadi datang (ditangguhkan) akibat dari gempa bumi dan tsunami yang melanda negara diorang. Event kat Singapore tuh pun terpaksa la ditangguhkan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. 


Frust la jugak sebab tak dapat menikmati pemandangan negara sekutu US dan Israel yang bersih tu, menurut kata kawan-kawan yang dah selalu ke sana la. Aku memang belum pernah sampai ke Singapore tuh.


Bila la agaknya Malaysia...err tak yah berangan Malaysia la, bila la KL ni boleh jadi bersih macam Singapore kan? Penguatkuasa undang-undang kat Singapore mungkin jauh lebih baik dari Malaysia kot, sebab tu rakyat dan pelancong pun jadi lebih berdisiplin. Kat sini, biasala, semua orang dah maklum, sekali ketuk, baru buat. Pastu berhibernasi untuk beberapa lama sebelum start bekerja semula. 


Hidup rasuah!!! Ha ha ha...

Saturday, March 19, 2011

Sabtu Yang Sibuk!

Assalamualaikum

Malam tadi masa balik dari dinner kat Hayaki Kopitiam, aku ada terdengar ngiauan seekor kitten kat parking  rumah aku. Aku cuba gak jenguk-jenguk kot ada ternampak kucing yang bising tuh. Tapi hampeh, takda, mungkin tersorok kat mana-mana kot. 

Pagi ni pulak, bila balik dari rumah Fama lepas uruskan memeow kat sana, aku terdengar lagi ngiauan semalam. Kali ni aku usha lebih sket dan hasilnya, kat gambar bawah ni. 
satu lagi kes pembuangan bayi yang tak dilaporkan
Actually masa aku jumpa budak ni, dia kat atas lantai depan pintu fire exit. Memang berisiko tinggi untuk dipijak ataupun digilis kereta sebab saiznya yang kecik, mata pun belum bukak. Dia mengiau kuat sangat. Sedih aku tengok dia sebab mesti dia sejuk dan lapar dari semalam. Mana la mummy dia ni? Ke orang buang dia? Atau terjatuh dari dalam enjin kereta? Wallahualam.

Aku angkat dia sambil try looking for her mother nearby. Tapi memang takda pun. Aku bawak dia ke rumah aku, wifey dah kelam-kabut sebab geli dengan makhluk kecik yang cute ni. Bila aku dah gosok-gosok dan peluk budak ni, baru la nampak dia comfortable sket, dan kurang la bising tuh. Aku agak umur dia tak sampai lagi seminggu. Mungkin sebaya dengan anak Lucy?

Sekarang aku pulak yang gabra sebab aku pun tak pernah jumpa anak kucing yang masih menyusu dan belum bukak mata ditinggalkan camni. Bukak peti ais, ada susu Dutch Lady Full Cream, aku basahkan jari aku dengan susu tu dan letakkan kat mulut kitten tuh. Nampak tak berjaya. Wifey pulak amik glove getah, potong bahagian hujung jari glove tu, isikan susu tadi, kononnya sebagai artificial breast to feed this unfortunate cute kitty. Pun tak berhasil. 

Last resort, aku teringat yang Lucy masih dalam pantang dan menyusukan babynya. "Kita mintak tolong Lucy jadi ibu susu budak ni!"Wifey pun cakap ok. Kitorang segera bersiap, dan terus ke rumah Fama semula. Aku bawak kotak untuk isi budak tu (gambar atas ni la). Susu 'Wanita Belanda' (lain je bunyi...) tu pun aku bawak jugak. 

Wifey drove, aku pegang kitty tuh.

Sampai je kat Fama's, Lucy, Ronaldo dan Missy dah mula tak senang duduk bila terdengar ada baby kitten nangis. Lucy la yang paling tak tentu arah. Aku pun musykil mana pergi anak-anak dia yang 5 ekor tuh? Aku letak kitten tuh kat depan Lucy, dia cium dan try to recognize dan check kitten tu kot. Nasib baik dia tak marah kitten tuh. Alhamdulillah. Macam berhasil je plan ni. 

Aku ambik botol susu untuk meow, isikan susu tadi dan suakan ke mulut kitten tuh, mula-mula nampak macam ok je, tapi rupa-rupanya kitten tu tak pandai lagi minum dari botol susu. Aku betul-betul harap sangat Lucy boleh tolong aku kali ni. Dah mati akal dah ni. Kalau bawak pergi vet, boleh ke diorang terima untuk boarding meow sekecik ni?

Aku letakkan kitten bersama kotak tu kat garaj dan akhirnya Lucy pun terus masuk dalam kotak tuh, jilat-jilat kitten tuh dan kitten tu pun terus dapatkan apa yang dia nak dari malam tadi. Susu ibu! Alhamdulillah sekali lagi! Selesai satu masalah!
Lepas tu kitorang ke Shah Alam untuk service kereta. Kali ni premium service. Maka costnya pun agak premium la.

Bila masuk Federal Highway je, terus traffic sangkut cam dalam gambar ni dari depan Stesyen LRT Universiti sampai la exit LDP a.k.a Jambatan Pulau Pinang! Biasala tu jammed kat sini kalau kat Federal Highway! 

Sampai kat Shah Alam, singgah jap kat Medan Selera Seksyen 11 beli nasi ayam  dan soto di warung Pak Mal untuk Mak, Nana, Ridzuan dan kitorang lunch.

Aku singgah kejap je hantar barang kat atas rumah, sebelum turun balik untuk pergi service center. Dapat jugak jumpa Teh Alissa (Teh Cap Masjid) dan Daniel Tam versi lepas dimandulkan! Memang sihat walafiat dan manja macam biasa! Cattyjah pun nampak sihat je. Patut dimandulkan jugak la si Catty tuh. Kang kalau dibiarkan kelak dia akan membohsiakan dirinya. 
Sebelum pergi ke service center ni, wifey dah called diorang lebih awal to confirm yang diorang boleh terima kereta untuk buat premium service petang ni. Kelvin of service center tu cakap boleh datang by 1500hrs! Aku sampai situ dalam pukul 1445hrs. Service bakal amik masa yang agak lama, most probably sampai jam 1730hrs!

Macam biasa, naik kat lounge dan dihidangkan dengan white coffe dan 6 keping biskut mary yang bukan dibuat oleh mary! Sesambil update blog dengan available WiFi kat situ.  
pusara Arwah Ayahnda . Al-Fatihah!
Dah settle bayar MYR333 lebih, aku chow dan singgah di kubur kejap untuk bersihkan kubur arwah bapa mertuaku. Kayu penghadang memang dah reput dengan tahap kritikal. Lupa pulak nak ziarah pusara arwah Pak Ngah dan Mak Uda di tanah perkuburan yang sama! Lagipun aku tengah rushing, belum solat asar lagi masa ni.
kitorang dah sunat dah!!! hooray!!!
Sampai rumah, solat, pastu late lunch. Dan main dengan budak-budak dalam gambar kat atas ni! Bestnya dapat jumpa diekor! Bestnya dapat balik Shah Alam dihatiku! Cuma tak sempat pergi beli goreng pisang kat seberang jalan tu je.

Mak dengan Nana bertolak ke NS dekat pukul 1900hrs. Ridzuan pulak ada kelas simulatornya kat Subang. Aku dengan wifey bertolak balik ke Gombak lepas maghrib! Malam ni ada EPL Manchester United vs Bolton Wanderers pukul 2255hrs!

Masa sampai kat Fama's, lega hati tengok kitten tuh boleh get along dengan ibu susunya yang baru!

Friday, March 18, 2011

Hello Nuffies & Nuffnang!!!

Assalamualaikum

Pagi ni aku keluar rumah dengan semangat yang berkobar-kobar, bukan semangat nak pergi kerja, tapi semangat nak pergi ke Nuffnang! Mission aritu belum accomplish!

Aku sampai Stesyen Dang Wangi dalam pukul 0850hrs. Pastu macam 2 hari lepas, untuk memenuhkan perut dan mengisi masa sebelum office Nuffnang dibuka kepada Nuffnangers, aku lepak la sambil breakfast kat kedai/restoren tepi sungai dan tepi jambatan tu. Menu breakfast aku untuk hari ni, lebih kurang sama la macam hari Rabu tu, roti telur bawang instead of roti telur with teh tarik!
tapak kaki aku dah melekat kat Nuff Foot Print Wall!
Sambil breakfast sempat la jugak bukak netbook ni untuk tengok result UEFA punya result. Hmm, City and LFC out of Europe! See what i mean with money can't buy success or trophies!!! Ni aku tujukan kat Noisy Neighbor la, bukan LFC ok!

Dalam kul 0920hrs camtu ternampak sorang Nuffie lalu kat depan restoren tu untuk ke office Nuff la. Aku pun cecepat habiskan breakfast, tutup netbook, bayar MYR2.70 dan terus ke Heritage House dengan penuh semangat sampai hidung pun kembang kempis sebab excited nak amik tickets!

Sampai kat lobby tuh, mula-mula control macho dan ayu sket sebab ramai orang tengah tunggu lif. Dari dressing dan attire diorang yang sempoi tuh, aku agak la diorang ni mesti Nuffie kot! Pastu aku usha nama-nama company yang registered kat building tuh, nampak la Nuffnang Sdn Bhd kat tingkat 12B. Ok, confirmed betul kali ni! Terus aku naik lif ke floor berkenaan.
dah penuh dengan collage dah!!!
Sampai kat level 12B tuh, aku nampak la pintu kayu ke office Nuff ni. Mak ai! Sempoinya, takde receptionist punya desk pun. Aku tekan loceng, tolak pintu, terus nampak 2 Nuffies tengah rilek je makan nasi lemak. Aku perasan semua Nuffie dalam tuh tak pakai kasut pun kat dalam office! Wooo, bestnya macam ni. Takde pulak bau kaki busuk. Ok je...

Aku berdiri tercegat je kat situ, pastu cakap kat Nuffie tuh,"Hi, i'm here to collect my TGV movie tickets!"

Pastu Nuffie tu suruh another Nuffie yang tengah buat kerja layan aku. Dia mintak email address aku dan bagi aku 4 tiket TGV kat dalam gambar bawah ni. Lepas sign kat dan amik tiket aku pun cakap kat Nuffie yang bagi tiket tuh,"Oh, i have something for your foot print wall!"

Aku pun keluarkan kaki aku dari beg tu dan bagi kat Nuffie yang kasi aku TGV tickets tu. Lagi sorang Nuffie tu macam teruja or buat-buat teruja bila tengok foot print aku yang betul-betul saiz sebenar kaki aku tuh.

Lepas kasi foot print tuh, aku pun siap-siap nak chow until one of the Nuffies tu tanya aku,"Would you like to take a photo? (of the foot print)" Aku macam blur beberapa detik yang tak sampai dalam 3 saat. Pastu aku pun responsed,"Aa, ok, why not?"
ni la habuan aku! Thanks Nuffnang! Thanks Thara!
Lantas (perghhh..word tak ingat punya!!!) aku pun bukak la balik kasut aku, dan dengan cover line sket bukak sock aku yang dah berlubang tuh. Hopefully all Nuffies tak nampak or else diorang kena kasi aku hadiah stokin la pulak lepas ni...ha ha ha. 

Macam yang aku tengok dalam website Nuffnang dan one of the Nuffie's blog sebelum ni, office Nuff memang sempoi dan macam bukan office! 2 gambar wall yang penuh dengan collage kat atas tu la yang aku berjaya snapped. Lupa pulak nak amik gambar Nuffies tengah bekerja (makan, surfing hingga kerut-kerut dahi, Facebooking, Tweeting and IMing)

Dah settle urusan aku kat Nuff, dengan berat kaki aku pun melangkah keluar dari office Nuff dan jalan kaki semula ke Stesyen Dang Wangi. All i can say to all Nuffies at Nuffnang...

YOU GUYS DID A GREAT JOB, AND THANK YOU SO MUCH FOR SURPRISING ME WITH THE TICKETS!!!

It's something big for a low-profile blogger like me to have this honor! Especially from Nuffnang and TGV!

~ Pehal Dengan Papan Tanda Ni? ~

On the way nak ke office aku sempat snapped gambar ni kat tepi jalan. Actually aku perasan kelainan pada sign board ni memang dah lama dah! (ikut cara Che Det cakap) Cuma baru pagi ni aku sempat merakamkannya. 
apa yang pelik dengan sign board neh? sapa tahu angkat tangan!!!
Perlu ke aku hantar gambar ni ke The Star's Thumbnail Column? Hari tuh aku hantar gambar iklan Celcom tuh pun ntah publish ke tak. Macam malas je nak hantar gambar ni. Korang tengok la apa yang tak kena dengan sign board ni ye!

~ Lunch At Kampung Baru ~
nak apa lagi mamat? gua dah kasi ikan kerisi goreng gua kat lu kan? 
Lunch hari ni, aku pekena nasi campur kat Kampung Baru. Belasah ulam raja, budu dan ikan kerisi goreng yang best! Tapi ikan kerisi tuh bukan aku sorang je la makan. Ada 2 makhluk lain yang share dengan aku. Salah satunya, tu ha, gambar kat atas ni la. Sempat lagi dia cakar tangan aku sebelum aku kasi dia ikan kerisi goreng tuh. Nasib baik tak berdarah!

Sebab dia naughty, aku tak kasi kepala ikan kerisi tuh kat dia, aku kasi kat sekor lagi meow, kucing betina. Siap pesan kat meow betina tuh supaya bawak kepala ikan goreng tuh jauh-jauh so that mamat dalam gambar ni takleh kacau or cilok kepala ikan tuh. 

Lalu meow betina tuh memang bawak kepala ikan tuh jauh dari meja aku, ada la port dia tu.

Happynya aku sebab Nuffnang ni...

Thursday, March 17, 2011

Restoren Mulia @ Pulau Tikus

Assalamualaikum

Hari ni lunch kat salah satu regular places, Pulau Tikus! Nama macam la takda nama lain kan? Sure ramai readers kat area KL yang tahu tempat ni kot? Kalau tak tahu, tengok la earth view kat bawah entry ni yer. 
Muka dah kenyang makan gulai ayam
Ni gambar budak yang share gulai ayam gua hari ni. Memang dia yang makan ayam tu lebih banyak dari aku. Mula-mula aku bagi dia kulit ayam je, dia makan ok je. Pastu dia mintak lagi, aku bagi lagi kulit ayam, dia hidu-hidu, pastu dia teringat kulit ayam ni banyak kolestrol kot. Dia tak makan dah. 

Dia cakap kat aku," kau makan la bro kulit ayam tuh. Ingat aku tak jaga kesihatan ke? Mentang-mentang aar aku ni kucing jalanan kau kasi aku makanan yang tak menyihatkan ek!"

Maka aku pun cubit la sikit demi sedikit isi ayam tuh untuk mamat comel ni. Sampai la tinggal tulang dan kulit jer. Sebelum kasi dia makan isi ayam tuh, aku hisap dulu sisa-sisa pedas gulai tuh, kot-kot dia ni jenis kucing yang tak makan pedas. Ada ke kucing yang suka makan pedas-pedas?
dah kenyang tidur aa bro!!! apa lagi nak buat kan?
Dah habis makan, aku lepak-lepak la dengan kroni-kroni sambil sambil usha mamat yang dah kekenyangan ni tidur. Suka aku tengok dia kenyang. Sempat la jugak aku gosok-gosok kepala dia sebelum dia tertidur tuh.

Bila dia dah tertidur baru la nampak lagi 2 ekor meow lain sampai kat situ. Aku pun dah habis makan, korang mintak la dengan orang lain pulak yer.
Almost macam-macam ada during lunch!
Kat Restoren Mulia ni, banyak jugak la pilihan makanan yang available masa lunch. Nasi campur, nasi ayam, yong tau foo, satay, kerang bakar etc. Memang ramai manusia lunch kat situ. Selain dari staff Celcom dan Perkeso, manusia dari planet lain pun pergi lunch kat situ jugak, termasuk la aku yang officenya kat hujung galaksi bima sakti ni.

Restoren ni dibuka sampai la malam, tak sure pukul berapa diorang tutup. Hari Jumaat lunch time pun aku rasa diorang ni tak berniaga kot. Bagus! Menghormati penghulu segala hari. Hari Ahad pun diorang tutup jugak. Sila la singgah kalau nak tau ok ke tak lunch kat sini.

Oo lagi satu, kalau nak ke restoren ni, naik motor lagi senang sebab takde proper parking space untuk kereta dan kenderaan lain. Lagipun, lokasinya kat tepi main road. Boleh la parking sesuka hati tapi kalau JPJ dan PDRM saman nanti, sendiri tanggung la.

Chow! Dan selamat menjamu selera!

Wednesday, March 16, 2011

Mana Nuffnang Office Ni?

Assalamualaikum
my foot print to Nuff's wall
Di pagi yang dingin dan sejuk ni, aku text Zali bitau dia aku lambat masuk office hari ni. Sebab? Aku tak nyatakan kat dalam mesej aku tuh.

Mana aku nak pergi? Interview? Breakfast? Tak...
tengok la aku punya foot track arrow kuning tuh dari Stesyen Dang Wangi, pastu balik semula ke stesyen lrt tuh...hampa.
Biasanya aku turun kat KLCC, tapi pagi ni aku turun kat Dang Wangi! Sebabnya aku nak pergi ke Nuffnang's office. Ni la first time aku turun kat Stesyen Dang Wangi waktu pagi. Tak la ramai sangat manusia yang turun kat stesyen ni kalau nak compare dengan stesyen-stesyen dalam golden triangle yang lain. 

Aku sampai kat Dang Wangi tu agak awal. Since Nuffnang's office bukak pukul 0900hrs, aku pun lepak la dulu pekena breakfast kat kedai di tepi sungai yang betul-betul kat tangga jambatan tuh. Hujan-hujan ni layan la roti telur dengan teh tarik. Nervous la pulak nak gi Nuffnang ni.
dah sampai office balik baru la teringat nak copy address Nuffnang ni!
Yang tak bestnya, aku tak tahu exact address office Nuffnang ni. Aku tahu lokasinya kat Jalan Yap Ah Shak je. Tingkat berapa, nombor berapa alamatnya aku lupa nak salin aritu. Lepas breakfast yang cool tuh, aku gamble je la jalan ke Jalan Yap Ah Shak tu dengan harapan ada signboard besar bertulis Nuffnang Sdn Bhd kat luar premis sepanjang jalan tersebut.

Tapi hasilnya hampeh! Tak nampak pape pun. Aku dah start minor panic dah ni. Aiseh! Takkan nak balik tangan kosong kot? Penat turun kat Dang Wangi ni.

Aku keep on walking, (sila tengok arrow dan line kuning dalam gambar google earth tuh). Pastu aku patah balik bila aku rasa macam tak jumpa tempat yang aku cari tuh. Ish!!! Fail la lu bro pagi ni! Aku jalan ke arah Jalan Sultan Ismail pastu lalu depan Bangunan Bank Pembangunan dan jugak SME Bank. Aku ingat nak jalan kaki je ke office aku, tapi memandangkan cuaca pun tak berapa cute pagi ni, aku decided nak naik train ke KLCC.

Masa nak turun escalator ke underground station Dang Wangi tuh, aku terserempak dengan sorang Nuffie. Nak je aku naik balik dan follow je dia sampai office Nuffnang. Tapi aku takut dah lambat sangat pulak aku masuk office. Mana la tau kang lama pulak aku terlepak kat office Nuffnang tu nanti.

Dekat pukul 1030hrs jugak la kot aku sampai office. Aku memang kena amik that stuff by this Friday so that boleh la aku utilized this weekend ataupun bila-bila la by end of this month!

~ Man United 2 Olympic Marseille 1 ~ 

Man United berjaya ke peringkat suku akhir liga juara-juara Eropah selepas 2 gol dari Javier Hernandez berjaya menamatkan cabaran satu-satunya wakil dari Perancis. Wes Brown tertanduk masuk ke gol sendiri pada minit-minit akhir perlawanan.

Gol sendiri tu menaikkan semangat Marseille yang bertungkus-lumus untuk mencari gol kedua untuk melayakkan mereka ke suku akhir berdasarkan away goals rule. Tetapi Man United survived the scare dan buat musim kelima berturut-turut, layak ke peringkat suku akhir.

Suku akhir nanti Man United bakal berjumpa dengan siapa? Ha kena la tunggu bila peringkat last 16 ni berakhir. Harap-harap masa tu semua player yang injured dah boleh main balik. 

Saturday, March 12, 2011

Meow Kurang Selera Makan...

Assalamualaikum

Ni la gambar anak-anak Puan Lucy. Aku snapped tengahari tadi.
alo comelnya, hopefully semua boleh survive dengan sihat!
Sekarang ni memeow kat rumah aku diserang virus. Kaka yang tengah recovering. Nampak lemah je badan. Dah 3 kali ayah aku bawak Kaka ke Petcare Vet Clinic kat Melawati. 

Sebelum pergi ke Gombak, aku singgah beli Smartheart wet food yang dalam tin 400 gram tuh. Ayah aku cakap semua meow dah takmo makan Blackwood dah. Hmm, heran pulak ni. Sebab apa ek? Messi a.k.a Missy dan Ronaldo yang sihat tu pun macam dah tak minat nak makan Blackwood. Apa kes ni ek? Kawan-kawan meow, please help and suggest apa nak kasi diekor ni semua makan? 

Aku risau jugak sebab Lucy baru lepas bersalin, Kaka tengah on medication, Messi dan Ronaldo je yang nampak betul-betul sihat. Macam mana nak tambahkan selera diekor ni makan? 

Cativity hari ni...
  • cuci telinga Kaka dan Lucy 
  • bagi Ronaldo dan Lucy makan Nutripet
  • cuci kondo Kaka
  • sembur Frontline kat Kaka dan Ronaldo
~ Wedding Guna & Nisha ~

smileeeeeee...ayok belum ready lagi
Dinner malam ni kitorang pergi kenduri kahwin office mate wifey. Kedua-dua pengantin baru ni kerja kat tempat yang sama. Semoga pasangan ini berbahagia ke anak cucu!
much better!
Majlis resepsi ni dibuat di Dewan Siti Hasmah, Rumah Puspanita, Jalan Hose, berhampiran dengan Dewan Bahasa & Puaka (Pustaka). Tetamu dan jemputan dihidangkan dengan nasi putih dan nasi beriyani baekkk punya. Sebab lauk kari kambiang...(kambing). Tapi sayangnya pedas sket kari kambing tuh. So aku pun makan sikit je la.

Yang paling best dan entertaining ialah bila 3 senior management tempat wifey bekerja dipelawa naik ke pentas untuk menari dengan pasangan mereka yang dipilih secara rawak oleh MC malam tuh. Maka meronggeng la boss-boss mat salleh dari US dan Mexico tuh kat atas stage. Light entertainment.

Friday, March 11, 2011

Powerful 8.9 Magnitude Earthquake And Tsunami Hits Japan (9.0 updated)

Assalamualaikum
dari siaran Bloomberg kat office aku
Satu lagi bala dari Allah. Semoga dapat pengikhtibaran. Aritu New Zealand, sekarang Jepun. Negara kita yang kat tengah-tengah ni pun diturunkan bala jugak. Cuma bentuknya saja yang berbeza. Mungkin wabak penyakit kot. Nauzubillah.
Allah masih sayangkan kita semua. Diberi peluang secukupnya untuk bertaubat dan berubah ke arah yang lebih baik. Cuma kita je yang nak ataupun tak nak. Nampak atau buat-buat tak nampak.
Video dan gambar boleh tengok kat The Sun UK.

Kesian kat binatang-binatang ternakan dan juga pet. Mungkin banyak yang tak sempat diselamatkan. Harap-harap semua orang dan jugak binatang ternakan dan peliharaan berjaya diselamatkan.

Facts
  1. Gegaran berlaku pada 1446hrs local time di Tokyo atau 1246hrs di Kuala Lumpur.
  2. Lebih daripada 50 gegaran susulan berlaku selepas tu. Aku subscribe USGS punya email alert, inbox aku penuh dengan email aftershocks hari ni. (Start subscribe email dari USGS sejak tsunami Sumatera 2004)
  3. Angka korban? Belum dapat dipastikan. Kalau ikut NHK punya website setakat tengah malam tadi, dah confirmed lebih dari 100 nyawa melayang.
Sedikit tips sekiranya berlaku kejadian gempa bumi...
  1. Lari dan berkumpul di kawasan lapang sekiranya sempat
  2. Kalau rasa tak sempat keluar dari bangunan dan terperangkap, cari la port yang baik untuk berlindung, bawah meja ke
  3. pastikan handphone ada bersama anda, dan baterinya penuh la kan, tapi benda kalau nak jadi mana la kita tau kan? 
  4. capai mineral water ataupun sebotol air, ni kes kalau terperangkap dalam runtuhan, ada la air untuk diminum sebagai penyambung hidup kalau tak cedera parah!
Kalau ada tips lagi, sila la share yer, amat dialu-alukan!

(Updated! Earthquake measuring 9.0 at Richter Scale!) sila rujuk website USGS untuk update ni.


Selain dari website USGS, korang jugak boleh refer kat website Edinburgh Earth Observatory untuk prediction pasal gempa bumi dan perkara lain yang berkaitan dengannya.

~ Lucy Delivered 5 Kittens ~

Lucy telah selamat melahirkan 5 ekor baby tsunami. Semua kaler hitam itu menawan. Macam nak ganti tempat Bubut jer. 

Monday, March 7, 2011

Liverpool 3 Manchester United 1

Assalamualaikum

Ha ha ha! Kalah lagi, 2 in a row! Ni la game of the season. Memang berbaloi LFC dapat Luis Suarez. Pendapat aku la, LFC paling untung dalam January transfer market arituh. Dah la dapat 50 million pound jual player yang tak setia yang sampai sekarang tak score lagi tuh. Pastu dapat pulak beli 2 player macam Suarez dan Andy Carroll.

Cuma, yang tak bestnya, injuries to Nani. A really bad one. Jamie Carragher memang bernasib baik sebab tak dapat kad merah. Kalau dia kena red card, agak-agak resultnya macam semalam tak? :)

According to The Sun UK, Jamie Carragher pergi ke changing room MU untuk mintak maaf dengan Nani. Memang patut pun. Rasanya Steven Gerrard pun patut minta maaf dari Nani sebab dia tolak Nani lepas Nani bangun nak tunjuk injuries kat kaki dia kepada referee. Aku rasa Stevie G ingat Nani berlakon sakit kot.

Takpe la, papehal pun, congrats to LFC. Semoga LFC will finish above Chelsea. Sebab, aku nak Fernando Torres menyesal tinggalkan LFC.

Pasal game semalam tuh, tak pe la MU kalah. Adat la kan. Kalau Rio and Vidic ada, mungkin resultnya lain kot? :)

Saturday, March 5, 2011

Titleless Saturday

Assalamualaikum

Planned nak pergi UPM Vet Clinic untuk settlekan bill Bubut dan ambik carrier yang ditinggalkan kat sana, tapi bila tengok dekat kad rawatan, clinic tu tak bukak hari ni dan jugak Ahad. Terbengkalai lagi satu kerja. Kena apply cuti during weekdays la nak collect carrier tuh.

Lepas settled water bill dan jugak quit rent, aku pergi Gombak untuk mengucingkan diri. Bersihkan kondo diekor sket. Bawak Ronaldo dan Kaka jenjalan kat luar kasi stretching sket. Bagi wet food sket. Cuci bekas makanan diekor. Lepas tu ternampak bantal tempat Bubut tidur... ???? Macam tak percaya dia dah pergi. Siapa yang sayang gila dengan kucing, memang akan rasa apa yang aku rasa. Ni yang malas nak update blog ni.

John Doe pun datang jugak, mintak aku hidangkan Blackwood. Aku bagi la. Aku cakap kat dia, Bubut dah takde. Kalau sebelum ni, John Doe ni la yang suka tunjuk lagak kat Bubut. Curi makanan Bubut. Bubut pun memang takut dan kecut perut tengok John Doe ni. Kalau John Doe kat luar pagar rumah nampak Bubut kat dalam kawasan rumah, John Doe akan sound Bubut. Bubut pulak bila kena sound dari luar pagar tuh, akan kelam-kabut lari menyelamatkan diri sampai la ke belakang rumah. Tu baru kena sound dari luar pagar. Belum John Doe masuk dalam kawasan pagar lagi. 

Tetiba pulak hujan petang ni. Alhamdulillah. Lepas uruskan memeow semua, aku gi gunting rambut. Dah rimas rambut panjang-panjang sangat. Susah nak jaga. Aku pergi kat barber yang sama macam the last time aku potong rambut. Best je lepas gunting rambut, dia sapu-sapu minyak kat kepala aku, pastu urut-urut bahu dan leher. Kali ni aku gunting lebih pendek. Biar lambat sket aku punya next visit to barber ni.

Dari kedai gunting, aku pergi beli nasi ayam dan jugak pisang untuk late lunch aku dengan wifey kat rumah yang tengah syok melayan drama Korea; Full House, lakonan Hujan. Lepas lunch tuh, aku layan Winning Eleven PS2 membelasah semua EPL dan Europe rivals. 

Malam pulak hantar wifey pergi urut tradisional dan jugak buat Beckham (bekam) angin. Bagus tau buat bekam ni. Baik untuk kesihatan kita. Aku pun belum pernah buat la. Lepas hantar wifey, aku gerak ke Citibank untuk bayar hutang piutang sebelum ke Gombak untuk lepak sementara menunggu wifey call to pick up. Sempat lagi jumpa John Doe yang datang mintak Blackwood lagi sekali. Lepas makan BW, sibuk pulak bermanja-manja menggesel-geselkan badan dia kat aku. Cheh! Bodek la ni. Nampak kurus sket si John Doe ni daripada keadaan dia sebelum ni.

Aku dan wifey dinner kat Restoren Addin, Medan Idaman, Gombak. Pekena roti telur bawang dengan teh tarik. Ramai gila manusia tengah lepak tengok game Arsenal vs Sunderland. Aku dan wifey pulak pakai t-shirt MU. Ha ha. Kembang hidung lalu kat tengah-tengah orang ramai tuh. The game ended with a draw. He he. Lepas ni nak tengok result Pekan Manusia (Man City) vs Wigan pulak!

Selamat malam semua...

Aku dah missed nak update satu event. Sebelum ke Gombak tuh, aku singgah pejabat pos Gombak untuk bayar bil IWK (bil berak!) dan juga saman trafik PDRM! Ramai la jugak orang nak lunaskan saman tuh. Dekat sejam jugak kot aku tunggu aku punya turn. Pejabat pos Gombak ni jugak akan dibuka esok hari untuk memudahkan orang ramai membayar saman tu. Aku pun sebenarnya baru semalam tahu Cik Kelly ada saman tertonggek sebanyak RM70 kerana menghalang lalu lintas pada 31 Julai 2006. Hmm, dah masuk dalam buku teks sejarah dah tuh... kenapa takde reminder untuk suruh bayar saman tuh ek selama ni? Wallahualam!

Aku dah bayar saman tuh. Lepas diskaun kena bayar RM30 je. Dateline 10 Mac ni, korang semua dah bayar ke?

Wednesday, March 2, 2011

Bubut Put To Rest...

Assalamualaikum

Hmm, beberapa hari ni banyak betul aktiviti dan adegan yang memeningkan berlaku.
  • Bubut sent to UPM Vet for further treatment.
  • Rumah Kitam dipecah masuk
  • Tourist kena ragut depan mata aku masa balik kerja
  • Someone's birthday
  • Man Utd robbed again...
  • Bubut terpaksa ditidurkan :(
  • Kitam kena ...
Aku pun tak tahu nak start yang mana satu.

~ Bubut ~
(2009 - 2 Mac 2011)

Menurut Papa, Bubut terpaksa ditidurkan pagi tadi setelah vet or doctor kat UPM cakap, virus yang menyerang Bubut ni boleh menjangkiti manusia. Hmm, mungkin sama macam Harun dulu kot... sporotricosis. Betul ke Bubut dah tak boleh diselamatkan ataupun diorang yang malas nak buat surgery tuh? Wallahualam.

Aku sedih tapi belum tergambar kan kesedihan tu kat sini? Pasrah je la. Aku reda dengan ketentuan ni, sekurang-kurangnya Bubut pun dah tak tersiksa. Tapi aku sangat terkilan sebab aku tak sempat jumpa dia buat kali terakhir. Aku assumed Bubut dah selamat menjalani pembedahan semalam. Jasad dia pun aku tak sempat nak tengok sebab aku memang tak boleh amik cuti hari ni dan jugak esok.

Hmm, mata pun dah start panas-panas dah ni. Masa hari istimewa ni pulak boleh dia pergi.

~ Chelsea 2 Man Utd 1 ~

Awal pagi tadi MU telah berjaya kalah buat kali ke 2 dalam EPL season ni setelah banyak kali bernasib baik untuk tak kalah. Dengan kekalahan ini, kedudukan MU di persada liga (persada konon...) agak tergugat dengan pasukan yang berpeluang untuk menjuarai liga mampu merapatkan jurang sekiranya MU terus keciciran mata.

Malang berganda buat United sebab Vidic dilayangkan kad merah diakhir perlawanan yang menyaksikan beliau akan terlepas peluang untuk beraksi di Anfield pada hari Ahad ni. Rio Ferdinand pun tak fit lagi, so, siapa nak jadi central defence? Johny Evans dan Chris Smalling? Kalau takde pilihan lain, mungkin jugak John O'Shea dan Wes Brown pun boleh. Even Darren Fletcher dan Micheal Carrick pun boleh disumbat kat situ. Tak ye pun, panggil je reserve player yang memang main posisi tuh.

MU bermain dengan baik kat Stamford Bridge tuh, cuma peluang-peluang yang diperolehi tak disudahkan dengan sempurna. Paling menyerlah, Edwin Van der Sar, Evra dan Nani. Tu pun Van der Sar tak banyak diuji. Fernando Torres pun sekali lagi mengukuhkan dakwaan yang beliau kemungkinan besar menjadi seorang lagi Shevchenko. Dia patut stay kat Liverpool. Mungkin penyokong LFC pun dah tak nak terima player macam dia balik. Lagipun sekarang ni Luis Suarez pun dah nampak boleh menyesuaikan diri dengan pasukan baru dia. Tu belum lagi Andy Carroll start main untuk LFC. Tunggu je la kemunculan dia hari Ahad ni kot masa lawan MU.

MU ada baki lagi 10 game untuk season ni. MU la paling banyak game mencabar dengan team yang power kalau nak dibandingkan dengan team pencabar EPL yang lain. Selain dari lawan LFC hari Ahad ni, MU nak kena ke Emirates pulak lawan Arsenal dan jugak menunggu Chelsea datang ke Old Trafford pulak. Tu belum kira lagi team mid-table yang boleh buat kejutan.

Thrill betul nak habiskan season EPL ni. Hopefully MU will do better in the remaining games and competitions.

~ Kitam's Extraordinary Experiences ~

Alhamdulillah! Adik bongsu aku dah selamat balik rumah dan dapat makan KFC dan nasi dengan lauk yang proper. Menjalani kehidupan normal setelah diduga selama sehari menjalani kehidupan yang sukar. Allah nak uji Yip tuh. Harap bersabar ye Yip & Zura.

Makan sebungkus nasi putih dengan seekor ikan kering dan dikongsi bersama 2 lagi hamba Allah. Tidur tanpa beralaskan tilam empuk dan bantal serta selimutless. Menutupi badan hanya dengan uniform rasmi dengan seluar pendek yang labuhnya elok-elok je menutupi lutut untuk membolehkan ibadah solat diteruskan seperti biasa. Bertandaskan pulak open air toilet tanpa dinding, cukup untuk melindungi separuh badan ke bawah dari menjadi tatapan 'kawan-kawan' sebilik yang agak ramai. Mungkin bermacam-macam bau menusuk hidung. Ditemani pulak oleh 'kawan-kawan' yang tak dikenali dan entah apa latar belakang diorang semua dan yang pasti menggerunkan kepala otak dan hati, atas sebab apa mereka berada bersama Kitam di situ? Adakah mereka juga adalah mangsa atau pemangsa?

Banyak nak update tapi, tunggu mood dah ada baru boleh... tak pernah pulak time birthday boleh dull camni...

~ Hari Keputeraan Yang Ke XX ~


mobilephone?

a smartphone actually from my beloved wife!

jam dinding hadiah dari Aiman, Ammar dan Ayip!

to be continued...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...