Kelly 3572

Sunday, February 13, 2011

Sunway Medical Centre

Assalamualaikum

Hari ni lepas mensettlekan urusan kucing mucing, aku visited abang aku yang terkena demam denggi kat Sunway Medical Centre. Ni la pertama kali aku sampai hospital ni. Cantik jugak hospital ni. Cuma agak jauh la kalau dari rumah aku. Kalau dari rumah abang aku kat Bandar Kinrara tuh memang kejap je boleh sampai, less than 10 minutes!
Haffiy, Hijaz, Harris. Kat belakang tu Hadif.
Oleh kerana aku tak pernah sampai ke hospital tuh dan faktor tak berapa familiar dengan area Bandar Sunway, maka aku pun pergi ke rumah abang aku dulu di BK5 dengan harapan Kitam or Kak Ima boleh tunjukkan jalan ke SMC tuh. Tapi Kak Ima dah pun ada kat wad, dan Kitam pulak lepak kejap je kat SMC tuh, kena rushing balik U10 sebab MiL dia nak datang.

Aku dah takde pilihan lain. GPS device pun aku takde. Handphone wifey ada la Garmin Mobile XT tuh, handphone aku ni takdok! Pastu abang aku called aku, dia cakap Hadif tahu jalan ke SMC sebab hospital ni dekat je dengan sekolah diorang. So, anak-anak buah kesayangan aku la yang bakal jadi navigator aku petang ni. 
semua tengah syok layan game kat iPhone umi atas sofabed SMC
Semua excited nak pergi tengok abah diorang. 4 orang nak ikut, Hijaz je takleh ikut. Stay dengan makcik kat rumah. Aku yang agak kelaparan hari ni syok pulak melayan cucur udang and teh tarik yang makcik buat sementara menunggu hero-hero mandi dan bersiap. 

Dalam pukul 1800hrs camtu, aku bawak la Hadif, Haris, Haffiy dan Hamza naik Kelly ke SMC. 3 orang navigator aku. Confident la sket kan. Bagus betul anak-anak buah aku ni. 
Hamza posing sure nak tunjuk peace sign ni
Abang aku nampak macam agak sihat la. Platelet count pun dah  improved. Cuma nampak macam sakit akibat liquid antibiotic yang dimasukkan kat tangan tuh je. Macam tak berapa selesa je aku tengok. Teringat pulak time aku warded kat Ampang Puteri last October.
Aku bawak anak-anak buah aku balik ke BK5 lepas solat maghrib. Hujan agak lebat masa aku nak balik tuh. Jalan pulak jammed. Nasib baik la ada hero-hero ni yang buatkan aku tak mengantuk. 

Sampai BK5, dropped diorang semua dan aku pun cepat-cepat gerak ke Gombak pulak untuk dinner dan bagi Bubut makan antibiotic untuk kali ke 2 hari ni. Sebelum sampai Gombak, singgah kedai kejap untuk beli stok telur dan pisang rastali yang mama boleh makan. Tu pun pisang favorite aku jugak tuh! Hmm, memang best la pisang tuh.

Lepas bagi Bubut makan ubat, aku dinner dengan penuh selera dan kekenyangan sampai la the moment typing entry ni. Ha ha!!!

To my brother and Bubut, get well soon! Amin!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...