Thursday, February 17, 2011

Sesat Dalam Rumah

Sesat Dalam Rumah

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu.

Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.

Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.

Menurut sumber, ketika suspek memecah masuk rumah berkenaan, kediaman itu kosong kerana mangsa yang hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu keluar berniaga.

“Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1,700.

“Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, lima minit kemudian sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan lelaki terbabit yang memberitahu dia bingung kerana tidak dapat keluar dari rumah berkenaan kerana tidak menjumpai jalan keluar selepas memasukinya. “Siasatan awal mendapati, suspek yang gagal keluar dari rumah mangsa sebenarnya melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an.

“Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang,” katanya.

Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah.

p/s

Aku rasa tuan rumah yang jadi mangsa ni memang dah baca dan amalkan ayat pendinding untuk memagari rumahnya dari orang-orang yang berniat tidak baik. Ni bukan pertama kali aku baca berita macam ni. Sebelum ni pun memang dah ramai jugak penyangak yang terkena. Ada yang berenang-renang kat ruang tamu masa tuan rumah balik sebab penyangak tuh nampak seluruh kawasan dalam rumah dipenuhi air.

Marilah sama-sama kita beramal dan berusaha mengikuti ajaran Islam sepenuhnya. Cari la guru-guru agama yang baik untuk mengajar ayat-ayat pendinding dari Al-Quran. InsyaAllah.

4 comments:

meowwmania said...

betul tu! slalu dgr cerita mcm ni dari atuk kerap berlaku pd zaman dulu nampaknya hingga sekarang masih diamalkan

bagus kalau belajar ilmu pagar rumah ni kan...

Kelly Chantek said...

ye betul! memang wajib diamalkan segala ilmu yang baik tuh. Kalau google ayat pendinding ni pun boleh. Tapi lebih baik ada guru or ustaz yang ajarkan la.. :)

Dwen Ihsan said...

APA ayat2 tu ya? bole share ke?

Kelly Chantek said...

click je la...

gonggros tul.

biasanya ayatul Kursi, Bismillah 6, 4 kul la kot. Tapi caranya tu yang nak kena cari...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...