Sunday, February 20, 2011

Pelawat Baru Dan FA Cup 5th Round!

Assalamualaikum

Bangun tidur pagi tadi ada terdengar mak aku cakap ada pendatang baru kat rumah ni. Ni jenis datang mengendeng mintak makan dan jugak nak ngorat la ni. Dari apa yang mak aku cakap, kucing jantan ni memang macho, most probably mempunyai profession sebagai cat-walk model kot.
no camera please!!!
Aku yang still mengantuk sebab tidur lambat malam tadi pun terasa macam agak excited nak jumpa mamat yang dikatakan itu. Pastu aku ada terdengar ayah aku pulak borak dengan Kitam pasal kucing yang tengah glamour tu. Bila aku keluar dari bilik, aku nampak Kitam tengah melayan mamat dalam gambar ni. Dan inilah dia mamat yang glamour tuh rupanya.
adoii..gua lemah betul bab-bab posing ni..
Baik dan jinak orangnya (kucingnya). Memang house cat type la ni. Comel pun comel. Patut la FAMA tak habis-habis cakap pasal dia ni. Hmm, aku rasa aku nak panggil dia ni Awang. Rileks je dia lepak dalam rumah. Sebenarnya gambar yang aku snapped ni ialah masa kali kedua Awang ni masuk dalam rumah. Sebelum tu, dia dah masuk untuk breakfast. Mentang-mentang la meow-meow aku yang lain duduk dalam kondo, berani betul Awang ni tiba-tiba je merampas kuasa. 
bro please don't focus kat perut gua bro!!! tolong aa..
John Doe pun dah tak kelihatan. Pastu ada lagi sekor mamat colour kelabu yang datang makan dan jugak usha Mary, awek John Doe tuh. Aku tak sempat nak amik gambar si kelabu tuh. Tinggi betul saham si Mary tuh. Bukan setakat John Doe, Awang dan kelabu je yang usha, ada pulak lagi sekor kucing hitam yang turut mencuba nasib untuk menekel Mary. Tu belum consider Kaka, Ronaldo dan Bubut lagi tuh. Entah-entah 3 ekor anak jantan tu pun menaruh hati dan perasaan jugak dengan si Mary tuh. 
bro make sure gambar ni masuk dalam blog lu ok!
Oleh kerana Awang ni sangat jinak, aku tak melepaskan peluang untuk mengerjakan budak mata biru ni sepuas-puasnya. Habis t-shirt hitam aku penuh dengan bulu Awang. Hai Awang, kau ni kucing sapa la ye? Memang aku tak pernah tengok kau pun sebelum ni. Dah habis mengerjakan Awang, aku lepaskan dia keluar, nak tengok mata dia pergi. 
brader ni asyik follow aku je...pehal???
  
stress gue!!!

dah la bro, gua nak chow dulu, nak gi pasar jap!
Other kucing mucing activities today...

Beli wet food untuk Bubut dan anti odor spray at OTK.
Spray kondo dengan anti odor.
Cuci tempat Bubut tidur.
Spray FrontLine kat Kaka, Missy dan Ronaldo
Sapu ubat kurap kat Missy!

~Manchester United 1 Crawley Town 0~

Wes Brown menjadi hero dan penyelamat kepada Red Devils of Manchester selepas captain United semalam menanduk masuk bola hantaran Darron Gibson. 9,000 penyokong kelab bukan liga tuh hampir-hampir menyaksikan pasukan mereka membuat kejutan untuk memaksa perlawanan ulangan di tempat mereka selepas Crawley Town mengasak kubu United bertubi-tubi di separuh masa kedua.

United turun dengan 9 perubahan dalam barisan yang menewaskan City minggu lepas. Mungkin sebab MU nak buat persediaan untuk Champions League awal pagi Khamis nanti. Wayne Rooney dan Darren Fletcher jadi sub. Yang lain semua bukan regular first 11. Defender malam tadi Rafael, O'Shea, Brown dan Fabio. 

Rafael, Fabio dan Anderson semua injured. Diorang semua keluar lepas separuh masa kedua. Ketiga-tiga tuh main memang agak baik la kalau aku nak compared dengan yang lain. Yang paling aku frust memang la dengan Bebe. Macam sangat tak berbaloi MU beli mahal-mahal. Setakat ni memang performance dia agak jauh dari standard MU yang biasa. Dia kena bekerja lebih keras kalau nak stay lama kat Old Trafford!

Obertan pun tak berapa power. Rooney pulak nampak angin je semalam sebab kurang supply dari winger macam Nani selalu buat tuh. Hernandez pun kurang menyerlah. Macam ni la kalau MU main without Evra, Ferdinand, Vidic, Giggs, Nani, Berbatov, Scholes dan Rooney dalam starting line-up.

Tak sabar nak tengok Antonio Valencia main balik lepas injured bulan September dulu. 

Rival, Chelsea, kalah kepada Everton 4-3 dalam penentuan melalui sepakan penalti selepas diorang seri 1-1 selepas 120 minit bermain. Buang masa Chelsea je. Dah la guna semua 1st eleven. Main 120 minit, pastu hari Selasa ni nak lawan Champions League pulak. Lebih parah, kalah pulak kat Stamford Bridge. Lepas ni nak tengok sapa pulak Chelsea nak beli.

2 comments:

miss_L said...

Huh..macho la mamat sekor ni. Nampak selambe dek je die kat rmh org huhu

Kelly Chantek said...

memang dia perasan macho. tapi memang macho pun. mata pun biru.. sekali dia kenyit mata kat kucing betina, sure cair aaah kucing tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...