Saturday, February 5, 2011

Ops Angkut 2

Assalamualaikum

Sepertimana yang telah dirancang, hari ni, satu lagi ops angkut akan berlaku. Ops kali ni lebih brutal dan mengandungi unsur-unsur keganasan luarbiasa yang lebih hebat daripada Ops Angkut 1. Ini disebabkan oleh jarak pemindahan yang agak jauh, kira-kira 60km dari lokasi asal di Shah Alam ke NS. Dan jugak faktor nak mengangkut barang-barang turun dari tingkat 3 ke bawah. Kalau ada lif, mungkin la boleh tahan lagi. He he.
destinasi yang dituju
Rumah ni sebenarnya dah lama siap. Cuma menanti waktu yang sesuai je untuk pindah. Cuti CNY ni la yang dirasakan paling sesuai sebab jumlah cutinya yang agak panjang bila dah dicampur dengan hujung minggu dan cuti  Hari Wilayah.
lori 3 tan untuk hari ini
Lepas ni, dah takde lagi goreng pisang yang best di petang hari. Takde lagi kemeriahan kompleks PKNS di hujung minggu dan ketika bulan Ramadhan dan sales ketika nak sambut Aidilfitri. Takde lagi hypermarket yang boleh dipilih sesuka hati bila nak shopping. Tiada lagi nak servis kereta di Seksyen 27 tuh. Cattyjah, Daniel Tam, Teh Alissa dan adiknya yang baru lahir pun belum diketahui lagi apa dan bagaimana nasibnya nanti sebab kemungkinan besar kehadiran mereka mungkin tidak dapat diterima. 

I'm gonna missed all that. 
Tambah nostalgik lagi, Shah Alam, terutama sekali Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan tempat di mana aku dan wifey dinikahkan oleh arwah bapa mertuaku. Dan dari aku form 1 lagi, dan sejak pertama kali aku kenal dan tahu kewujudan Shah Alam, aku dah jatuh cinta dengan tempat ni dan berharap suatu hari nanti, aku akan menetap, bermastautin ataupun beristerikan dengan orang dari kawasan ini. Dan Alhamdulillah, impian aku terlaksana. Dapat jugak aku merasa tinggal di Shah Alam, walaupun buat seketika. (Tiba-tiba emo la pulak! Hilang macho..kalau macho la...)
ruang tamu yang bakal ditinggalkan

tak banyak pun barang yang lori ni bawak sebab banyak dah angkut dengan kereta

aku yang sedih giler nak tinggalkan tempat ni! i love Shah Alam!!!
Gambar kat atas ni mengingatkan aku masa aku zaman bujang-bujang dulu. Time baru-baru nak tackle wifey. Balik dari kerja, aku tumpang kawan aku, kawan baik aku, Dwen, sampai la ke Shah Alam, pastu called wifey turun semata-mata nak kasi dia perfume Polo Ralph Lauren Blue yang still belum habis lagi sampai ke pagi tadi masa memunggah barang, wifey tunjuk botol perfume tuh kat aku. Kat kawasan parking dalam gambar kat atas ni la aku bagi wifey perfume tuh. Ish..terjiwang sekejap. Lepas bagi perfume, kelam kabut la aku balik KL dengan bas RapidKL.

Sweet memories! And much more to tell here.

selesai sudah Ops Angkut 2. Semoga takde lagi ops sebegini lepas ni...
Sebab tu la aku sayangkan Shah Alam ni sangat-sangat. Banyak memori indah antara aku dan wifey di situ. Even, pusara arwah bapa mertua aku pun kat sini. Bukan pusara arwah bapa mertua je, arwah Pak Ngah dan Mak Uda pun kat tanah perkuburan yang sama. 

Kalau dimurahkan rezeki, InsyaAllah aku nak beli property kat Shah Alam ni suatu hari nanti. Amin!

8 comments:

meowwmania said...

amin.... *tlg aminkan doa kamu :)

Kelly Chantek said...

tq Meowwmania

semoga berkat InsyaAllah!

Dwen Ihsan said...

glamer gak aku ye? selamat masuk umah baru ..bila nk buat kenduri masuk umah ni?

apa2 pun jah..shah alam mmg byk kenangan buat aku gak..lama berkelana aku ke shah alam tu..dh mcm jadi kampung kedua ku

MiJa said...

uncle,umah shah alam ni umah sapa???huhu x paham

Kelly Chantek said...

Dwen:

kau tak tahu lagi kau memang glemer tahap dol said? parti liar masuk rumah baru tuh kene tanya empunya nama dalam S&P..he he..

tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat memperolehi segulung diploma dan segulung ijazah..

itm di hatiku... nyanyi sket jah..

Kelly Chantek said...

mija

rumah kat Shah Alam ialah rumah ibu mertuaku.. :)

ada paham ka? :)

roydotcom said...

Tahniah Bro dah pindah rumah beso.. jauh tu... berulang ke KL la ni?

Kelly Chantek said...

@roydotcom

TQ bro!

FYI, bukan rumah den pun. rumah ibu mertuaku... :) den tumpang glemer jer..

Still duk KL la Rul, tak dapek la nak berulang alik ke KL dari sini tiap2 hari.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...