Monday, February 28, 2011

Lunch At Jalan Alor

Assalamualaikum

Hari ni kitorang pergi merompak duit sendiri kat bank (duit gaji la..), dan lepas tu terus pergi lunch kat Jalan Alor, mamak stall.
hek elle brader ni.. aku nak makan pun nak amik gambar jugak???
Aku dengan Sani je yang lunch kat situ arini. Biasanya, Jeffry dan Zali pun selalu lepak sini, tapi hari ni takde pulak.
brader.. gosok dan garu kat pangkal ekor gua sket lagi brader!!! sedap pulak brader garu..
Since diorang takde, aku dapat berkenalan dengan sorang mamat mana ntah. Mamat dalam gambar ni la. Apa nama ntah. Kacak jugak kucingnya. Cuma agak kurus. Apa la kerja mamat ni kan? Dah la merayau-rayau kat tempat yang panas dan tak senonoh!
brsder! gua kene chow ni, ada polis tengab buat operasi la!!!
Tapi yang penting, perut aku dan perut mamat ni kenyang. Aku shared ayam goreng aku dengan dia. Pastu aku angkat dia suruh duduk atas bangku merah ni. Tanya dia nak ice lemon tea ke tak? Dia mengiau cakap taknak.

Semoga berjumpa lagi on my next visit ke tempat ni.

2 comments:

meowwmania said...

alhamdulillah...berisi pewot mamat kelabu tuh, smoga murah rezeki tgn yg memberi amin...

Kelly Chantek said...

amin. thanks mm for the doa.

semoga murah rezeki tu beralih kepada bill surgery encik Bubut kat UPM punye vet nanti. Amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...