Kelly 3572

Tuesday, February 22, 2011

Kisah Mengambil Hard Disk Di Low Yat Dan Juga Roti Sedap Di Pasar Malam!!!

Assalamualaikum

Lunch time tadi aku menapak ke Low Yat Plaza untuk ambil balik external hard disk aku yang aku hantar ke service center lebih kurang sebulan lepas. Diorang sms aku semalam bitau yang hard disk tuh dah boleh diambil. Kebetulan Sani lunch dengan wife dia hari ni, aku pun decided to pick it up by today. 
Sampai je kat service center kat 3rd floor tuh, aku bagi warranty tuh dan terus diorang amik dan kasi aku hard disk dalam kotak. Tak sure pulak samada yang brand new ataupun yang lama tuh memang dah boleh digunakan selepas diorang repair. Aku belum test lagi la.

Hopefully everything's gonna be fine! Kalau ada problem jugak, hantar la balik ke situ kan.

~Muslim Homemade Mixed Bun~
Semalam lepas kerja, aku dengan wifey singgah kat Pasar Malam Setiawangsa untuk beli dinner. Tengah duk jalan-jalan cuci mata dan usha-usha, wifey ternampak la roti ni. Sebelum ni memang kitorang dah pernah beli, tapi aku lupa nak promote kat sini. Ha ni aku nak promote la ni.
Memandangkan zaman sekarang ni, kita susah betul nak cari product yang betul-betul made by Muslim, jadi aku rasa, tak salah kalau kita cuba product ni. Aku ingat, satu hari nanti, aku nak gi usha sendiri tempat dan orang yang buat roti ni. Nak puaskan hati. 

Kalau dari segi harga pulak, memang nampak agak mahal bagi aku la. Tapi yang penting bagi aku, bahan-bahan untuk membuat roti ni halal, bersih dan bermutu. Dan lagi baik, kalau lah orang yang terlibat dalam proses membuat roti ni pun menjaga solat lima waktu. Baru la orang yang memakannya pun dapat berkat sama. 

Kalau nak harapkan kedai orang Islam je, memang la banyak. Tapi kalau tuan empunya kedai, restoren dan sebagainya pun tak menjaga solat, agak-agaknya la kan, macamana status makanan, barang-barang yang diniagakan tu terhadap si pembeli? Musykil la...

Berniaga kat pasar malam tuh, majoritinya orang Islam. Berniaga dari lepas waktu Asar sampai la lepas Isyak. Bila masuk waktu solat, ada ke peniaga-peniaga pasar malam tutup sementara perniagaan diorang, pergi solat  dulu macam kat Mekah dan Madinah? Macam susah je nak nampak kan kalau kat Malaysia yang 'negara Islam' ni kan? Lagi kuat pasang muzik dari CD cetak rompak masa azan dilaungkan tuh ada la...ha ha!

6 comments:

Dwen Ihsan said...

KENAPA ngn ext hard disk tu?

meowwmania said...

mana nak dpt roti tu ekk... =]

Kelly Chantek said...

jah...

gue tak boleh xs aritu..sib baik tak banyak lagi movie, gambar dan lagu2 dangdut yang gue donlod...:p

Kelly Chantek said...

mm...

roti tu saya beli kat psar malam. tak sure diaorang ada hantar keluar kl ke tak.

mm try aa contact number kat label roti tuh. sedap gak. saya dan wifey dah mamam malam tadi. :)

miss_L said...

Saye pon pegi pasar mlm ni jgk pas keje kelmarin..ntah2 ade berselisih dgn anda berdua kekeke..saye beli bihun sup daging pedas..hmm selalu nampak bun nie..kat pasar mlm ari sabtu dpn jusco pon ade..tapi x penah lak tegerak nak try..

Kelly Chantek said...

miss L

lepas ni kalau jumpa roti ni, beli la yer... sedap tau.

tengok pakcik yang jual tuh pun macam boleh caya je kan? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...