Kelly 3572

Saturday, February 12, 2011

Another Tiring But Productive Saturday

Assalamualaikum

Hari Sabtu aku kali ni bermula di Pajam, rumah baru la ni. Malam tadi kitorang bertolak dari Setapak pun dah pukul 11 lebih. Malas nak balik the next morning sebab aku banyak urusan hari ni. Sebelum aku terlupa, jarak dari parking bay rumah kitorang sampai la ke depan Suria Residence tu adalah 64km. Dekat dua kali ganda jarak dari Setapak ke Seksyen 6 Shah Alam.
muka nervous dan tension dalam carrier
Aku balik ke KL dalam pukul 1000hrs sebab nak settlekan maintenance bill. Sebelum sampai rumah, aku sempat singgah ke vet kat Taman Melawati, saja nak tanya clinic diorang bukak sampai pukul berapa hari ni. Masa aku sampai kat situ, tak ramai orang yang hantar pet diorang ke clinic tu. Notis yang diorang tampal tu cakap, hari Sabtu clinic diorang beroperasi dari jam 0900hrs sampai jam 1600hrs. Weekdays pulak sampai pukul 1800hrs. Hari Ahad memang diorang tutup. Kedai pet tuh tak pasti la pulak bukak ke tak on Sunday.
cool sket atas treatment table
Dah usha vet tuh, aku balik rumah untuk bayar maintenance tuh. Pastu naik rumah kejap, rileks sket, takde la nak rushing sangat since vet tutup pukul 1600hrs. Lepas zuhur baru aku ke Gombak untuk ambil Bubut nak bawak ke vet. 

Sepanjang jalan ke vet tuh, memang bising gila mulut Bubut ni. Maklum la nervous dan jakun sebab tak pernah naik kereta kot. Penat jugak nak pujuk dia suh diam. Bising je sampai la depan kedai pet tuh baru la dia cool down sket sebelum mencakar-cakar carrier tuh. 

Petang ni ramai pulak pet owner yang datang bawak pet diorang visit vet. Terpaksa la aku dan Bubut tunggu agak lama. Bila dah sampai turn kitorang masuk treatment room, baru la Bubut lega sebab dapat keluar dari carrier tuh. Luka-luka kat badan Bubut tuh mungkin akibat pergaduhan di kelab malam kot. Menurut amoi yang treated Bubut, luka kat badan Bubut tuh dah ada fungal infection. 
Amoi tuh kasi Bubut anti-fungal pills and antibiotic untuk 2 minggu. Lepas 2 minggu, Bubut kena datang balik untuk check-up. Aku mintak amoi tuh kasi Bubut satu injection dan potongkan kuku Bubut. Amoi tuh pun suggested that Bubut diasingkan dari kroni-kroni lain sebab takut terjangkit dekat memeow lain. Manusia pun boleh dijangkiti oleh fungal tuh. 

Dah settled urusan Bubut, swiped la RM74. He he...

Consultation RM10
Injections     RM12
Tablets         RM47
Nail Clip      RM5

Last time aku bawak Kaka datang sini, student UPM tuh tak charged pun untuk potongkan kuku Kaka. Tu Kaka tuh lagi gedabak dari Bubut dan agak brutal. Amoi ni memang saja je nak charge lebih ni ek? Takpe la, sekali-sekala datang vet. Semoga Bubut cepat sembuh. Aku terasa macam fungal kat Bubut ni sama dengan fungal yang the late Harun infected dulu. Sedih pulak teringat Harun yang cool tuh.
ni kucing Kak Nurul, macam karpet kan? 
Sampai Gombak, dah hujan pulak. Aku transfer Bubut ke dalam rumah Adenab Arcing Kunab sebab AAK dah nak berhijrah ke Bandar Tasik Selatan. Sempat la aku cuci carrier tuh dulu sebelum lap sampai kering dan alas surat khabar lama untuk giliran Adenab pulak nak masuk dalam tuh. 

Bila dah nak bagi orang si Adenab ni, mula la timbul rasa sedih. Masa aku angkat Adenab dan masukkan dalam carrier tuh, sempat eye contact dengan Adenab. Hmm, memang sedih la. Mata Adenab yang bulat tuh macam berair je, macam nak nangis je. Sedih sebab dah nak bertukar owner. Padahal, aku bukan owner pun, aku cuma menumpangkan Adenab ni jer. Nak tak nak terpaksa la jugak hantar Adenab ni. Aku bawak sekali sebatang lobak merah untuk bekalan Adenab sepanjang perjalanan.
semoga Adenab bahagia di sini
Aku sampai kat rumah Kak Nurul dalam pukul 1720hrs. Terus bawak Adenab naik sekali. Keadaan kat rumah Kak Nurul macam biasalah happening dengan geng-geng kucing yang datang nak ambil bekalan Blackwood. Aku called Angah; officemate aku, cakap Adenab ada kat rumah Kak Nurul. Tak lama lepas tuh, dia pun datang dengan anak bongsunya.

Aku pun angkat la 24kg Blackwood tuh turun dan masukkan dalam perut Kelly. Angah dan anak dia turun bawak carrier Adenab untuk dihantar ke reban arnab dalam kebun kat depan apartment dia. Aku pun follow diorang ke kebun tuh untuk tengok Adenab buat kali terakhir. Ish, sedih lagi. Takpe, hopefully lepas ni kalau datang amik bekalan Blackwood ni boleh la ziarah Adenab ni sekali.
Adenab sedih kat right corner of the cage..isk isk
Hubby Angah dah ada 3 ekor arnab dalam sangkar tuh; 2 betina dan 1 jantan. Aku pun tak pasti Adenab ni apa jantinanya. Papepun, semoga Adenab hidup aman bahagia dengan kawan-kawan baru dia. Ye la, selama duduk kat Gombak, dia lone ranger. Berjiran pun dengan kucing-kucing kat sebelah kondo dia je. Goodbye Adenab. I'm gonna miss you and your cute lovely eyes.
ni la cat yang beriba dengan aku masa tengah makan
Lepas settle pasal arnab, aku jenguk-jenguk kebun Jai; hubby Angah ni la. Ada limau purut/nipis, ada bela ikan talapia merah. Hmm, menarik jugak, lepas ni kalau nak benda-benda ni, boleh la beli dari diorang. Lepas tu aku lepak kat gerai tomyam depan apartment tuh yang kebetulannya milik ipar Angah. Jai pun sampai kat gerai tuh jugak lepas beli makanan arnab. Kitorang lepak la kat gerai tuh sambil makan dan borak-borak. Hujan pulak agak lebat masa tuh.

Masa tengah makan tu, ada sekor meow kat gerai tuh datang naik atas riba aku. Aku shared la sket nasi goreng ikan masin yang aku tengah makan tuh. Jai belanja aku makan. Thank you bro! Jaga la Adenab tu dengan sebaik mungkin. 

Pukul 1830hrs aku pun bergerak balik ke Gombak. Pukul 2040hrs nanti nak ke Old Trafford pulak sebab ada derby match against noisy neighbour. Sampai Gombak je aku bagi Bubut makan whiskas dalam tin tuh yang dicampur dengan antibiotic dan anti-fungal. Get well ASAP Bubut!

~Manchester United 2 Manchester City 1~

Lepas ni City nak beli sapa pulak untuk kalahkan United? Dah berapa banyak pak arab mengong tuh spent semata-mata nak jadikan City kuasa baru bolasepak England. Hasilnya? Tak berapa nampak sangat pun selain dari player gempak bergaji tinggi yang diorang ada. 

Nani always a threat. Giggs memang still power walaupun dah berumur. Kreatif dan still laju larian dia. Tapi malam ni, Rooney memang outstanding! Gol dia memang cantik dan tak dinafikan memang la susah overhead kick macam tu nak masuk. Kenkadang nasib jugak. Macam Rooney cakap lepas game ni, dalam 10 percubaan, 9 sure tak menjadi. 

Chris Smalling pun main dalam game penting ni. Harap-harap dia akan jadi defender yang lebih berani dan confident macam Vidic. 

Glory Glory Man United!!!

2 comments:

meowwmania said...

teruk ke luka si Bubut, dah ok tak dia?

Kelly Chantek said...

agak teruk. lambat bawak ke vet punya pasal la ni. lagi 2 minggu nak kena gi vet lagi. Risau jugak ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...