Monday, February 7, 2011

Akhirnya... Berjaya Jugak MU Kalah!

Assalamualaikum

He he, macam happy je kan? Padahal nak cover frust sebab kalah. Kalau kalah dengan mid table punya team ke, atau kalah dengan team yang power rangers ke takpe la jugak. Ni kalah dengan Wolves, the bottom team in Premier League at the moment.

Score goal punya la awal, tapi kali ni, MU dah habis minyak dah nak push the game like what they always did previously. Giggs pun main angin je, nasib baik referee tak kasi yellow card.

Pada pendapat aku la, punca kekalahan adalah Johny Evans. 2-2 goal Wolves tuh mungkin boleh dielakkan kalau Johny Evans lebih alert dengan player Wolves yang berkeliaran dalam kotak penalti tuh. Takpa la, dah kalah, terima je la. Semoga the whole team dapat pengajaran pahit dari kekalahan itu. Lain-lain faktor, Nani, Rooney dan Berbatov mensia-siakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Kalau tak, MU mungkin boleh mengekalkan rekod tanpa kalah tu. Dan ada satu kejadian yang agak kontroversi dalam kotak penalti Wolves bila bola terkena tangan defender Wolves tapi linesman tak nampak kot, dan referee pun play on je. Memang clear handball, mungkin la referee rasa kejadian tuh tak disengajakan kot. Takpe la. Tumpukan pada next home game against the noisy neighbour tuh.

Pasal rekod tanpa kalah tuh, aku rasa MU takde la beria-ia sangat nak mencabar rekod Arsenal tuh, newspaper je yang sibuk duk mengapi-apikan konon MU nak beat rekod tanpa kalah Arsenal tuh. Sekarang bila MU dah kalah, sekurang-kurangnya, release sket pressure on MU player to maintain unbeaten tuh kan.

Terkilan la jugak, bila time Arsenal unexpectedly draw dengan Newcastle lepas leading 4-0 during half-time, tup-tup boleh seri 4-4 at the end of the match. Ye la Arsenal reduced to 10 men, tapi takkan la takleh defend sampai bolos 4 kali? Ni la yang menunjukkan dalam bolasepak, apa saja boleh terjadi. Apa nak malu MU kalah dengan bottom team? Dalam FA Cup pun premier league team boleh je kalah dengan team dari lower league and division kan?

Chelsea vs Liverpool? Ha, aku suka sangat Torres kalah. Padan muka dia! Siap berangan nak score untuk Chelsea against his former club tuh. "I won't celebrate scoring!" Katanya sehari dua sebelum game tuh. Ha, tengok kesudahannya, score pun tidak! Kalah lagi tuh! Kat home ground plak tuh. Tu la padahnya bila tak setia, dah kene boo dengan diehard LFC supporter! Kalau dia maintain dengan LFC, dah boleh sama-sama the Reds to celebrate the victory. Dalam The Sun arini ada article pasal Torres dan menang ni, will he be another Shevchenko? Ada jugak kemungkinan tu kan...

Bagi aku la, kalau MU tak menang EPL, aku prefer Arsenal ataupun Liverpool ataupun Spurs to win it rather than teams yang beli kejuaraan itu.

Sekian ulasan dari bilik berita...

(suka la ni kenkawan yang anti MU ni tengok MU dah kalah ni...ha ha ha!)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...