Monday, February 28, 2011

Lunch At Jalan Alor

Assalamualaikum

Hari ni kitorang pergi merompak duit sendiri kat bank (duit gaji la..), dan lepas tu terus pergi lunch kat Jalan Alor, mamak stall.
hek elle brader ni.. aku nak makan pun nak amik gambar jugak???
Aku dengan Sani je yang lunch kat situ arini. Biasanya, Jeffry dan Zali pun selalu lepak sini, tapi hari ni takde pulak.
brader.. gosok dan garu kat pangkal ekor gua sket lagi brader!!! sedap pulak brader garu..
Since diorang takde, aku dapat berkenalan dengan sorang mamat mana ntah. Mamat dalam gambar ni la. Apa nama ntah. Kacak jugak kucingnya. Cuma agak kurus. Apa la kerja mamat ni kan? Dah la merayau-rayau kat tempat yang panas dan tak senonoh!
brsder! gua kene chow ni, ada polis tengab buat operasi la!!!
Tapi yang penting, perut aku dan perut mamat ni kenyang. Aku shared ayam goreng aku dengan dia. Pastu aku angkat dia suruh duduk atas bangku merah ni. Tanya dia nak ice lemon tea ke tak? Dia mengiau cakap taknak.

Semoga berjumpa lagi on my next visit ke tempat ni.

Friday, February 25, 2011

Pehal Dengan Mamat Ni?

Assalamualaikum

Sekarang tengah duk belek-belek The Sun, pastu terjumpa artikel menarik pasal budak dalam gambar kat bawah ni. Oscar namanya. Geram je tengok dia ni, gebu-gebu gitu.

 So, apa yang special sangat pasal Oscar ni?

Kalau nak tahu, baca la artikel tu kat sini.

Photos credit to The Sun UK.

Tuesday, February 22, 2011

Kisah Mengambil Hard Disk Di Low Yat Dan Juga Roti Sedap Di Pasar Malam!!!

Assalamualaikum

Lunch time tadi aku menapak ke Low Yat Plaza untuk ambil balik external hard disk aku yang aku hantar ke service center lebih kurang sebulan lepas. Diorang sms aku semalam bitau yang hard disk tuh dah boleh diambil. Kebetulan Sani lunch dengan wife dia hari ni, aku pun decided to pick it up by today. 
Sampai je kat service center kat 3rd floor tuh, aku bagi warranty tuh dan terus diorang amik dan kasi aku hard disk dalam kotak. Tak sure pulak samada yang brand new ataupun yang lama tuh memang dah boleh digunakan selepas diorang repair. Aku belum test lagi la.

Hopefully everything's gonna be fine! Kalau ada problem jugak, hantar la balik ke situ kan.

~Muslim Homemade Mixed Bun~
Semalam lepas kerja, aku dengan wifey singgah kat Pasar Malam Setiawangsa untuk beli dinner. Tengah duk jalan-jalan cuci mata dan usha-usha, wifey ternampak la roti ni. Sebelum ni memang kitorang dah pernah beli, tapi aku lupa nak promote kat sini. Ha ni aku nak promote la ni.
Memandangkan zaman sekarang ni, kita susah betul nak cari product yang betul-betul made by Muslim, jadi aku rasa, tak salah kalau kita cuba product ni. Aku ingat, satu hari nanti, aku nak gi usha sendiri tempat dan orang yang buat roti ni. Nak puaskan hati. 

Kalau dari segi harga pulak, memang nampak agak mahal bagi aku la. Tapi yang penting bagi aku, bahan-bahan untuk membuat roti ni halal, bersih dan bermutu. Dan lagi baik, kalau lah orang yang terlibat dalam proses membuat roti ni pun menjaga solat lima waktu. Baru la orang yang memakannya pun dapat berkat sama. 

Kalau nak harapkan kedai orang Islam je, memang la banyak. Tapi kalau tuan empunya kedai, restoren dan sebagainya pun tak menjaga solat, agak-agaknya la kan, macamana status makanan, barang-barang yang diniagakan tu terhadap si pembeli? Musykil la...

Berniaga kat pasar malam tuh, majoritinya orang Islam. Berniaga dari lepas waktu Asar sampai la lepas Isyak. Bila masuk waktu solat, ada ke peniaga-peniaga pasar malam tutup sementara perniagaan diorang, pergi solat  dulu macam kat Mekah dan Madinah? Macam susah je nak nampak kan kalau kat Malaysia yang 'negara Islam' ni kan? Lagi kuat pasang muzik dari CD cetak rompak masa azan dilaungkan tuh ada la...ha ha!

Monday, February 21, 2011

Macam Ni Pun Boleh Ke?

gua amik gambar ni dekat masjid Kampung Baru siang tadi
Assalamualaikum

On the way nak lunch tengahari tadi, aku ternampak iklan Celcom ni yang agak pelik dan lawak. Aku terus snapped, dan email kat The Star. Mana la tau dapat tarik perhatian pihak yang bertanggungjawab. Dan kalau murah rezeki, The Star bayar ke. Amin.

Apa la yang Celcom cuba buat ni? Kot ye pun nak tunjuk kreativiti, jangan la rojakkan bahasa tu kan. Ke dah terpengaruh, 1Malaysia 1Bahasa kot?

Dulu ada satu stesyen tv swatsa yang sibuk promosikan karnival anjuran diorang dengan bahasa rojak camni la jugak. Tapi sekarang, agaknya lepas kena tegur dengan pihak tertentu, terus dah guna bahasa yang betul.

Harap-harap Celcom dapat perbetulkan apa yang patut.

Sunday, February 20, 2011

Pelawat Baru Dan FA Cup 5th Round!

Assalamualaikum

Bangun tidur pagi tadi ada terdengar mak aku cakap ada pendatang baru kat rumah ni. Ni jenis datang mengendeng mintak makan dan jugak nak ngorat la ni. Dari apa yang mak aku cakap, kucing jantan ni memang macho, most probably mempunyai profession sebagai cat-walk model kot.
no camera please!!!
Aku yang still mengantuk sebab tidur lambat malam tadi pun terasa macam agak excited nak jumpa mamat yang dikatakan itu. Pastu aku ada terdengar ayah aku pulak borak dengan Kitam pasal kucing yang tengah glamour tu. Bila aku keluar dari bilik, aku nampak Kitam tengah melayan mamat dalam gambar ni. Dan inilah dia mamat yang glamour tuh rupanya.
adoii..gua lemah betul bab-bab posing ni..
Baik dan jinak orangnya (kucingnya). Memang house cat type la ni. Comel pun comel. Patut la FAMA tak habis-habis cakap pasal dia ni. Hmm, aku rasa aku nak panggil dia ni Awang. Rileks je dia lepak dalam rumah. Sebenarnya gambar yang aku snapped ni ialah masa kali kedua Awang ni masuk dalam rumah. Sebelum tu, dia dah masuk untuk breakfast. Mentang-mentang la meow-meow aku yang lain duduk dalam kondo, berani betul Awang ni tiba-tiba je merampas kuasa. 
bro please don't focus kat perut gua bro!!! tolong aa..
John Doe pun dah tak kelihatan. Pastu ada lagi sekor mamat colour kelabu yang datang makan dan jugak usha Mary, awek John Doe tuh. Aku tak sempat nak amik gambar si kelabu tuh. Tinggi betul saham si Mary tuh. Bukan setakat John Doe, Awang dan kelabu je yang usha, ada pulak lagi sekor kucing hitam yang turut mencuba nasib untuk menekel Mary. Tu belum consider Kaka, Ronaldo dan Bubut lagi tuh. Entah-entah 3 ekor anak jantan tu pun menaruh hati dan perasaan jugak dengan si Mary tuh. 
bro make sure gambar ni masuk dalam blog lu ok!
Oleh kerana Awang ni sangat jinak, aku tak melepaskan peluang untuk mengerjakan budak mata biru ni sepuas-puasnya. Habis t-shirt hitam aku penuh dengan bulu Awang. Hai Awang, kau ni kucing sapa la ye? Memang aku tak pernah tengok kau pun sebelum ni. Dah habis mengerjakan Awang, aku lepaskan dia keluar, nak tengok mata dia pergi. 
brader ni asyik follow aku je...pehal???
  
stress gue!!!

dah la bro, gua nak chow dulu, nak gi pasar jap!
Other kucing mucing activities today...

Beli wet food untuk Bubut dan anti odor spray at OTK.
Spray kondo dengan anti odor.
Cuci tempat Bubut tidur.
Spray FrontLine kat Kaka, Missy dan Ronaldo
Sapu ubat kurap kat Missy!

~Manchester United 1 Crawley Town 0~

Wes Brown menjadi hero dan penyelamat kepada Red Devils of Manchester selepas captain United semalam menanduk masuk bola hantaran Darron Gibson. 9,000 penyokong kelab bukan liga tuh hampir-hampir menyaksikan pasukan mereka membuat kejutan untuk memaksa perlawanan ulangan di tempat mereka selepas Crawley Town mengasak kubu United bertubi-tubi di separuh masa kedua.

United turun dengan 9 perubahan dalam barisan yang menewaskan City minggu lepas. Mungkin sebab MU nak buat persediaan untuk Champions League awal pagi Khamis nanti. Wayne Rooney dan Darren Fletcher jadi sub. Yang lain semua bukan regular first 11. Defender malam tadi Rafael, O'Shea, Brown dan Fabio. 

Rafael, Fabio dan Anderson semua injured. Diorang semua keluar lepas separuh masa kedua. Ketiga-tiga tuh main memang agak baik la kalau aku nak compared dengan yang lain. Yang paling aku frust memang la dengan Bebe. Macam sangat tak berbaloi MU beli mahal-mahal. Setakat ni memang performance dia agak jauh dari standard MU yang biasa. Dia kena bekerja lebih keras kalau nak stay lama kat Old Trafford!

Obertan pun tak berapa power. Rooney pulak nampak angin je semalam sebab kurang supply dari winger macam Nani selalu buat tuh. Hernandez pun kurang menyerlah. Macam ni la kalau MU main without Evra, Ferdinand, Vidic, Giggs, Nani, Berbatov, Scholes dan Rooney dalam starting line-up.

Tak sabar nak tengok Antonio Valencia main balik lepas injured bulan September dulu. 

Rival, Chelsea, kalah kepada Everton 4-3 dalam penentuan melalui sepakan penalti selepas diorang seri 1-1 selepas 120 minit bermain. Buang masa Chelsea je. Dah la guna semua 1st eleven. Main 120 minit, pastu hari Selasa ni nak lawan Champions League pulak. Lebih parah, kalah pulak kat Stamford Bridge. Lepas ni nak tengok sapa pulak Chelsea nak beli.

Friday, February 18, 2011

Mari Membaca Buku

Assalamualaikum

Aku memang agak malas la bab-bab membaca ni. Kalau aku start membaca je, cukup la satu paragraph je, sure lepas tu mengantuk. Baca je ngantuk, ngantuk je baca...

Kalau baca Quran tu, lagi la cepat mengantuk. Kalau kita boleh nampak setan or syaiton tuh, sure ramai je diekor tuh bergayut-gayut macam tarzan kat bulu mata kita bila kita start membaca bahan-bahan yang berfaedah. Tapi, kalau membaca majalah hiburan dan perkara-perkara yang melalaikan, fuh, berjuta-juta lemon syaiton volunteer nak tolong tahan mata dari mengantuk.

y bv9qytq4jtm wat498tm punye syaiton!!! Pirraaaa, tak hengen nak kawan dengan lu!!!

So, macamana takmo kasi ngantuk bila nak membaca? Aku tengah bersemangat nak membaca ni. Banyak membaca, banyak input yang baik masuk. Best sket nak blog about something nanti kan?

Ni lagi satu. Dari sejak kemunculannya, sampai la sekarang. Aku still tak tahu apa makna dan macamana nak guna word 'cliche' ni. Ntah dari planet mana asal usul word ni pun aku tak tahu.

Wahai para pembaca, bloggers dan kawan-kawan sedunia sekalian, tolong la den dengan 'cliche' neh. Explain dengan cara yang paling mudah difahami beserta dengan contoh ayatnya sekali. Jangan la korang biarkan aku menggunakan perkataan 'cliche' neh dengan mengarut dan tak kena langsung penggunaannya. Ok?

Thursday, February 17, 2011

Sesat Dalam Rumah

Sesat Dalam Rumah

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
mfirdaus@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pelik tapi benar. Itulah ungkapan yang dapat menggambarkan kejadian aneh menimpa seorang lelaki berusia 27 tahun yang gagal mencari jalan keluar selepas memecah masuk sebuah rumah di Kepong, di sini, Isnin lalu.

Apa yang menghairankan, suspek dilaporkan berpusing-pusing dalam rumah berkenaan hampir sejam selepas mencuri beberapa barangan berharga namun gagal menemui pintu keluar menyebabkan dia ‘terperangkap’ dalam rumah berkenaan.

Bertambah malang, apabila suspek akhirnya dicekup pihak berkuasa kira-kira jam 5 petang selepas kehadirannya disedari pemilik rumah berusia 64 tahun dan anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah itu.

Menurut sumber, ketika suspek memecah masuk rumah berkenaan, kediaman itu kosong kerana mangsa yang hanya tinggal berdua dengan anak lelakinya itu keluar berniaga.

“Sebaik pulang ke rumah, dua beranak itu melihat ada seorang lelaki tidak dikenali sedang berdiri di ruang tamu rumah bersama beberapa bungkusan barang kemas yang sudah dicurinya dianggarkan bernilai RM1,700.

“Dia (suspek) seperti kebingungan sebelum anak kepada pemilik rumah itu menghubungi polis,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, lima minit kemudian sepasukan anggota yang bergegas ke lokasi kejadian berjaya menahan lelaki terbabit yang memberitahu dia bingung kerana tidak dapat keluar dari rumah berkenaan kerana tidak menjumpai jalan keluar selepas memasukinya. “Siasatan awal mendapati, suspek yang gagal keluar dari rumah mangsa sebenarnya melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakannya berusia lingkungan 20-an.

“Namun, rakan subahat suspek hanya menunggu di kawasan luar kediaman mangsa dan dipercayai melarikan diri sebaik menyedari pemilik rumah itu pulang,” katanya.

Sumber berkata, hasil soal siasat, rakan suspek berjaya diberkas sekitar Kepong, di sini, kira-kira sejam kemudian.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang juga warga tempatan itu ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu kedua-dua suspek akan dituduh di mahkamah.

p/s

Aku rasa tuan rumah yang jadi mangsa ni memang dah baca dan amalkan ayat pendinding untuk memagari rumahnya dari orang-orang yang berniat tidak baik. Ni bukan pertama kali aku baca berita macam ni. Sebelum ni pun memang dah ramai jugak penyangak yang terkena. Ada yang berenang-renang kat ruang tamu masa tuan rumah balik sebab penyangak tuh nampak seluruh kawasan dalam rumah dipenuhi air.

Marilah sama-sama kita beramal dan berusaha mengikuti ajaran Islam sepenuhnya. Cari la guru-guru agama yang baik untuk mengajar ayat-ayat pendinding dari Al-Quran. InsyaAllah.

From The Sun UK ; We Need Purrents!!! Please Help Them!!!

so cute and adorable!!!
Assalamualaikum

Terbaca dalam The Sun UK hari ni, makhluk-makhluk comel ni memerlukan tuan untuk mereka menumpang kasih-sayang. Tapi tu la, diekor ni semua kat UK. Comel-comel dan sihat walafiat nampaknya.  
Jadi, sesiapa readers or kawan-kawan yang tinggal kat sekitar UK tuh, kalau berminat, adopt la diekor ni. Pastu kalau nak balik Malaysia, bawak le diekor balik sekali.
pllllleaseeeeeeee take me home!!!

i'll be a good cat and servant... i promise!!!
Nak tahu lebih lanjut, please refer to this article dalam The Sun ni. Semoga Allah selamatkan meow-meow ni semua dan tempatkan diekor bersama tuan-tuan yang lebih bertanggungjawab! Amin.

All photos from The Sun UK!

Sunday, February 13, 2011

Sunway Medical Centre

Assalamualaikum

Hari ni lepas mensettlekan urusan kucing mucing, aku visited abang aku yang terkena demam denggi kat Sunway Medical Centre. Ni la pertama kali aku sampai hospital ni. Cantik jugak hospital ni. Cuma agak jauh la kalau dari rumah aku. Kalau dari rumah abang aku kat Bandar Kinrara tuh memang kejap je boleh sampai, less than 10 minutes!
Haffiy, Hijaz, Harris. Kat belakang tu Hadif.
Oleh kerana aku tak pernah sampai ke hospital tuh dan faktor tak berapa familiar dengan area Bandar Sunway, maka aku pun pergi ke rumah abang aku dulu di BK5 dengan harapan Kitam or Kak Ima boleh tunjukkan jalan ke SMC tuh. Tapi Kak Ima dah pun ada kat wad, dan Kitam pulak lepak kejap je kat SMC tuh, kena rushing balik U10 sebab MiL dia nak datang.

Aku dah takde pilihan lain. GPS device pun aku takde. Handphone wifey ada la Garmin Mobile XT tuh, handphone aku ni takdok! Pastu abang aku called aku, dia cakap Hadif tahu jalan ke SMC sebab hospital ni dekat je dengan sekolah diorang. So, anak-anak buah kesayangan aku la yang bakal jadi navigator aku petang ni. 
semua tengah syok layan game kat iPhone umi atas sofabed SMC
Semua excited nak pergi tengok abah diorang. 4 orang nak ikut, Hijaz je takleh ikut. Stay dengan makcik kat rumah. Aku yang agak kelaparan hari ni syok pulak melayan cucur udang and teh tarik yang makcik buat sementara menunggu hero-hero mandi dan bersiap. 

Dalam pukul 1800hrs camtu, aku bawak la Hadif, Haris, Haffiy dan Hamza naik Kelly ke SMC. 3 orang navigator aku. Confident la sket kan. Bagus betul anak-anak buah aku ni. 
Hamza posing sure nak tunjuk peace sign ni
Abang aku nampak macam agak sihat la. Platelet count pun dah  improved. Cuma nampak macam sakit akibat liquid antibiotic yang dimasukkan kat tangan tuh je. Macam tak berapa selesa je aku tengok. Teringat pulak time aku warded kat Ampang Puteri last October.
Aku bawak anak-anak buah aku balik ke BK5 lepas solat maghrib. Hujan agak lebat masa aku nak balik tuh. Jalan pulak jammed. Nasib baik la ada hero-hero ni yang buatkan aku tak mengantuk. 

Sampai BK5, dropped diorang semua dan aku pun cepat-cepat gerak ke Gombak pulak untuk dinner dan bagi Bubut makan antibiotic untuk kali ke 2 hari ni. Sebelum sampai Gombak, singgah kedai kejap untuk beli stok telur dan pisang rastali yang mama boleh makan. Tu pun pisang favorite aku jugak tuh! Hmm, memang best la pisang tuh.

Lepas bagi Bubut makan ubat, aku dinner dengan penuh selera dan kekenyangan sampai la the moment typing entry ni. Ha ha!!!

To my brother and Bubut, get well soon! Amin!

Saturday, February 12, 2011

Another Tiring But Productive Saturday

Assalamualaikum

Hari Sabtu aku kali ni bermula di Pajam, rumah baru la ni. Malam tadi kitorang bertolak dari Setapak pun dah pukul 11 lebih. Malas nak balik the next morning sebab aku banyak urusan hari ni. Sebelum aku terlupa, jarak dari parking bay rumah kitorang sampai la ke depan Suria Residence tu adalah 64km. Dekat dua kali ganda jarak dari Setapak ke Seksyen 6 Shah Alam.
muka nervous dan tension dalam carrier
Aku balik ke KL dalam pukul 1000hrs sebab nak settlekan maintenance bill. Sebelum sampai rumah, aku sempat singgah ke vet kat Taman Melawati, saja nak tanya clinic diorang bukak sampai pukul berapa hari ni. Masa aku sampai kat situ, tak ramai orang yang hantar pet diorang ke clinic tu. Notis yang diorang tampal tu cakap, hari Sabtu clinic diorang beroperasi dari jam 0900hrs sampai jam 1600hrs. Weekdays pulak sampai pukul 1800hrs. Hari Ahad memang diorang tutup. Kedai pet tuh tak pasti la pulak bukak ke tak on Sunday.
cool sket atas treatment table
Dah usha vet tuh, aku balik rumah untuk bayar maintenance tuh. Pastu naik rumah kejap, rileks sket, takde la nak rushing sangat since vet tutup pukul 1600hrs. Lepas zuhur baru aku ke Gombak untuk ambil Bubut nak bawak ke vet. 

Sepanjang jalan ke vet tuh, memang bising gila mulut Bubut ni. Maklum la nervous dan jakun sebab tak pernah naik kereta kot. Penat jugak nak pujuk dia suh diam. Bising je sampai la depan kedai pet tuh baru la dia cool down sket sebelum mencakar-cakar carrier tuh. 

Petang ni ramai pulak pet owner yang datang bawak pet diorang visit vet. Terpaksa la aku dan Bubut tunggu agak lama. Bila dah sampai turn kitorang masuk treatment room, baru la Bubut lega sebab dapat keluar dari carrier tuh. Luka-luka kat badan Bubut tuh mungkin akibat pergaduhan di kelab malam kot. Menurut amoi yang treated Bubut, luka kat badan Bubut tuh dah ada fungal infection. 
Amoi tuh kasi Bubut anti-fungal pills and antibiotic untuk 2 minggu. Lepas 2 minggu, Bubut kena datang balik untuk check-up. Aku mintak amoi tuh kasi Bubut satu injection dan potongkan kuku Bubut. Amoi tuh pun suggested that Bubut diasingkan dari kroni-kroni lain sebab takut terjangkit dekat memeow lain. Manusia pun boleh dijangkiti oleh fungal tuh. 

Dah settled urusan Bubut, swiped la RM74. He he...

Consultation RM10
Injections     RM12
Tablets         RM47
Nail Clip      RM5

Last time aku bawak Kaka datang sini, student UPM tuh tak charged pun untuk potongkan kuku Kaka. Tu Kaka tuh lagi gedabak dari Bubut dan agak brutal. Amoi ni memang saja je nak charge lebih ni ek? Takpe la, sekali-sekala datang vet. Semoga Bubut cepat sembuh. Aku terasa macam fungal kat Bubut ni sama dengan fungal yang the late Harun infected dulu. Sedih pulak teringat Harun yang cool tuh.
ni kucing Kak Nurul, macam karpet kan? 
Sampai Gombak, dah hujan pulak. Aku transfer Bubut ke dalam rumah Adenab Arcing Kunab sebab AAK dah nak berhijrah ke Bandar Tasik Selatan. Sempat la aku cuci carrier tuh dulu sebelum lap sampai kering dan alas surat khabar lama untuk giliran Adenab pulak nak masuk dalam tuh. 

Bila dah nak bagi orang si Adenab ni, mula la timbul rasa sedih. Masa aku angkat Adenab dan masukkan dalam carrier tuh, sempat eye contact dengan Adenab. Hmm, memang sedih la. Mata Adenab yang bulat tuh macam berair je, macam nak nangis je. Sedih sebab dah nak bertukar owner. Padahal, aku bukan owner pun, aku cuma menumpangkan Adenab ni jer. Nak tak nak terpaksa la jugak hantar Adenab ni. Aku bawak sekali sebatang lobak merah untuk bekalan Adenab sepanjang perjalanan.
semoga Adenab bahagia di sini
Aku sampai kat rumah Kak Nurul dalam pukul 1720hrs. Terus bawak Adenab naik sekali. Keadaan kat rumah Kak Nurul macam biasalah happening dengan geng-geng kucing yang datang nak ambil bekalan Blackwood. Aku called Angah; officemate aku, cakap Adenab ada kat rumah Kak Nurul. Tak lama lepas tuh, dia pun datang dengan anak bongsunya.

Aku pun angkat la 24kg Blackwood tuh turun dan masukkan dalam perut Kelly. Angah dan anak dia turun bawak carrier Adenab untuk dihantar ke reban arnab dalam kebun kat depan apartment dia. Aku pun follow diorang ke kebun tuh untuk tengok Adenab buat kali terakhir. Ish, sedih lagi. Takpe, hopefully lepas ni kalau datang amik bekalan Blackwood ni boleh la ziarah Adenab ni sekali.
Adenab sedih kat right corner of the cage..isk isk
Hubby Angah dah ada 3 ekor arnab dalam sangkar tuh; 2 betina dan 1 jantan. Aku pun tak pasti Adenab ni apa jantinanya. Papepun, semoga Adenab hidup aman bahagia dengan kawan-kawan baru dia. Ye la, selama duduk kat Gombak, dia lone ranger. Berjiran pun dengan kucing-kucing kat sebelah kondo dia je. Goodbye Adenab. I'm gonna miss you and your cute lovely eyes.
ni la cat yang beriba dengan aku masa tengah makan
Lepas settle pasal arnab, aku jenguk-jenguk kebun Jai; hubby Angah ni la. Ada limau purut/nipis, ada bela ikan talapia merah. Hmm, menarik jugak, lepas ni kalau nak benda-benda ni, boleh la beli dari diorang. Lepas tu aku lepak kat gerai tomyam depan apartment tuh yang kebetulannya milik ipar Angah. Jai pun sampai kat gerai tuh jugak lepas beli makanan arnab. Kitorang lepak la kat gerai tuh sambil makan dan borak-borak. Hujan pulak agak lebat masa tuh.

Masa tengah makan tu, ada sekor meow kat gerai tuh datang naik atas riba aku. Aku shared la sket nasi goreng ikan masin yang aku tengah makan tuh. Jai belanja aku makan. Thank you bro! Jaga la Adenab tu dengan sebaik mungkin. 

Pukul 1830hrs aku pun bergerak balik ke Gombak. Pukul 2040hrs nanti nak ke Old Trafford pulak sebab ada derby match against noisy neighbour. Sampai Gombak je aku bagi Bubut makan whiskas dalam tin tuh yang dicampur dengan antibiotic dan anti-fungal. Get well ASAP Bubut!

~Manchester United 2 Manchester City 1~

Lepas ni City nak beli sapa pulak untuk kalahkan United? Dah berapa banyak pak arab mengong tuh spent semata-mata nak jadikan City kuasa baru bolasepak England. Hasilnya? Tak berapa nampak sangat pun selain dari player gempak bergaji tinggi yang diorang ada. 

Nani always a threat. Giggs memang still power walaupun dah berumur. Kreatif dan still laju larian dia. Tapi malam ni, Rooney memang outstanding! Gol dia memang cantik dan tak dinafikan memang la susah overhead kick macam tu nak masuk. Kenkadang nasib jugak. Macam Rooney cakap lepas game ni, dalam 10 percubaan, 9 sure tak menjadi. 

Chris Smalling pun main dalam game penting ni. Harap-harap dia akan jadi defender yang lebih berani dan confident macam Vidic. 

Glory Glory Man United!!!

Thursday, February 10, 2011

Aayok Ni Rumah Sapa Neh?

Assalamualaikum

Hari ni takde keje la ni. Tiba-tiba je nak buat entry ala-ala misteri ni.
Ok, rumah ni untuk dijual ke? Terbiar je. Corner lot pulak tuh. Agak-agaknya berapa keluasan tanah rumah ni? Ada tak dalam 30 x 90 kaki persegi? Dan berapa value property ni? Freehold ke leasehold? Katanya rumah ni terletak di Seksyen 2, Shah Alam. Betul ke tak aku tak tahu.
So, ada sesiapa berminat nak sewa or beli? He he he... ada kaitan tak dengan hal ni?

Disclaimer

Aku tak tahu siapa owner asal gambar ni. Tapi aku minta kebenaran la ni untuk post gambar ni kat sini.Thank you in advance and sorry for any inconvenience.

Wednesday, February 9, 2011

FAMA Balik Newcastle!

Assalamualaikum

Happy Birthday Mama! I love you so much!

Hari ni FAMA balik Newcastle. Urusan apa tak pasti la. Hmm, lepas tu maybe pergi Seberang Prai kot, kalau ikutkan script lama la. So, macam biasa la, urusan memeow dan adenab (arnab) akan di take over oleh aku. I like!

Petang tadi, dapat message dari Kak Ima. Abang Amir admitted kat Sunway Medical Center sebab demam dan suspected dengue. Tak sempat nak pergi melawat hari ni sebab visiting hours pun sampai pukul 9pm. Hopefully my brother should be ok and recover ASAP, Amin.

Kitam & Zura je yang sempat pergi tengok sebab diorang lebih dekat dengan Sunway.

Monday, February 7, 2011

Akhirnya... Berjaya Jugak MU Kalah!

Assalamualaikum

He he, macam happy je kan? Padahal nak cover frust sebab kalah. Kalau kalah dengan mid table punya team ke, atau kalah dengan team yang power rangers ke takpe la jugak. Ni kalah dengan Wolves, the bottom team in Premier League at the moment.

Score goal punya la awal, tapi kali ni, MU dah habis minyak dah nak push the game like what they always did previously. Giggs pun main angin je, nasib baik referee tak kasi yellow card.

Pada pendapat aku la, punca kekalahan adalah Johny Evans. 2-2 goal Wolves tuh mungkin boleh dielakkan kalau Johny Evans lebih alert dengan player Wolves yang berkeliaran dalam kotak penalti tuh. Takpa la, dah kalah, terima je la. Semoga the whole team dapat pengajaran pahit dari kekalahan itu. Lain-lain faktor, Nani, Rooney dan Berbatov mensia-siakan beberapa peluang untuk menjaringkan gol. Kalau tak, MU mungkin boleh mengekalkan rekod tanpa kalah tu. Dan ada satu kejadian yang agak kontroversi dalam kotak penalti Wolves bila bola terkena tangan defender Wolves tapi linesman tak nampak kot, dan referee pun play on je. Memang clear handball, mungkin la referee rasa kejadian tuh tak disengajakan kot. Takpe la. Tumpukan pada next home game against the noisy neighbour tuh.

Pasal rekod tanpa kalah tuh, aku rasa MU takde la beria-ia sangat nak mencabar rekod Arsenal tuh, newspaper je yang sibuk duk mengapi-apikan konon MU nak beat rekod tanpa kalah Arsenal tuh. Sekarang bila MU dah kalah, sekurang-kurangnya, release sket pressure on MU player to maintain unbeaten tuh kan.

Terkilan la jugak, bila time Arsenal unexpectedly draw dengan Newcastle lepas leading 4-0 during half-time, tup-tup boleh seri 4-4 at the end of the match. Ye la Arsenal reduced to 10 men, tapi takkan la takleh defend sampai bolos 4 kali? Ni la yang menunjukkan dalam bolasepak, apa saja boleh terjadi. Apa nak malu MU kalah dengan bottom team? Dalam FA Cup pun premier league team boleh je kalah dengan team dari lower league and division kan?

Chelsea vs Liverpool? Ha, aku suka sangat Torres kalah. Padan muka dia! Siap berangan nak score untuk Chelsea against his former club tuh. "I won't celebrate scoring!" Katanya sehari dua sebelum game tuh. Ha, tengok kesudahannya, score pun tidak! Kalah lagi tuh! Kat home ground plak tuh. Tu la padahnya bila tak setia, dah kene boo dengan diehard LFC supporter! Kalau dia maintain dengan LFC, dah boleh sama-sama the Reds to celebrate the victory. Dalam The Sun arini ada article pasal Torres dan menang ni, will he be another Shevchenko? Ada jugak kemungkinan tu kan...

Bagi aku la, kalau MU tak menang EPL, aku prefer Arsenal ataupun Liverpool ataupun Spurs to win it rather than teams yang beli kejuaraan itu.

Sekian ulasan dari bilik berita...

(suka la ni kenkawan yang anti MU ni tengok MU dah kalah ni...ha ha ha!)

Saturday, February 5, 2011

Ops Angkut 2

Assalamualaikum

Sepertimana yang telah dirancang, hari ni, satu lagi ops angkut akan berlaku. Ops kali ni lebih brutal dan mengandungi unsur-unsur keganasan luarbiasa yang lebih hebat daripada Ops Angkut 1. Ini disebabkan oleh jarak pemindahan yang agak jauh, kira-kira 60km dari lokasi asal di Shah Alam ke NS. Dan jugak faktor nak mengangkut barang-barang turun dari tingkat 3 ke bawah. Kalau ada lif, mungkin la boleh tahan lagi. He he.
destinasi yang dituju
Rumah ni sebenarnya dah lama siap. Cuma menanti waktu yang sesuai je untuk pindah. Cuti CNY ni la yang dirasakan paling sesuai sebab jumlah cutinya yang agak panjang bila dah dicampur dengan hujung minggu dan cuti  Hari Wilayah.
lori 3 tan untuk hari ini
Lepas ni, dah takde lagi goreng pisang yang best di petang hari. Takde lagi kemeriahan kompleks PKNS di hujung minggu dan ketika bulan Ramadhan dan sales ketika nak sambut Aidilfitri. Takde lagi hypermarket yang boleh dipilih sesuka hati bila nak shopping. Tiada lagi nak servis kereta di Seksyen 27 tuh. Cattyjah, Daniel Tam, Teh Alissa dan adiknya yang baru lahir pun belum diketahui lagi apa dan bagaimana nasibnya nanti sebab kemungkinan besar kehadiran mereka mungkin tidak dapat diterima. 

I'm gonna missed all that. 
Tambah nostalgik lagi, Shah Alam, terutama sekali Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah merupakan tempat di mana aku dan wifey dinikahkan oleh arwah bapa mertuaku. Dan dari aku form 1 lagi, dan sejak pertama kali aku kenal dan tahu kewujudan Shah Alam, aku dah jatuh cinta dengan tempat ni dan berharap suatu hari nanti, aku akan menetap, bermastautin ataupun beristerikan dengan orang dari kawasan ini. Dan Alhamdulillah, impian aku terlaksana. Dapat jugak aku merasa tinggal di Shah Alam, walaupun buat seketika. (Tiba-tiba emo la pulak! Hilang macho..kalau macho la...)
ruang tamu yang bakal ditinggalkan

tak banyak pun barang yang lori ni bawak sebab banyak dah angkut dengan kereta

aku yang sedih giler nak tinggalkan tempat ni! i love Shah Alam!!!
Gambar kat atas ni mengingatkan aku masa aku zaman bujang-bujang dulu. Time baru-baru nak tackle wifey. Balik dari kerja, aku tumpang kawan aku, kawan baik aku, Dwen, sampai la ke Shah Alam, pastu called wifey turun semata-mata nak kasi dia perfume Polo Ralph Lauren Blue yang still belum habis lagi sampai ke pagi tadi masa memunggah barang, wifey tunjuk botol perfume tuh kat aku. Kat kawasan parking dalam gambar kat atas ni la aku bagi wifey perfume tuh. Ish..terjiwang sekejap. Lepas bagi perfume, kelam kabut la aku balik KL dengan bas RapidKL.

Sweet memories! And much more to tell here.

selesai sudah Ops Angkut 2. Semoga takde lagi ops sebegini lepas ni...
Sebab tu la aku sayangkan Shah Alam ni sangat-sangat. Banyak memori indah antara aku dan wifey di situ. Even, pusara arwah bapa mertua aku pun kat sini. Bukan pusara arwah bapa mertua je, arwah Pak Ngah dan Mak Uda pun kat tanah perkuburan yang sama. 

Kalau dimurahkan rezeki, InsyaAllah aku nak beli property kat Shah Alam ni suatu hari nanti. Amin!

Thursday, February 3, 2011

Ops Angkut 1

Assalamualaikum

Melaporkan secara langsung dari Pangsapuri Flora, Subang Intan. Proses pemindahan rumah Kitam dan jugak Zura dari sini ke Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam.
cukup ke satu lori 5 tan ni?
Lori yang digunapakai untuk mengangkut harta karun ni ialah lori 5 tan dengan jumlah bayaran MYR580 untuk 2 trip!

ready to go!

salah sekor dari stray cats yang mesra dengan aku kat U5

ni la dia teratak baru Kitam dan Zura! Cantik kan?

terjumpa pulak model Hornet ni

camni la baru gempak, larger scale model

one of my beloved nephew, Amir Hamza!
Amir Hamza & Amir Haffiy in master bedroom


buruh-buruh paksa bawah umur sedang bekerja... he he he
suka built-in closet for shoes and umbrella tuh!
Sekarang dah pukul 1815hrs, lori yang patut bawak saki baki barang dari U5 still belum sampai lagi. Proses pemindahan still belum selesai sepenuhnya. Meja makan, peti ais, washing machine, tong gas dan kroni-kroninya yang lain masih lagi di rumah lama.

Kak Ima, Hadif, Harris, Hafiy and Hamza pun dah lama balik. Grill pun belum habis pasang lagi masa posting ni dibuat. Wifey pun dah tanya-tanya pukul berapa agak-agaknya aku boleh balik. Nampak gayanya, macam lepas maghrib pun belum tentu settle semua ni. Silap haribulan, wifey pulak yang kena pick up den kat U10 ni.  Jauh oo tempat ni. Atas sikit dari kampus UiTM Puncak Perdana. Nanti la aku try paste google map ataupun google earth kat sini.

1831hrs

Akhirnya, satu lagi lori 5 tan sampai dengan saki-baki barang dari U5. Dalam 10 minit je, semua urusan selesai. Aku pun tanya la brader lori tu berapa dia charge untuk lori 5 tan tuh kalau nak pindah dari Shah Alam ke Nilai. Dia cakap la MYR400 untuk lori, dan MYR50 untuk upah angkat barang.
Dah, aku dah penat! Nak simpan tenaga untuk hari Sabtu punya proses pemindahan pulak.
EPL sibuk dengan  January player transfer, aku pun sibuk dengan pindah-pindah rumah!
settle satu hal! come Saturday, another event like this!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...