Monday, January 17, 2011

Tottenham 0 Manchester United 0

Assalamualaikum

Malam ni MU terpaksa berpuas hati dengan 1 mata sahaja. Tapi game ni aku rasa memang mendebarkan sebab Spurs sekarang memang sebuah pasukan yang hebat. Pendapat aku, bukan nak mengecilkan Chelsea, City, Liverpool dan Arsenal. Kalau MU main kat tempat lawan, kat Spurs ni la yang paling mendebarkan aku. Aku pun tak tahu sebab apa. Nampak Spurs ni paling mantop la, terutama sekali di bahagian serangan diorang. 

Papepun, aku kesian dengan Rafael tuh. Tak pasal-pasal kene red card! Tapi memang la dia ni main agak aggresif. Tu kualiti yang bagus, cuma kalau terlampau aggresif, camni la jadinya. Referee pun tak leh la kita nak expect betul je keputusan yang dia buat kan. Memang nampak tak sepatutnya kene card kuning pun, Harry Redknapp sendiri pun cakap, memang Rafael trying to avoid Assou-Ekotto. Tapi takpe la. Janji record MU still unbeaten. Nak lawan dengan Arsenal punya unbeaten record tu memang la susah, tapi tak salah MU mencuba menyamai ataupun memperbaiki rekod tanpa kalah ni.

MU hampir-hampir dapat berbuat sesuatu masa last minute injury time tuh. Kalau la, kalau la kan MU lebih cool masa tuh, mungkin MU dapat balik ke Manchester dengan 3 mata with 10 men! Next game, Birmingham at Old Trafford. 

Oh, lupa pulak, aku tak suka Carrick dalam starting line-up kali ni. Aku prefer Anderson. Rafael main pun memang best pada aku except for the lunge on Palacios tuh je la. The rest, Vidic and Rooney did well. Hernandez dan Berbatov kurang dapat bola. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...