Kelly 3572

Saturday, January 8, 2011

Selamat Pengantin Baru Alia Azwa & Norzakwan

Assalamualaikum

Hari ni ada kenduri kawin. Kali ni pasangannya ialah, Alia Azwa, officemate aku dengan pasangannya, Norzakwan Nordin of Bursa Malaysia. Aku tak tahu lagi siapa lagi yang nak ikut or pergi ke kenduri tu sekali dengan aku selain dari wifey. Aku called Sani, dia belum pasti nak pergi ke tak. Lepas tu Masrina called aku, tanye nak pergi ke tak? Aku cakap la aku pergi dalam pukul 1245hrs dari rumah. Konon nak sampai rumah pengantin masa diorang tengah bersanding.

Sebelum tu, aku hantar Kelly cuci dulu. Dah lama tak mandi selain dari mandi hujan. Masa aku sampai kat tempat cuci tu, aku perasan kereta Myvi Seong, jiran sebelah rumah aku pun baru lepas di cuci. Aku nampak banner yang display harga cuci kereta kat sini dah digulung ke atas. Aku rasa macam ada kenaikan harga dalam service cuci kereta kat kondo ni kot.
nak gi kenduri kena la mandi comel-comel
Dah habis cuci dan vacuum, baru la bayar. Memang sah dah ada kenaikan MYR1 untuk service ni. Dulu MYR6 je untuk cuci dan vacuum Kelly dan kereta yang sama size dengannya, tapi sekarang dah MYR7. Kata brader tu, sewa tempat cuci tu dah naik. Maka diorang pun terpaksa la naikkan service charge.

Dalam pukul 1245hrs camtu, aku dan wifey left our house for Bangi. Sani pun tengah bersiap nak pergi jugak. Masrina pun sms aku mintak alamat rumah Alia sebab dia tertinggal invitation card kat office. Jalan kat MRR2 tu biasa la, agak sesak kalau tengahari Sabtu camni. Masrina called lagi, katanye dia nak saing dengan aku dan Sani, dan nak tunggu kitorang kat KFC Plaza Tol Sungai Besi.

Bila sampai kat KFC tuh, aku nampak Toyota Vios Masrina dah ada kat situ. Sani suruh kitorang jalan dulu sebab masa tu dia baru sampai area Bandar Tasik Selatan. Kitorang pun jalan la dulu pelan-pelan. Nasib baik la senang je cari rumah pengantin ni. 

Lepas parking kereta, Sani pun sampai sekali dengan keluarga dia. Bila sampai depan rumah pengantin, kitorang disambut oleh abang pengantin, Hairul Azwar yang jugak officemate aku. Tema majlis ni ialah purple. Dari signboard ke rumah pengantin sampai la kaum keluarga pengantin perempuan berbaju purple.

Aku saje la bergurau dengan Azwar tanya dia takde meja special ke untuk kitorang? Sekali dia pergi cari betul-betul meja yang belum diusik kat betul-betul depan meja pengantin. Pengantin pulak tengah makan beradat. Memula tuh kitorang dah cuba cari meja kat luar rumah pengantin. Baru je nak duduk, sekali Azwar panggil kitorang masuk untuk duduk kat meja yang special tuh.
surprise treat for KAF buddies at the wedding. Thank you to Azwa the brother
Segan la pulak. Tengok je la gambar kat atas ni. Dengan ada ikan siakap, pastu kuih koci, apam, sliced orange, chocolate cake dan macam-macam lagi yang takde kat meja tetamu biasa. Nasib baik la jugak meja tuh boleh accommodate untuk 10 orang. Ngam-ngam je, aku dan wifey, Sani dan wife bersama 3 orang anak dan juga Masrina bersama 2 orang bodyguardnya.

Dah terasa macam famili pengantin pulak dilayan. Siap ada waiter attend meja kitorang untuk tolong pape yang patut. Adui, buat malu betul. Aku gurau je la Azwar!!! Anyway, semua kat meja kitorang ni happy dan excited dapat makan tanpa perlu control-control table manner sangat sebab sah-sah semua satu geng. Siap makan bertambah nasi lagi. Serius aku makan sampai kenyang kali ni. Malunya kalau korang baca posting ni. Ha ha! Tapikan, Alhamdulillah, ini semua rezeki dari Allah swt. Semoga pengantin dan kaum keluarganya diberkati olehNya, Amin.
Zakwan & Alia; semoga bahagia berkekalan ke anak cucu
Dah habis makan, kitorang masuk dalam rumah untuk tengok pelamin dan bergambar dengan pengantin. Memang cantik la pelamin diorang. Masa salam dengan pengantin lelaki, aku sempat buat lawak bodoh. Cakap kat Zakwan tuh, Alex Ferguson kirim salam sebab Zakwan supporter MU dan Alia tu pulak musuh ketat MU, Liverpool. Hmm, elok sangat la tu, baru kawin, pastu malam esok ada 3rd round FA Cup clash between MU against Liverpool at Old Trafford. Selamat bergaduh la korang!!! Ha ha.
door gift yang unik, madu lebah
Kitorang semua balik la lepas bergambar dengan raja sehari tuh. Keluar je dari rumah, terserempak dengan Rahmat dan wifenya pulak yang dah habis makan. Tak nampak pulak kelibat MD aku tuh yang kononnya nak datang according to Puan Raihan HR. Aku sempat la nampak Puan Raihan masa tengah makan tadi.

Door gift untuk orang dewasa ni pun aku suka jugak. Dapat madu lebah. Lain dari yang lain la ni. Lepas ni, sapa nak kawin, kalau ada budget lebih, boleh la bagi madu lebah cam gambar kat atas ni as a door gift to tetamu. To Alia & Zakwan, semoga bahagia ke anak cucu, Amin!

4 comments:

Anonymous said...

Salam Mijoe, saya Ayu. Boleh x send saya no fon pengantin yang beri door gift madu ni? saya pon nak cari door gift camni:) sms saya di 0136376709.

Mijoe said...

W'salam Ayu.

nanti saya cuba dapatkan contact number pengantin tuh ok?

Ayu boleh jugak surf website pengedar door gift tu ..

www.malmasgemilang.com
nombor 06-2685997 or HP 017-6190001

selamat pengantin baru in advance! :)

Anonymous said...

haha thanks you for the info Mr. Mijoe. I'm not the one who will get married. its for my lovely besties. Thanks again:)

Mijoe said...

you're most welcome Miss Ayu. hopefully the info given might help you n your besties. Many congratulations to him/her and happy new year 2012! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...