Kelly 3572

Wednesday, January 5, 2011

RON 97 = MYR2.40

Assalamualaikum

Hari ni, harga petrol RON 97 telah selamat dinaikkan sebanyak 10 sen per liter untuk menjadikan harga barunya, MYR2.40 seliter. Sib baik RON 95 tak ikut naik, masih lagi bersubsidi. Pastu, terdengar pulak desas desus desis desos deses harga minyak masak pun nak tiru harga petrol RON 97 ni. Nak dinaikkan jugak la maksud aku kat sini. Chain reaction? Harga makanan di kedai2 makan, restoren2, sure naik kan?

~ Manchester United 2 Stoke City 1 ~

Awal pagi tadi, MU berjaya mengukuhkan kedudukan di persada (tak suka guna word ni) liga apabila berjaya menundukkan The Potters hasil jaringan Chicarito dan jugak RosNani. Stoke City berjaya menggelabahkan MU dan jugak kroni2nye apabila menyamakan kedudukan pada awal separuh masa ke 2.

Selepas terkejut siput dengan jaringan Dean Whitehead tuh, maka jentera2 serangan MU yang dikepalai oleh Berbatov, Hernandez, Giggs dan Nani mula menggandakan asakan bertali arus yang akhirnye membuahkan hasil apabila rembatan cute dari Nani ke penjuru kanan pintu gol Stoke City gagal diselamatkan oleh goal keeper Potters.

Lepas tu, macam biasa la, MU macam malu2 bacteria je nak cari gol ketiga or keempat just to kill off their opponent. Tu yang buat aku sakit hati tuh. Manyak sakit hati, kata William kedai tayar aritu. MU main bagus, tapi for me, not good enough to scare their opponent. Banyak kehilangan bola sebab nak passing fancy2 (Ryan Giggs la nie!). Nasib baik menang. Kalau tak...  hangin lagi aku.

Malam nanti, yakni..ha ha, awal pagi esok, kite tgk result title rivals pulak. Arsenal lawan City, Wolves lawan Chelsea, Blackburn lawan Liverpool kot, Spurs lawan tak tahu.

~ New LogicTech Headphone ~

Balik kerja tadi, lepas aku dropped wifey kat rumah, aku ke Mali's Corner untuk beli dinner; nasi lemak ayam. Lepas beli dinner, aku pun pergi usha kedai barangan elektrik, Sen Heng kat Platinum Walk tu untuk cari headphone. Nak ganti the one yang dapat free masa beli printer HP during PC Fair kat Convention Center December 2009 dulu.
ni yang dapat free masa beli printer HP masa PC Fair Dec 2009
Dah lama dah planned nak ganti wifey pun headphone ni. Aku la gatal sangat masa tu pergi tarik headphone tuh kuat sangat kot sebab nak adjust dengan position telinga aku. Habis terbarai headphone tuh, putus wire. Tension giler aku masa tuh. Gambar kat atas ni lepas aku kerjakan headphone tuh. Kononnye nak cuba sambung balik wire yang putus tuh. Tapi, kalau dah bukan pakar, memang makin hancur la jadinye headphone tuh.
ni plak aku membazir MYR55.00 gi beli kat Sen Heng
Kat Sen Heng tuh mmg tak banyak pilihan langsung. Diorang pun jual headphone Logictech yang diorang dapat free masa diorang beli computer. Pastu jual kat aku MYR55.00. What do you think? Mahal kan? Aku pulak mmg macam bodoh je gi setuju pulak nak beli headphone tu, padahal bukannye urgent sangat pun nak guna. Giler punye menyesal. Aku tengok kat Jusco pun, brand Philips baru dalam MYR20 lebih. Tu belum gi tengok kat Low Yat Plaza yang lebih banyak pilihan tu. Lepas tu takde warranty dan takleh tawar pulak tuh.

Dah habis melayang MYR55.00. Kene la jaga dengan baik dan lebih berhati2. First time aku bayar dengan cara debit Maybank ATM card aku. 

4 comments:

Dwen Ihsan said...

minyak tanah pun naik rm2.50/liter..

ulasan ko mcm hasbullah awang la jah..alfred godomon & sherkawi jirim sure suka ni

Kelly Chantek said...

ulasan part mana jah? bola?

aku suka tgk fared ismeth si pembaca berita rtm tuh... tak tahan aku nak gelak je kalau tgk dia dgn partner dia baca news..

Dwen Ihsan said...

part bola la..now, sumer yg baca berita jam dunia tv1 satu dh ikut mcm dia gak walaupun fared ismeth tu tak ada sebelah..x paham aku

Kelly Chantek said...

dia akan usha partner dia baca berita, macam nak make sure takde mistake masa partner dia tgh baca skrip berita tuh...

pastu kata2 madah pujangga sebelum habis berita tuh pun mesti boleh buat kau ternganga punye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...