Thursday, January 27, 2011

MC!

Assalamualaikum

Hari ni aku tak gi kerja lagi. Dari lepas lunch semalam lagi aku dah rasa tak sedap badan. Petang semalam, badan aku dah mula menggigil-gigil. Dah la kena hujan pulak masa on the way nak ke KLCC tuh. 

Malam tadi, badan aku dah mula panas, panas gila. Pakai thermal wear, makan panadol 2 biji, pastu terus pengsankan diri sendiri. Aku tak pernah lagi demam sampai menggigil camni. Dan aku perasan, lately, aku senang demam. Maybe antibodi badan aku dah mula berkurangan kot sebab usia pun dah mula menua. Ha ha. Baru sedar dah tua,

Pagi tadi pun aku tak larat nak bangun. Badan aku panas lagi, lepas makan panadol malam tadi, kurang la panas tuh, tapi harapkan panadol, berapa lama la sangat boleh bertahan kan. Aku cuma mampu bergerak ke klinik tengahari tadi, tu pun wifey yang bersusah payah balik dari office semata-mata untuk bawak aku pergi jumpa Dr Harjeet. Kesian wifey, sure penat tu. Takpe darling, dapat pahala tau!

Sekarang ni baru la bertenaga sket nak update blog. Dah makan ubat dan antibiotik yang Dr Harjeet kasi tadi. Hopefully aku larat la kerja esok sebab Zali cuti esok, mak mertua dia nak buat operation kat HUKM.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...