Thursday, January 20, 2011

Kisah Membeli Makanan Untuk Cik Arnab Di Hari Cuti Thaipusam

Assalamualaikum

Tajuk ntah apa-apa la.

Hari ni cuti sempena Thaipusam. Ingatkan malam tadi nak balik ke Shah Alam untuk ambil Cik Kelly yang telah siap dibaiki akibat kes beberapa hari lepas, tetapi wifey pulak tak larat nak balik malam tadi. Stay je kat rumah diam-diam.

Fama pulak balik ke Kota Bharu pagi tadi untuk menyelesaikan urusan membaik-pulih rumah arwah Tok di Lundang. Jadi, macam biasa la, aku dan Kitam akan bertugas menguruskan makan minum makhluk-makhluk comel kat Gombak tuh.
untuk cik Rabbit
Oleh kerana Kitam tak ikut Zura balik ke Melaka, jadi dia pun balik la ke Gombak buat sementara waktu, bagi memeow dan rabbit makan. Aku dan wifey pulak ke AEON Jusco AU2 untuk mengusha a pair of suitable glasses for wifey, isi perut kat Subway dengan coupon buy 1 free 1 kat Subway's 2011 desk calendar tu dan jugak beli barang-barang keperluan, termasuk la barang-barang dalam gambar kat atas ni. Ni semua untuk cik Rabbit tu.

3 ikat kangkung, sepeket lobak merah (ada 6 bijik lobak dalam peket tuh) dan jugak pellet untuk cik Rabbit. Harap-harap cik Rabbit makan la pellet tuh nanti. Penat den beli tau!
harap-harap sesuai untuk cik Rabbit
Yang bestnya, siap beli bekas makanan kucing untuk letak rabbit tuh punya pellet. Kalau kekucing kat sebelah bilik tuh nampak memang la bengang, meluat, jealous dengan aku dan jugak rabbit tuh.

Masa aku hulurkan bekas berisi pellet tuh, rabbit tuh nampak macam sungguh lapar, macam tak sabar-sabar nak makan. Tapi takde la dia makan beria-ria. Macam tak berapa suka la pulak. Hmm, nasib baik aku beli peket yang kecil je. Kalau tak sure membazir pulak kan. 

Sebagai langkah berjaga-jaga, aku ambik sebatang lobak merah dan kasi la rabbit tuh makan. Baru la nampak dia makan dengan bersungguh-sungguh. Poor rabbit. Bila la Zali nak datang amik ni. 

~Sri Mesra Seafood~

Selesai urusan makhluk-makhluk cute kat rumah Fama, kitorang pun balik la ke Setapak. Tapi aku buat surprise sket kat wifey. Nak belanja dia dinner pulak kat tempat makan yang bernama seperti di atas.

Yang bestnye tu, satu gambar pun aku tak amik. Dari kedainye sampai la lauk ikan siakap masak stim limau tuh yang dari berisi sampai la tinggal tulang, semua tak amik gambar. Malas dan terlupa sebab excited nak belanja wifey.

Cuaca pulak agak sejuk, hujan rintik-rintik masa kitorang sampai kedai ni. 

Ni la pertama kali aku dan wifey dine kat sini. Sri Mesra ni sebenarnya dah wujud dari zaman aku lepas SPM lagi. Aku rasa kedai ni lagi lama kewujudannya dari Pha Pha Seafood kat Simpang Tiga tuh. Jarak antara 2 tempat makan ni pun tak jauh pun, aku agak dalam 500 meter je. Kalau korang dari Gombak nak ke Batu Caves, tempat ni letaknya di sebelah kiri korang, sebelum kedai Sime Tyre Taman Greenwood dan jugak bekas stesyen bas mini 14 dulu. Nanti aku kasi korang latitude dan longitude for easier navigation to those who are not familiar with this area.

Tempat makan ni aku rasa lebih menarik dari Pha Pha Seafood. Nampak lebih kemas dan bersih, cozier. Dari apa yang aku peratikan, ruang makannya pun ada 2 tingkat.

We had white rice dengan lauk-pauk berikut; ikan siakap masak stim limau, udang goreng celup tepung dan sayur kailan masak sos tiram. Lepas tu minum tembikai laici, honey dew dan jugak lai chee kang. Semua-semua ni berjumlah MYR51.00. Ok la tuh belanja wifey sempena dengan kemurahan rezeki yang Allah dah kurniakan kat aku, Alhamdulillah!

Location: (N 3.233865 E 101.706896)

~Mister Potato Peraduan Menang Emas~

Kat Jusco tadi, aku ada beli 2 pack MP ni. Tetiba je teringat pasal contest ni. Grand prize dia la yang paling menarik tuh. 1 jongkong emas bernilai MYR88,888.00. Aku pulak tengah macam bersemangat nak beli dan collect emas sekarang ni, lagi la teruja kembang kempis hidung excited nak menang contest ni. Dah la aku ni memang teramat jarang join contest montest ni. Apa salahnya mencuba? Tak dapat grand prize pun takpe, weekly prize pun dah MYR888.00 dan monthly prize MYR3,888.00!
bersemangat nak menang ni...
Modal? Beli la Mister Potato banyak-banyak. Dan jugak cost untuk menghantar jawapan contest ni melalui SMS. Aku tengok ada sorang blogger tuh joined Mister Potato punya contest ni dapat pergi ke Manchester dan Old Trafford lagi. Tapi contest tu yang dah lama la. 2009 punya contest kalau tak silap aku. Dah la dia menang 2 kali dan dapat pergi pun 2 kali ke Manchester dalam tahun yang sama dengan menyertai dan memenangi peraduan anjuran Mister Potato tuh. Lagi satu contest anjuran company lain. Siapa tak teruja kan? Siap boleh pergi Carrington Training Ground lagi posing dengan players! Jeles betul aku. Nasib baik la blogger tu pun die hard supporter MU!

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal contest Mister Potato Menang Emas ni, click here and good luck! Mister Potato, aku dah tolong promote ni, kasi la aku diskaun ye..ha ha!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...