Sunday, January 16, 2011

Kelly Oh Kelly!

Assalamualaikum

Kisah sedih Cik Kelly ni disedari oleh aku, tuan Cik Kelly masa aku dan wifey nak bertolak balik ke KL dalam pukul 2130hrs camtu la. Masa kitorang sampai kat Cik Kelly, kitorang agak kehairanan sebab posisi Kelly senget, sedangkan seingat aku, masa aku parking Kelly petang semalam, aku parked dengan lurusnya, 90 degree.
agak-agak internal injuries kritikal tak?
Masa tu kitorang tak perasan akan kekemekan Kelly ni. Malam kan, cahaya pun takde sangat. Aku suruh wifey call Ridzuan or Nana kot-kot diorang ada guna Kelly sebelum ni. Tapi tak dapat pulak get through Ridzuan punya phone.  
kalau Kelly ni boleh bersuara, sure aku dapat dengar suara dia menangis kesakitan
Tengah aku duk usha-usha tayar Kelly yang membelok 45 darjah je kiri tuh, aku noticed ada kertas ditinggalkan dekat wiper cermin depan Kelly. Kat atas kertas tu tertulis lebih kurang camni ayatnya," Minta maaf sebab terlanggar kereta, sila hubungi no sekian sekian untuk urusan baik pulih!"

Aku macam terkejut tapi tak la terkejut sangat. Tak tahu apa perasaan masa tu. Takde la macam bengang giler sebab orang yang langgar tu sekurang-kurangnya meninggalkan nota meminta maaf dan bersedia untuk membayar ganti rugi. Tapi mungkin aku kesian dan sedih sebab aku cukup sayang Kelly ni. Aku terasa macam dia menanggung kesakitan yang amat. Apasal aku emosional semacam je ni?
nasib baik la jiran yang terlanggar, senang nak settle...
Masa tu wifey tak perasan lagi yang Kelly dah kemek until i showed her the note and the damage on Kelly. Terkejut la wifey masa tu. Masa tengah duk belek-belek Kelly tuh, tetiba, pakcik jiran rumah mertua aku datang dekat kitorang dan bertanya,"Ni kereta korang ke?" Kitorang jawab la ya. Pastu pakcik tu pun cerita la dari A sampai Z tentang kejadian yang sebenarnya. Alahai, perkara dah ditakdirkan berlaku, nak buat macamana kan. Isteri pakcik tuh yang terlanggar Kelly sebab dia tersalah tekan pedal minyak kereta automatik dia. Isteri pakcik tu pun berkali-kali minta maaf dengan wifey. Kesian pulak aku tengok pakcik dan makcik jiran mertua aku ni. 

Pakcik tu suggest hantar Kelly kat bengkel kawan dia di Batu 3. Kereta dia yang kemek pun dihantar ke bengkel yang sama jugak. Kitorang setuju je la. Tapi terpaksa la tinggalkan Kelly malam ni, dan terpaksa pinjam kereta Ridzuan, kawan Kelly jugak untuk balik ke KL. Nasib baik la Ridzuan takde fly ke mana-mana keesokan harinya, boleh la dia temankan Kelly ke bengkel kat Batu 3 tu nanti.

Harap-harap Kelly cepat sembuh. Cuma aku risau alignment dan balancing Kelly sure dah lari kot, dari impact masa mula2 tengok keadaan Kelly yang senget tuh, aku yakin impact yang kuat telah menimpa bahagian tayar depan sebelah kanan Kelly. Harap-harap tayar Kelly yang baru ditukar pada malam tahun baru tu takde tercedera la.

Apa lagi yang patut aku check pada badan dan bahagian dalaman Kelly kalau accident macam ni ye?

2 comments:

MiJa said...

takziah utk cik kelly..
tp ok la jgk,org tu at least tggal phone no.
cik kiah sy kna 'langgar lari' kt parking jugak..huhu ag kesian kan?

Kelly Chantek said...

jangan le cakap takziah Mija, kalau takziah tu memang dah kira total loss dah.. ni kene hantar clinic je kot..he he he

cik kiah kene teruk ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...