Saturday, January 1, 2011

Intai-Intai Restaurant

Assalamualaikum

Hari ni wifey nak belanja makan. Asalnya nak belanja dinner. Tapi sebab aku kena fly ke UK to attend West Bromwich Albion match against Manchester United at 2045hrs, tu yang wifey tukar from dinner to lunch treat tu. Occasion? Ala, saja-saja nak belanja sebab murah rezeki kan. Thank you my darling. 
usha2 view and scenery dulu...
Kali ni segmen Eat To Survive akan membawa anda ke pinggir ibu kota. Restoren Skodeng-Skodeng (Intai-Intai) nama destinasi kita kali ini. Lokasinya agak tersorok la, di tepi MRR2 menghala ke Ampang dari Taman Melawati. Kalau anda perasan la, di sebelah kiri anda sekiranya anda menghala ke Ampang, terdapat satu gudang perabot dan jugak Honda Showroom di lereng bukit. Signboard restoren ni cuma kelihatan bila anda dah melepasi simpang ke gudang, showroom dan restoren tu menyebabkan kitorang terpaksa buat u-turn sebab dah terlepas jalan tersebut. 

Kepada owner restoren Intai-Intai, kalau terbaca posting ni, please buat satu lagi signboard kat tepi MRR2 supaya customer tak membazir minyak kene buat u-turn ok? Ha ha. 
ni la dia, skodeng-skodeng restaurant... he he
Restoren Intai-Intai ni sebenarnya adalah sebuah lagi restoren masakan melayu-thai macam gerai tomyam yang bersepah kat KL dan Malaysia ni. Bezanya ialah lokasi dan dekorasinya yang lebih menenangkan jiwa dan perasaan dan satu word lagi aku tertinggal, mendamaikan. Ye la, sebab di tepi bukit yang penuh kehijauan yang menjanjikan kesegaran udara, jauh dari hiruk pikuk kota. Padahal tak jauh mana pun, dalam 50 meter je dari MRR2. 
reminds me of Kampung Daun in Bandung a bit
Aku rasa restoren ni mungkin konsepnya lebih kurang sama la dengan Restoren Bambu yang jugak terletak lebih kurang 500 meter je dari Skodeng-Skodeng ni. Konsep yang mengingatkan aku kat Kampung Daun di Bandung. Tapi Kampung Daun tu lagi superb sebab cuacanya yang dingin dan masakan tradisional Indonesia yang sedap. 
next time kene datang waktu malam pulak 
Aku tak pernah makan lagi kat Restoren Bambu tuh, tapi aku rasa la, Skodeng-Skodeng ni mungkin lebih murah dari Restoren Bambu kot. Sebab aritu aku tengok TV3 harga menu kat Bambu tuh memang tak sesuai dengan golongan berpendapatan rendah macam aku ni. Kalau income 5 figures tu boleh la senang-senang dine kat situ kot. Tapi Skodeng-Skodeng ni pun mahal jugak, tapi sebab wifey yang belanja, tu yang aku dengan senang hati je mengikut tuh.
Masa kitorang sampai sini, mmg takde orang lain lagi. Mungkin 1st customer diorang kot untuk 2011 ni. 7 orang dewasa dan 3 kanak2. Parking pun kat dalam kawasan restoren. Mungkin time ramai orang, tak dapek la nak parking kat dalam, tapi kawasan luar restoren pun banyak space lagi, no worries pasal parking tuh. 
Kitorang semua makan nasik la, sebab lunch kan. Makan lauk biasa2 jer, ikan siakap, tomyam campur, sayur campur, pandan chicken. Kat sini banyak air buah yang diorang campur2 dan letak nama pelik2, tak la pelik sangat, it's just the combination of the two fruits. Aku pun tak ingat sangat sebab aku tak order air buah campur tuh. Kalau nak tahu, korang pergi le lepak kat sini.

Desert kitorang makan pulut mangga. Pulut tuh yang lebih manis dari mangga. Ok jugak la. Oleh sebab aku tak amik gambar makanannye, sila la refer to blog Choi Yen nih untuk gambar yang lebih cantik dan menggiurkan dan jugak website Intai-Intai for more info and reservation.
lupa nak amik gambar makanan dan lauk pauk...

a hungry and cute female meow
10 orang dan 1 ekor melahap kat sini, dan bill sebanyak MYR243.00 telah dibayar. Kucing kat atas ni pun merasa tulang-tulang ikan siakap yang aku carefully selected dan jugak cebisan ayam pandan. Setakat aku punya experience kat sini, rasanya boleh la datang lagi on special occasion. 

Location: (N 3.170811  E 101.755446)

credit to Choi Yen!!! :) 

~ West Bromwich Albion 1 Manchester United 2 ~

A good start for 2011. And finally Rooney found the net from open play since March 2010. Hopefully there'll be more goals to come from United number 10. Kuszack also started in first away match in 2011 for United.

MU mmg tak layak menang game ni pada pendapat aku la. Gary Neville patut kena red card for the offense yang sepatutnya memberi WBA sepakan penalti. Nampak macam riwayat Gary Neville as United player dah sampai ke penghujung jalan dah ni. Rafael dan jugak Wes Brown je la yang boleh fit right back MU sekarang ni kot. Fabio macam tak sesuai untuk posisi tuh. Mungkin dia lebih sesuai kat belah kiri kot.

WBA pulak patutnya scored untuk penalti yang diorang dapat tuh, tapi mensia-siakan peluang terbaik tuh masa game tengah terikat 1-1. Maka, sampai Chicarito untuk menghukum WBA dan menyelamatkan Red Devils daripada keciciran mata lagi. MU pun tak diberikan sepakan penalti bila bola terkena tangan defender WBA, ok la tuh kot. Ref nak cover balik kesilapan dia masa first half tuh. Tapi kesannya mungkin berlainan kalau WBA dapat penalti dan Gary Neville kena red card. 

Padang WBA pun agak teruk. Game pun macam tak berapa best je aku tengok. WBA lebih banyak control game dan menyerang. MU really missed Park Ji Sung, Nani, Scholes dan Valencia. Aku tengok Gabriel Obertan pun macam kurang meyakinkan. Mungkin sebab jarang dapat beraksi kot. 

Next game, at Old Trafford to face Stoke City on January 4th ( Jan. 5th in Malaysia ). Aku harap Nani dan Scholes dan jugak Rooney boleh main la. City, Arsenal, Spurs and Liverpool also win their respective matches. 

2 comments:

Dwen Ihsan said...

kena try ni jah..ada 1 photo (4th photo) background mcm ada laut n pulau or banjaran ke apa?

and ko punya credit aku ingat Choin sekali baca

Kelly Chantek said...

tu gambar bukit setiawangsa kot...
ok gak kan gambar dari camera phone aku ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...