Kelly 3572

Monday, January 24, 2011

Ganti Paip Baru Kat Sinki?

Assalamualaikum

Tadi baru je settle tukar paip bocor kat sinki dapur. Aku rasa macam dah banyak kali aku tukar paip kat dapur ni. Kali ni aku beli yang harga mahal sikit dari biasa, MYR42 kat DiY shop kat belakang Ong Tai Kim. Harap-harap kali ni tahan lebih lama la.
paip lama yang dah bocor
Lepas beli paip tadi aku beli dinner kat Mali's Corner. Lepas tu dinner dengan wifey sambil layan Trilogi Cinta kat TV1. Ntah macamana boleh ter'follow' cerita ni. Dah tak de cerita lain yang lebih menarik kot?
Dah settle uruskan paip, tetiba pulak rajin nak mengemas sebab aku dah porak-perandakan dapur tuh. Kang marah pulak wifey! Sempat lap tingkap dapur lagi. Mood nak mengemas tengah membuak-buak la pulak tengah malam buta ni.  
tukar dengan paip baru yang berharga MYR42.
Lepas ni kalau bocor jugak paip ni, aku nak cari yang betul-betul mahal dan berkualiti. Apa sebab paip ni selalu bocor kat tengah-tengah tu ye? Sebab karat ke? Sebab paip tu tak berkualiti ke? Any idea?

2 comments:

BUNGA said...

No ideala. hehe

Mijoe said...

En Brian a.k.a Coklat tahu tak? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...