Kelly 3572

Friday, January 28, 2011

Annual Leave 1

Assalamualaikum

Pagi tadi celik je mata, badan aku still panas! Tapi tak la sepanas semalam. Tapi aku dapat rasakan, kalau aku exposed kat aircond kat office tu nanti, memang demam aku akan melarat lagi. Cari handphone aku, SMS Zali cakap aku tak larat nak ke office lagi. 2-3 minit lepas tu, Zali called, dia cakap takpe, lagipun mak mertua dia tak jadi jugak nak buat operation tuh. Lega aku, at least kurang la sikit aku rasa menyusahkan Zali. Thanks bro!

Wifey suggested aku rest je kat Gombak, senang sikit kalau aku nak lunch nanti. So, aku follow wifey sampai office, lepas tu aku bawak Kelly ke Gombak. On the way nak ke Gombak via MRR2, aku nampak MRR2 sesak teruk on both directions. Pehal pulak neh pepagi buta ni camni? Takkan accident kat 2-2 hala kot? 

Aku pun berjaya ciloked masuk ke MRR2, macam snail la off course. Nasib baik aku still bertenaga lagi. Lepas tu aku perasan MRR2 heading to Ampang makin kurang kenderaan atas jalan, dan akhirnya takde kenderaan langsung! Aik? Pelik.

Bila dah sampai dekat dengan Zoo Negara tuh aku perasan ada polis kat tepi jalan dengan walkie-talkie, pastu orang pun ramai jugak bertenggek kat tepi-tepi jalan tuh dan jugak kat atas jejantas. Pekehelnye yeop? Bila aku nampak 2-3 bijik motor polis lalu dengan lajunya, pastu ada pulak motor-motor besar bukan polis dengan kereta-kereta berstiker kerajaan lalu situ baru la aku teringat, ni mesti Le Tour de Langkawi la ni kot. 

Memang betul pun! Ni stage ke berapa aku tak pasti, tapi diorang dari Rawang menuju ke Putrajaya. Memang kosong MRR2 heading Ampang tuh kecuali kenderaan-kenderaan yang bersangkutan dengan LTdL je yang lalu. Tapi cycler nya tak nampak-nampak jugak lagi. Orang memang dah ramai berhenti kat tepi MRR2 tuh sebab nak tengok pelumba-pelumba tuh semua. Aku pun terasa macam nak berhenti jugak, tapi sebab takde kawasan yang sesuai dan keadaan masa tu hujan rintik-rintik, risau pulak kang bertambah teruk pulak demam aku. Aku jalan je la, dah sampai dekat exit ke Greenwood baru la pelumba-pelumba tuh berselisih dengan aku. Escort tuh jangan cakap la, memang banyak gila motor-motor polis trafik dan jugak motor-motor bukan polis. Pelumba-pelumba tuh semua bergerak dalam kelompok besar, jadi sekejap je la dapat tengok, tak sampai 5 saat pun! Lagipun diorang tengah laju plus aku pun bawak kereta opposite direction. 

Sampai Gombak, fama takde kat rumah. Aku breakfast, makan ubat dan tidur sampai la pukul 3 lebih kot! Dekat-dekat pukul 1900hrs camtu baru keluar pergi pick-up wifey kat office.

~Hayaki Kopitiam~

Since selera makan aku baru je nak ok, aku memang terasa nak makan nasi je. Petang tadi pun kat Gombak, first time aku berjaya makan nasi sejak lunch hari Rabu harituh. Pastu makan bubur McD je. Wifey ajak aku cuba makan kat kopitiam baru ni. Dia cakap menunya nampak menarik dan serving more Malay cuisine. Aku on je la sebab tengah lapar dan nak makan nasi.
Masa sampai tu, orang tak la ramai, tapi nampak macam happening jugak la. Aku mula confused, sapa la tokey kopitiam ni. Biasa la, asyik duk memikirkan kehalalan toyyiban sumber-sumber dan bahan mentahnya la. Tapi aku yakin sket bila aku nampak ada 3 orang berjubah dan berketayap tengah duk dine situ baeeeek punya. InsyaAllah halal la ni.
Kopitiam ni terletak di Platinum Walk, Danau Kota di belakang Old Town Kopitiam. Dari tepi Jalan Langkawi pun dah boleh nampak Hayaki Kopitiam ni. Yang menariknya, kopitiam ni beroperasi 24 jam sehari.
bagus gak diorang kasi bill awal-awal sebelum order sampai
Dari pemerhatian aku la, menu kopitiam ni tak la banyak sangat pilihannya. Mungkin sebab baru lagi beroperasi, ataupun, sebab namanya kopitiam, maka menu pun kena ada hadnya. Kalau nak letak pelbagai menu dan hidangan, takleh guna nama kopitiam la kot? Ye ke?
For me, so far so good! Aku terus suka tempat ni. Dengan free WiFi. Aircond dan jugak suasananya yang agak sesuai kalau nak bawak keluarga makan-makan di sini. Selera parents pun mungkin sesuai sebab ada nasi kerabu dan nasi dagang.
favourite aku, telur separuh masak
Masa wifey nak bayar tu, aku terperasan ada 3 sijil halal dari Kerajaan Negeri Kelantan yang diorang displayed dekat kaunter pembayaran. Patut la staff diorang pun aku dengar ramai yang berdialek Kelantan. Hmm, ok la tuh, tapikan lebih bagus kalau sijil halal Jakim yang terbaru digunapakai (word buku la ni!). Baru la takde orang boleh jadikan isu kot. Next time aku pergi, aku nak cari betul-betul ada tak sijil halal Jakim.
meehun tomyam MYR5.50
Aku takda apa sangat nak komplen pasal Hayaki ni, cuma portion nasi goreng belacan aku tuh agak sikit la. Nasib baik ayam goreng yang diorang bagi tuh lebih dari cukup untuk aku sorang. Kalau dia tambah nasi tuh sikit je sure lagi best. Kena pulak aku yang tengah kebulur ni, lagi la terasa nasi tuh tak mencukupi. Macam la badan aku ni gemuk sangat.
nasi goreng belacan MYR7.50
Location:     (Lat 3.207314 Long 101.718696)

4 comments:

meowwmania said...

wahh nampak sggh menyelerakan slruppp!!

Kelly Chantek said...

paling menyelerakan telur separuh masak dan barli lemon suam tuh...

arghh..lapar!!!!

Dwen Ihsan said...

nasi goreng belacan..aku ingat teppanyaki or salmon bento set..

Kelly Chantek said...

tu la pasal, macam susah pulak aku nak melantak bila diorang served dalam bekas kotak-kotak camtu..

kopitiam ni memang ada a few branches kat kelantan la jah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...