Sunday, December 19, 2010

Kerugian Blackwood Akibat Dipukau!!!

Assalamualaikum

Seekor kucing hitam di Gombak telah kerugian sebekas makanan berjenama Blackwood setelah beliau dipukau oleh penjenayah yang berjaya memasuki rumah beliau dan menghabiskan makanan itu dengan gaya yang sungguh selamba tanpa sekelumit (perghh..sekelumit tuh!) perasaan malu atau bersalah pun.
mangsa pukau yang masih di alamnya yang tersendiri
Dalam kejadian yang berlaku petang Ahad itu, Bubut yang sedang menonton tv di rumahnya berkata, beliau dengan secara tiba2 tidak sedarkan diri dipercayai akibat dipukau oleh penjenayah terbabit. 

Beliau hanya menyedari kejadian (rumah dimasuki penjenayah) itu setelah tersedar dari tidur(pukau) itu kira2 setengah jam kemudian, apabila beliau terasa lapar dan ingin menjamah hidangan Blackwood yang telah disediakan oleh tuannya. Terkejut melihat bekas makanannye telah hampir kosong, Bubut segera bertanya tuannye kenapa bekas makanannye tidak diisi semula. Tuan empunye Bubut memberitahu bahawa makanannye memang telah disediakan semasa Bubut menonton rancangan Megastructure; Kansai International Airport di saluran Astro National Geographic.
rakaman CCTV berjaya merakam imej penjenayah yang paling dikehendaki oleh Balai Polis Gombak
Merasakan ada sesuatu yang tidak kena, Bubut menasihati tuannye agar memeriksa kamera litar tertutup yang dipasang di rumahnye untuk mengenal pasti apa yang telah berlaku ketika Bubut pengsan. 

Amat memeranjatkan bila rakaman menunjukkan seekor kucing berwarna putih, berekor hitam sederhana panjang dilihat telah masuk melalui 'cat-flap' rumah Bubut dan dengan bangga dan lahapnye menghabiskan sebekas Blackwood yang disediakan oleh tuan empunya Bubut. Ekoran daripada kejadian itu, satu laporan polis telah pun dibuat oleh pemilik Bubut di balai polis berhampiran pada petang hari yang sama.

Jurucakap polis mengesahkan ada menerima laporan kes kecurian daripada mangsa. Pihak polis dijangka akan membuka satu kertas siasatan terhadap kes ini. Polis yang juga pernah menerima laporan kes seumpama ini memaklumkan bahawa suspek adalah antara penjenayah kucing yang paling dikehendaki ketika ini kerana disyaki terlibat dengan kes pecah rumah dengan menggunakan ilmu pukau, pergaduhan kelab malam, rogol dan juga penyalahgunaan dadah. Suspek juga dikategorikan sebagai amat berbahaya walaupun beroperasi hanya seekor diri sahaja.

Sehubungan dengan itu, pihak polis dan ketua kampung meminta kerjasama orang ramai dan kucing banyak untuk segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya terlihat suspek ataupun mempunyai maklumat mengenainya.

2 comments:

~HumAira~ said...

Ya Allah..dh mcm pemberita stesen tv dah ni..hehe

Kelly Chantek said...

sekali sekala kene tukar presentation... baru tak boring..:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...