Kelly 3572

Tuesday, November 16, 2010

My New Toys; F/A - 18E Super Hornet

Assalamualaikum

Petang tadi lepas keje, aku singgah menyinggah kat Toys'R'Us, Suria KLCC. Tak planned pun. Saja gatal nak singgah kan. Pastu bila dah masuk dalam store tuh, aku pun terus ke bahagian yang selalu aku jenguk kalau masuk Toys'R'Us tu. Biasa la kan, kat rak replica fighter aircraft la. 
Ni la salah satu benda yang aku duk cari selama ni
Mula-mula aku nampak MAS punya Airbus A380! Pergh! Dah ada replica tuh!!! Tapi tak la cantik sangat replica tuh. Tak menarik untuk dibuat koleksi. Pastu aku jumpa salah satu peberet replica aku, mamat dalam gambar ni la. Salah satu daripada pesawat yg TUDM gunakan jugak la.Opps sorry! Yang TUDM guna, F/A - 18D, ni info yang kawan aku kat Air Base Gong Kedak bitau la. Thank you Fiq! 

Terus aku pegang, belek-belek, dan decided to buy as a present for myself. Product ni keluaran Maisto. Tengok harga, MYR19.90. Ok la tuh. Macam berbaloi jugak ni. 
Bila dah jumpa Hornet ni, aku usha lagi kot-kot terjumpa pulak MiG ke, Sukhoi ke. Tapi hampeh! Tarak la pulak. Bila aku survey lagi rak lain, aku terjumpa model F-16 dan jugak F22 Raptor. Tapi model tuh finishing tak cantik sangat dan tak la sekurang-kurangnya setanding dengan model Hornet ni.
Aku pun cepat-cepat bayar dan balik rumah. Banyak keje pulak nak buat pasni. Nak balik Shah Alam, nak singgah Bukit Jelutong amik kek ceklat dan puding trifle Kak Nani untuk menu pagi raya esok. Bekas puding Queen Anne tu InsyaAllah saya akan pulangkan secepat mungkin untuk kemudahan Kak Nani memenuhi tempahan kawan-kawan blogger dan jugak pelanggan setia puding trifle tuh. Bestnya!!!

Selingan dan iklan kek jap tadi. Back to the topic, puas hati jugak la dapat beli replica ni. Memang dari dulu lagi dah planned nak kumpul replica aircraft ni, tapi nak start tuh yang lemah tuh. Kena bajet gak nak beli, sebab benda camni harganya boleh cecah 4 angka jugak bergantung kepada quality dan jugak ketepatan skala asal aircraft tuh. 
Cukup la sebagai permulaan. Lepas ni aku ingat nak cari lagi model aircraft lain pulak. Harap dapat jumpa Su30MKM, MiG-29 dan jugak F22-Raptor. Dah banyak dapat collect nanti, aku nak kena beli satu almari kaca untuk simpan benda ni sebagai display dan hiasan dalam rumah. Ok? 

2 comments:

anak merdeka said...

salam...ermm..boleh la untuk starting hobby baru tu...hehehe...btw..TUDM guna F/A 18D...hehehehe...erm, nak cari model MKM susah...setakat nie takde lagi...even MiG pon tak penah jumpa lagi setakat nie...

Mijoe said...

TQ Fiq! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...